Bell's palsy merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan sebelah muka menjadi lumpuh kesan daripada kerosakan pada saraf yang mengawal otot muka tersebut. Ini menjadikan muka terasa berat sebelah dan jika dilihat pada sisi hadapan, muka kelihatan seperti senget sebelah.
Selain lumpuh sebelah muka, kerosakan pada saraf itu juga boleh membawa kepada masalah lain seperti kehilangan deria rasa serta menjejaskan kawalan terhadap pengeluaran air mata dan air liur. Penyakit ini boleh pulih tanpa menjalani sebarang rawatan tetapi ianya memakan masa yang agak lama. Untuk proses pemulihan yang cepat, saya akan kongsikan caranya di dalam entri ini.
Apakah Punca Penyakit Bell's Palsy?
Bell's palsy menyerang secara tiba-tiba tanpa punca yang diketahui. Tetapi, penyakit ini dipercayai disebabkan oleh keradangan pada saraf muka akibat infeksi virus seperti herpes simplex dan varisela zoster.
Bell's palsy boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi ibu mengandung, mereka yang menghidap diabetes atau influenza lebih mudah terdedah kepada penyakit ini.
Simptom dan Gejala Bell's Palsy
Berikut antara simptom dan gejala yang dialami oleh pesakit Bell's Palsy :
- Kelumpuhan atau kelemahan secara tiba-tiba pada sebelah muka
- Mata menjadi kering disebabkan oleh ketidakupayaan untuk menutup mata pada sisi muka yang lumpuh
- Air liur meleleh
- Telinga sangat sensitif dengan bunyi
- Gangguan pada deria rasa
- Rasa sakit pada bahagian telinga atau belakang telinga
- Mulut terasa kering
- Sakit dan pening kepala
Sekiranya anda alami simptom muka lumpuh sebelah, jalan terbaik adalah segera dapatkan pengesahan dan rawatan dari pakar. Ini kerana ia mungkin disebabkan oleh bell's palsy atau masalah kesihatan yang lebih serius seperti strok. Jangan ambil risiko..
Tips Berhadapan Dengan Bell's Palsy
1. Tuamkan bahagian muka yang terjejas sebanyak 2 ke 3 kali sehari.
2. Elakkan diri dari terdedah di bawah kipas yang terlalu laju atau penghawa dingin yang terlalu sejuk.
3. Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman yang sejuk atau berais
4. Tidak digalakkan untuk melakukan urutan muka kerana boleh memburukkan lagi keadaan.
5. Dapatkan preskripsi dari doktor yang bertauliah jika ingin menggunakan cecair mata. Tidak digalakkan beli sendiri di farmasi atau kedai runcit.
6. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin B12, vitamin B6 dan zink kerana ia menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan saraf.
7. Banyakkan juga makanan yang kaya dengan omega 3 kerana ia boleh membantu mengurangkan keradangan.
Rawatan Alternatif Untuk Bell's Palsy Melalui Pengambilan Suplemen
Selain dari rawatan perubatan, anda boleh ikhtiar untuk percepatkan proses penyembuhan penyakit ini dengan kaedah nutrisi. Bila badan kita cukup nutrisi, sesuatu masalah kesihatan itu lebih mudah untuk diatasi.
Untuk Bell's Palsy, punca berlakunya penyakit ni disebabkan gangguan saraf di bahagian otot muka. Jadinya, sel saraf yang rosak itu amat memerlukan sumber nutrien yang dapat mengembalikan kesihatan sel dan fungsinya semula.
Suplemen yang dicadangkan untuk bantu percepatkan proses penyembuhan Bell's Palsy termasuklah :
Vivix - mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi yang boleh melindungi sel-sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga membaikpulih DNA yang rosak dan seterusnya percepatkan penyembuhan. Vivix juga mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan keradangan di bahagian otot muka yang terjejas.
B complex - sangat berkesan dalam mengurangkan kesakitan kesan dari kerosakan saraf. Bcomplex juga terlibat dalam fungsi imun dan emosi. Ia boleh mengawal tekanan dan melancarkan peredaran darah.
OmegaGuard - mengandungi asid lemak Omega 3 yang bersifat anti radang. Ia boleh mengurangkan bengkak pada saraf dan membantu dalam melancarkan peredaran darah. Selain itu, Omega 3 membantu meningkatkan sistem imun seterusnya mencegah radang menjadi lebih teruk.
Testimoni Pengguna
Jika anda alami penyakit ini, segeralah bertindak. Dapatkan pengesahan dari pakar kesihatan dan ikhtiar dengan pengambilan suplemen pada masa yang sama. InshaaAllah, proses penyembuhan lebih cepat dan tahap kesihatan anda juga turut sama meningkat.
Apa tunggu lagi!! Hubungi saya untuk dapatkan konsultansi dan info lanjut tentang produk. Saya sedia untuk membantu anda sebaik mungkin.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment