Pernah tak anda alami rasa pening yang sangat luar biasa? Anda rasa dunia sekeliling seperti berpusing-pusing? Itu tandanya kemungkinan anda sedang mengalami Vertigo.
Vertigo adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami rasa pening dan berpusing-pusing yang disebabkan oleh gangguan pada keseimbangan badan. Ianya bukanlah sejenis penyakit tetapi ia adalah simptom kepada penyakit lain.
Vertigo perlu di rawat untuk mengelakkan ianya menjadi bertambah buruk sehingga mengganggu kualiti hidup anda. Tanda-tanda Vertigo dan cara mengatasinya akan saya kongsikan dalam entri ni..
FAKTOR TERJADINYA VERTIGO
Umumnya, Vertigo terjadi adalah disebabkan oleh adanya gangguan pada sistem keseimbangan badan kita. Badan kita mengekalkan keseimbangan melalui mekanisme kompleks yang melibatkan kedua-dua bahagian dalam telinga dan penglihatan. Apabila berlakunya gangguan pada bahagian telinga, ia mengganggu keseimbangan badan seterusnya mencetuskan simptom Vertigo.
Antara faktor yang memungkinkan terjadinya Vertigo termasuklah:
- keradangan dan jangkitan bakteria di bahagian dalam telinga. Ini memberi kesan pada kepekatan cairan dalam telinga seterusnya keseimbangan tubuh badan terganggu.
- kurangnya aliran darah menuju ke otak sehingga menjejaskan fungsi otak. Ini menyebabkan oksigen tidak mencukupi untuk diangkut ke seluruh badan. Kesannya, sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
- gangguan saraf di sekitar mata yang menyebabkan keseimbangan badan terjejas.
- migrain yang berpunca dari kurang tidur, perubahan tekanan darah dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
- gangguan neurois yang disebabkan oleh multiple sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Untuk kes ini, perlu tindakan segera dengan berjumpa doktor untuk dapatkan pengesahan.
Simptom Atau Tanda-tanda Vertigo
Selain dari berasa pening dan kepala berpusing-pusing, seseorang yang alami Vertigo mungkin juga akan alami simptom seperti:
- Rasa mual dan hendak muntah
- tubuh rasa berdebar-debar
- telinga rasa berdengung
- hilang pendengaran
- pandangan yang kabur
- berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
- gerakan mata yang tidak normal
- nadi berdenyut dengan cepat
- badan rasa bergoyang
Simptom Vertigo boleh berlaku dalam tempoh beberapa minit dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam dan ianya datang dan pergi.
Cara Mengatasi Simptom Vertigo
Tips berikut boleh diamalkan untuk mengurangkan simptom Vertigo dan mencegah ianya dari berulang.1. Elakkan dari membuat pergerakan drastik atau secara tiba-tiba dan perubahan drastik pada posisi badan.
2. Hadkan pengambilan jumlah garam kepada 2g sehari. Pengambilan garam berlebihan boleh mengganggu cara kerja bahagian dalam telinga
3. Elakkan alkohol, kafein, nikotin dan semua makanan bergoreng
4. Untuk mengurangkan rasa pening, duduk di atas kerusi dengan kaki di atas lantai dan renung satu objek yang berada dalam posisi tetap selama beberapa minit
5. Pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan juga dapat membantu atasi simptom Vertigo dan cegahnya dari berulang. Dalam produk shaklee, pilihan terbaik tentunya Vivix. Ia merupakan suplemen antipenuaan yang paling tinggi kandungan antioksidan dan bertindak meningkatkan taraf kesihatan keseluruhan hingga ke peringkat sel DNA.
Bagaimana Vivix Boleh Bantu Atasi Dan Cegah Vertigo Dari Berulang?
Dalam kajian makmal, ramuan aktif Vivix telah menunjukkan keupayaan dalam mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular. Vivix boleh melindungi dan membaikpulih sel-sel yang rosak.
Untuk kes Vertigo, Vivix bertindak memulihkan semula fungsi sel saraf terutamanya yang berkaitan dengan sistem keseimbangan badan. Selain itu, Vivix yang kaya dengan antioksidan bertindak melindungi sel dari kerosakan akibat stress oksidatif. Hasil kajian makmal juga telah menunjukkan tindakbalas Vivix yang berupaya melambatkan pembentukkan protein AGE yang boleh merosakkan sel-sel badan.
Feedback pengguna
Sekiranya anda kerap diserang sakit kepala yang berpusing-pusing, sebaik-baiknya jangan dipandang remeh. Bertindaklah segera untuk elakkan risiko penyakit yang lebih teruk lagi.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
Vertigo memang boleh mengganggu rutin seharian.
ReplyDeleteAda member yang ada vertigo, rasa dunia berpusing waktu drive. Mujur sedang elok berhenti di lampu isyarat. Terus buat double signal.
Mesti rawat segera vertigo ni.
Betul tu sis..bahaya vertigo ni..kalau tak rawat, boleh memudaratkan..
DeleteCara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi