Ketahui Tanda Awal Dan Rawatan Untuk Alzheimer

Pernah tak anda lupa tentang banyak perkara? Bukan setakat lupa nama, tarikh atau tempat anda meletakkan kunci, malah lupa tentang orang terdekat dan peristiwa tertentu yang menjadi sebahagian dalam hidup anda?Kadang-kadang jalan untuk pulang ke rumah dari tempat kerja pun jadi asing buat anda. Adakah mungkin ini petanda anda menghidapi penyakit Alzheimer?


Ya, anda mungkin sedang alami tanda awal Alzheimer. Penyakit Alzheimer merupakan penyakit otak yang menyebabkan kemerosotan secara perlahan fungsi daya ingatan dan memori, pemikiran dan kemahiran. Penyakit ini mematikan dan memusnahkan sel-sel saraf dan neuron otak yang mengakibatkan kehilangan ingatan, perubahan personaliti dan ketidakupayaan untuk mengurus diri sendiri.

Golongan lelaki berusia 65 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mengalami Alzheimer. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap Alzheimer dan yang pernah alami trauma di kepala yang teruk juga mempunyai risiko tethadap Alzheimer. Penyakit ini tiada ubatnya. Rawatan awal boleh mencegah simptom dari berkembang menjadi lebih teruk. Jadi, saya kongsikan dalam entri ini tanda awal Alzheimer dan rawatan terbaik untuk mencegah penyakit ini dari melarat.



Tanda Awal Penyakit Alzheimer

1. Kehilangan memori yang mengganggu kehidupan seharian

Salah satu tanda Alzheimer adalah kehilangan ingatan, terutama lupa tentang informasi yang baru diketahui. Selain itu, lupa akan tarikh atau peristiwa penting; bertanya tentang sesuatu informasi yang sama berulang-ulang kali; terpaksa bergantung kepada alat bantuan memori (i.e nota peringatan atau peranti elektronik) atau ahli keluarga untuk perkara-perkara yang biasanya mereka boleh kendalikan sendiri.

2. Cabaran dalam merancang dan menyelesaikan masalah

Sesetengah orang mungkin mengalami perubahan dalam keupayaan untuk membangunkan dan mengikuti perancangan atau berurusan dengan perkara yang melibatkan nombor. Mereka juga mungkin mempunyai kesukaran menumpukan perhatian dan mengambil masa yang lama untuk melakukan perkara-perkara yang pernah dilakukan sebelum ini.

3. Kemerosotan dalam menilai dan membuat keputusan

Pesakit Alzheimer mungkin mengalami perubahan dalam menilai atau membuat keputusan. Sebagai contoh, mereka melakukan pertimbangan yang tidak tepat apabila berurusan dengan wang. Mereka juga mungkin kurang memberi perhatian kepada penampilan diri.

4. Perubahan dalam tingkah laku dan personaliti

Mood dan personaliti pesakit Alzheimer boleh berubah. Mereka boleh menjadi keliru, mencurigakan, tertekan, takut atau cemas. Mereka mudah kecewa di rumah, di tempat kerja, dengan rakan-rakan atau di tempat-tempat yang di luar zon selesa mereka.

5. Sukar memahami imej visual dan hubungan spatial

Bagi sesetengah orang, tanda Alzheimer yang dialami melibatkan masalah penglihatan. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menganggar jarak dan menentukan warna, yang boleh menyebabkan masalah ketika memandu.

Sekiranya anda menyedari tanda-tanda awal Alzheimer berlaku pada anda atau ahli keluarga, jangan abaikan. Buat temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Pengesanan awal membolehkan anda mengenalpasti rawatan yang boleh mengurangkan simptom.

Punca Terjadinya Penyakit Alzheimer

Menurut pakar perubatan, penyakit Alzheimer mungkin terjadi disebabkan oleh kombinasi faktor genetik, gaya hidup dan persekitaran yang menjejaskan otak dari masa ke semasa. 




Penyakit Alzheimer merosakkan dan membunuh sel-sel otak. Punca berlakunya kerosakan sel dipercayai akibat dari serangan radikal bebas, ketidakupayaan menggunakan glukosa dengan betul, kekurangan vitamin dan toksin persekitaran. Semakin banyak sel-sel otak mati, ia membawa kepada pengecutan otak yang ketara. Hasil kajian dan pemeriksaan pakar perubatan mendapati dua keabnormalan yang dapat dikesan pada otak pesakit Alzheimer :

➤ Plak - merupakan deposit protein toksik dipanggil beta-amyloid yang boleh merosakkan dan memusnahkan sel-sel otak dalam beberapa cara, termasuk mengganggu komunikasi antara sel-sel. Walaupun penyebab utama kematian sel otak dalam Alzheimer tidak diketahui, pengumpulan beta-amiloid di antara sel-sel neuron otak adalah suspek utama.

➤ 'Tangle' - sel-sel otak bergantung kepada sokongan dan sistem pengangkutan dalaman untuk membawa nutrien dan bahan-bahan penting yang lain di seluruh sambungan panjang mereka. Sistem ini memerlukan struktur normal dan fungsi protein yang dipanggil 'tau'.

Dalam penyakit Alzheimer, benang tau protein memintal dan menghasilkan tangle yang tidak normal di dalam sel-sel otak, yang membawa kepada kegagalan sistem pengangkutan. Kegagalan ini mengakibatkan kemerosotan dan kematian sel-sel otak.

Rawatan Untuk Alzheimer

Untuk penyakit Alzheimer, rawatan biasa melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang membantu kawal gejala memori dan perubahan kognitif lain. Dua jenis ubat yang biasanya digunakan ialah cholinesterase inhibitors dan memantine.

Selain pengambilan ubat, gaya hidup sihat seperti bersenam, jaga pemakanan, perbanyakkan aktiviti yang merangsang otak antara cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan simptom dan merendahkan risiko Alzheimer.

Pendekatan semulajadi dengan membekalkan badan dengan nutrien yang penting untuk kesihatan otak juga boleh membantu merawat penyakit Alzheimer. Antara nutrien yang bagus untuk menyokong kesihatan otak:

➤ Omega-3 : penting untuk fungsi otak dan juga mempunyai sifat anti-keradangan.

➤ kolina : merupakan zat penting yang membantu sel-sel otak saling berhubung dengan efektif.

Selain mengamalkan diet yang kaya Omega-3 dan kolina, pengambilan suplemen boleh membantu mencukupkan keperluan nutrisi yang badan perlukan. Cadangan suplemen Shaklee yang boleh membantu merawat atau mencegah penyakit Alzheimer termasuklah:

Vivix : kaya dengan resveratrol dan polifenol yang tinggi kandungan antioksidan yang boleh bantu perbaiki sel-sel neuron yang rosak dan juga memelihara sel-sel ini daripada serangan radikal bebas. Vivix juga melambatkan pembentukan protein AGE yang boleh merosakkan sel dalam badan.

 

OmegaGuard : membekalkan asid lemak Omega-3 yang penting untuk otak.



Lecithin : membekalkan kolina yang penting untuk komunikasi berkesan antara sel-sel saraf otak.



Bertindak segera jika anda atau ahli keluarga anda sedang atau berisiko mengalami Alzheimer. Cegah sebelum parah. Sesungguhnya kesihatan itu amat bernilai.

Tunggu apa lagi!! Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top