Assalamualaikum semua.
Hari ini saya ingin
kongsikan sedikit info tentang gout, penyakit yang selalunya menyerang golongan lelaki. Gout adalah sejenis
arthritis. Ianya boleh menyebabkan serangan rasa perit secara tiba-tiba,
kekejangan dan bengkak pada sendi, biasanya ibu jari kaki.
Serangan gout ini boleh berlaku berulang-ulang kali melainkan ianya dirawat dengan betul. Apa yang lebih merisaukan adalah serangan ini boleh membahayakan sendi, tendon dan tisu-tisu yang lain dari semasa ke semasa. Dalam entri ini saya akan kongsikan cara atasi gout dengan suplemen semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan.
Serangan gout ini boleh berlaku berulang-ulang kali melainkan ianya dirawat dengan betul. Apa yang lebih merisaukan adalah serangan ini boleh membahayakan sendi, tendon dan tisu-tisu yang lain dari semasa ke semasa. Dalam entri ini saya akan kongsikan cara atasi gout dengan suplemen semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan.
Punca
Berlakunya Gout
Punca terjadinya gout
adalah disebabkan oleh terlalu banyak asid urik dalam darah. Selalunya,
mempunyai terlalu banyak asid urik tidaklah berbahaya. Biasanya, asid urik larut
dalam darah dan melalui buah pinggang dan akhirnya akan dibuang melalui air
kencing. Tetapi, ada ketikanya badan kita menghasilkan terlalu banyak asid urik
atau buah pinggang mengeluarkan terlalu sedikit asid urik. Bila ini berlaku,
asid urik akan terbentuk menjadi kristal urate di bahagian sendi atau
sekeliling tisu yang menyebabkan kesakitan, keradangan dan kekejangan di
bahagian tersebut.
Peluang seseorang itu
mendapat serangan gout adalah lebih tinggi jika mempunyai berat badan
berlebihan, ,minum terlalu banyak alcohol atau makan terlalu banyak daging dan
makanan laut yang mempunyai kandungan purin yang tinggi. Purin adalah sejenis
zat yang terdapat secara semulajadi dalam badan kita. Apabila badan kita
memecahkan purin, asid urik akan terhasil. Sesetengah ubat seperti pil air (diuretic)
juga boleh membawa kepada gout. Antara simptom paling biasa sakit gout ialah serangan
bengkak, kemerahan dan kesakitan yang mencucuk-cucuk di ibu jari kaki, buku
lali, lutut atau sendi lain pada waktu malam. Serangan ini boleh berterusan
beberapa hari atau beberapa minggu sebelum kesakitannya hilang.
Terdapat beberapa tips untuk kawal serangan gout. Antaranya :
- banyakkan minum air - dapat
membantu badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- kurangkan pengambilan
makanan yang tinggi kandungan purin
- amalkan diet yang sihat yang
menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan bantu kawal berat badan
- makan produk berasakan susu yang rendah lemak. Ini dapat merendahkan risiko serangan gout
Cadangan Suplemen
Untuk Mengatasi Gout
Jika berjumpa dengan doktor,
biasanya doktor akan bekalkan ubat anti-keradangan untuk mengurangkan kesakitan
yang dialami. Selain ubat-ubatan, alternatif lain untuk atasi gout dan cegah
ianya berlaku berulang kali ialah dengan pengambilan supplemen semulajadi. Suplemen
terbaik dan paling bagus untuk cegah gout adalah Vivix Shaklee.
Vivix merupakan
minuman botani yang tinggi kandungan antioksidan dan satu-satunya suplemen yang
dapat membantu memperbaiki kesihatan tubuh badan hingga ke peringkat sel. Vivix
diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan telah menjalani pelbagai ujian
klinikal demi untuk memastikan ianya adalah produk yang berkualiti dan selamat
untuk diambil.
Vivix mampu untuk merendahkan paras asid urik dalam badan seterusnya merndahkan risiko serangan gout. Pengambilan vivix secara berterusan dapat memperbaiki tahap kesihatan dan melindungi organ dalam badan daripada mengalami kerosakan. Dengan ini, organ seperti buah pinggang dapat berfungsi dengan normal dan dapat melakukan proses penyingkiran asid urik dengan jayanya seterusnya dapat mencegah serangan gout dari berulang. Selain itu, vivix mempunyai sifat anti-keradangan yang dapat bantu mengurangkan kesakitan akibat serangan gout.
Testimoni pesakit gout ikhtiar untuk sihat dengan vivix.
Untuk mengatasi gout dan mencegahnya dari berulang, pemakanan wajib dikawal. Kena selalu beringat untuk menghadkan pengambilan makanan yang boleh mencetuskan serangan gout. Pengambilan suplemen yang betul secara berterusan juga membantu mengatasi gout dari berulang.
Jangan bertangguh lagi. Cegah sebelum parah. Hubungi saya segera untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk ini.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn
- Ampang
*Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
*Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment