Punca Dan Penawar Penyakit Parkinson

Biasanya bila sebut Parkinson, saya pasti mesti terlintas dalam fikiran anda orang yang tangannya terketar-ketar dan jalannya juga bergoyang-goyang. Ya, itu adalah salah satu tanda penyakit Parkinson.


Parkison adalah penyakit degeneratif yang menjejaskan sistem saraf. Penyakit ini berkembang secara perlahan-lahan. Pada peringkat awal, pesakit Parkinson mungkin hanya mengalami gegaran pada sebelah tangan yang tidak begitu ketara. Namun, simptom-simptom lain akan berkembang menjadi semakin buruk dari masa ke semasa seterusnya menjejaskan kualiti hidup anda.

Penyakit Parkinson tidak boleh sembuh. Rawatan untuk individu yang alami Parkinson hanya fokus kepada mengelakkan simptomnya menjadi lebih buruk. Apakah punca terjadinya Parkinson? Apakah penawar untuk penyakit parkinson yang boleh bantu untuk mengawal simptomnya? Baca selanjutnya..




Simptom Penyakit Parkinson

Simptom Parkinson yang dialami oleh setiap individu adalah tidak sama. Tanda awal Parkinson biasanya ringan sehingga kebanyakan pesakit tidak sedar bila ianya hilang. Simptom biasanya bermula pada sebelah badan, dan kemudiannya akan menjejaskan bahagian badan sebelah lagi dari masa ke semasa. Tanda dan simptom pesakit Parkinson termasuklah:

Gegaran (tremor) - Gegaran atau getaran yang selalunya berlaku di bahagian badan terutamanya tangan atau jari. Satu ciri Parkinson adalah getaran pada tangan atau jari berlaku dalam keadaan badan sedang rehat.

Pergerakan perlahan - Dari masa ke semasa, penyakit parkinson mengurangkan keupayaan untuk bergerak dan memperlahankan pergerakan penghidapnya. Ini mengakibatkan kerja mudah jadi sukar dan memakan masa

Otot tegar - Kekejangan otot boleh berlaku di mana-mana bahagian badan anda. Otot kaku boleh mengehadkan pergerakan dan menyebabkan anda sakit.

Postur dan keseimbangan terjejas - Postur badan anda boleh menjadi membongkok, atau anda mungkin mempunyai masalah keseimbangan akibat daripada penyakit Parkinson.

➽ Kehilangan pergerakan automatik - Dalam penyakit Parkinson, anda mungkin mempunyai penurunan keupayaan untuk melakukan pergerakan luar kawalan, termasuklah kelip mata, tersenyum atau berayun tangan anda apabila berjalan.

➽ Perubahan pertuturan - Anda mungkin mempunyai masalah pertuturan akibat penyakit Parkinson.

➽ Hilang selera makan


Punca terjadinya Parkinson


                                         

Punca kepada penyakit ini masih tidak diketahui tetapi simptom penyakit Parkinson terjadi apabila otak mengalami kekurangan dopamine. Dopamine adalah neurotransmitter yang membawa mesej dari satu sel saraf ke sel saraf yang lain. 

Individu yang sihat mempunyai tahap dopamine dan acethycholine yang seimbang. Bagi pesakit Parkinson, bahagian otak yang mengandungi sel yang menghasilkan dopamine, noradrenaline dan serotonin iaitu substantia nigra telah rosak atau mati. Ini menyebabkan otak hilang keupayaan untuk menghasilkan bahan kimia tersebut.

Bagaimana substantia nigra boleh rosak sehingga mengakibatkan Parkinson masih tiada jawapannya. Namun, terdapat beberapa teori punca sel otak tersebut boleh rosak.

➢ Tekanan oksidatif memainkan peranan penting dalam degenerasi ke atas sel saraf yang merembeskan dopamine.

➢ Penimbunan toksin yang mengakibatkan hati terbeban dan tidak dapat menapis, metabolisme atau buang toksin dengan efektif. Toksin yang berada dalam badan boleh menyerang dan memusnahkan substantia nigra.

Komplikasi Penyakit Parkinson 

Penyakit Parkinson boleh membawa kepada komplikasi berikut:

1. Kesukaran berfikir 
2. Depresi dan perubahan emosi
3. Gangguan tidur
4. Masalah pundi kencing
5. Sembelit
6. Tekanan darah berubah-ubah
7. Masalah deria bau
8. Keletihan dan kesakitan
9. Keinginan seks menurun

Walaupun penyakit Parkinson tidak memudaratkan, namun simptom yang teruk boleh mengganggu kualiti hidup penghidapnya. 

Jangan pandang remeh. Parkinson yang tidak dirawat boleh mengakibatkan komplikasi penyakit yang lebih teruk dan mungkin membawa maut.

Rawatan Untuk Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson tidak boleh diubati, tetapi ada beberapa kaedah boleh dilakukan untuk membantu mengawal simptom-simptom dari sering berlaku secara mendadak. Kebiasaannya, rawatan melibatkan terapi ubat, fizikal dan pembedahan. 

Selain rawatan yang sedia ada, pengambilan suplemen boleh membantu pesakit Parkinson untuk tingkatkan tahap kesihatan ke arah yang lebih baik. Kita yang sihat ini pun disarankan untuk amalkan suplemen untuk mencegah dari penyakit ini. Suplemen yang sesuai untuk atasi Parkinson termasuklah :



➢ Vivix - kaya dengan resveratrol dan polifenol yang tinggi kandungan antioksidan. Ia membantu memelihara sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Di samping itu, bahan aktif dalam Vivix boleh membantu perbaiki sel-sel DNA yang rosak dan seterusnya tingkatkan kesihatan sel.


➣ Bcomplex - mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yang penting dalam memelihara kesihatan fungsi saraf.


➣ OmegaGuard - membekalkan asid lemak Omega-3 yang penting dalam perkembangan otak yang sihat.


➣Vitalea - membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral yang badan kita perlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.

Kesihatan adalah suatu nikmat yang selalu kita abaikan. Jangan berlengah lagi. Dapatkan segera set kesihatan ini untuk membantu mengatasi masalah kesihatan anda.

Untuk pembelian online, klik link di bawah.






Jangan ragu-ragu hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

4 comments:

Back
to top