Serangan strok boleh berlaku pada sesiapa sahaja tak kira peringkat umur tetapi yang paling berisiko adalah mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi atau diabetes.
Stroke berlaku apabila aliran darah ke otak dihalang oleh darah beku. Ada juga kes strok disebabkan oleh pendarahan dalam otak (haemorrhagic). Strok jenis ini adalah lebih bahaya dari strok yang disebabkan oleh darah beku.
Tanda-tanda awal serangan strok termasuklah lemah dan kebas-kebas pada bahagian muka, lengan, dan kaki secara tiba-tiba, kesukaran untuk bercakap dan memahami pertuturan orang, penglihatan terjejas, dan rasa pening, tak stabil atau pengsan tanpa sebab. Rawatan segera amatlah penting kerana ia boleh menyelamatkan nyawa dan meminimakan kerosakan kekal ke atas pergerakan, pertuturan, penglihatan dan fungsi mental.
Mereka yang pernah alami stroke menpunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berlakunya serangan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Yang lebih membimbangkan, serangan kedua dan seterusnya biasanya lebih teruk dari yang pertama. Ini kerana bahagian otak yang terjejas semasa serangan yang sebelumnya masih belum pulih sepenuhnya. Jadi, bagaimana nak cegah stroke dari berulang? Jom baca selanjutnya.
TIPS CEGAH PENYAKIT STROKE DARI BERULANG
Cara terbaik untuk rendahkan risiko terhadap serangan strok adalah dengan mengubah cara hidup dan jaga pemakanan. Antara tips yang boleh diamalkan seperti berikut.
1. Amalkan diet yang rendah lemak. Permulaan yang bagus untuk elak serangan strok adalah kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu haiwan, lemak trans dan minyak tropika (kelapa dan kelapa sawit).
2. Perbanyakkan pengambilan serat. Makanan yang tinggi serat larut terutamanya oat, lentil dan flax boleh bantu kawal kolestrol dan rendahkan risiko atherosclerosis.
3. Amalkan diet berasaskan gandum. Kajian menunjukkan diet berasaskan gandum boleh rendahkan risiko serangan stroke.
4. Amalkan pemakanan yang boleh melancarkan aliran darah. Kajian awal menunjukkan resveratrol, sejenis phytokimia yang terdapat dalam anggur, kacang dan wine merah boleh menghalang pembentukan darah beku dan juga bantu rehatkan saluran darah. Terdapat juga kajian menunjukkan flavanoid, terutamanya quercetin yang terdapat dalam epal dan beri boleh mengurangkan deposit lemak di dalam arteri yang boleh menyekat aliran darah ke otak.
5. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3. Contohnya salmon, trout, sardin, mackerel, walnut, minyak flaxseed, kacang soya dan sayuran berdaun hijau. Omega 3 dapat bantu elak pembekuan darah dengan mengurangkan kelikatan platlet darah.
6. Ambil susu dan produk tenusu yang lain. Produk tenusu rendah lemak mengandungi kalsium, potassium, magnesium, dan vitamin D. Kesemua nutrien ini boleh bantu rendahkan tekanan darah, faktor risiko utama untuk strok.
7. Perbanyakkan makan bawang putih dan bawang. Bawang putih dan bawang didapati boleh mengurangkan kecenderungan darah untuk membeku, dan ia juga meningkatkan mekanisme semula jadi badan dalam melarutkan darah beku.
8. Kurangkan pengambilan garam. Mereka yang mempunyai darah tinggi dan sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini atau strok patut hadkan pengambilan garam.
9. Hadkan pengambilan alkohol. Pelbagai kajian mengaitkan pengambilan alkohol secara berlebihan meningkatkan insiden berlakunya strok. Ditambah pula jika merokok, risiko semakin tinggi untuk serangan strok.
10. Kerap periksa tekanan darah. Kegagalan untuk mengawal tekanan darah antara punca utama strok tidak dapat dicegah.
11. Bersenam. Selalu bersenam sangat membantu dalam mengurangkan risiko strok dan serangan jantung kerana ia bantu mengawal berat badan dan paras kolestrol dalam darah.
12. Bergembiralah dan jadi optimistik. Kajian dari University of Michigan mendapati mereka yang optimistik mengurangkan risiko strok. Ini berdasarkan fakta bahawa mereka yang optimistik cenderung untuk buat pilihan yang sihat tentang diet dan senaman.
CEGAH STROK DENGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN SEMULAJADI
Biasanya, mereka yang diserang strok akan diberikan oleh doktor ubat cairkan darah, rendahkah tekanan darah dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Selain dari pengambilan ubatan ini, anda boleh ikhtiar pada masa yang sama dengan pengambilan suplemen untuk kesan pemulihan yang lebih cepat dan pencegahan yang berkesan.
Vivix shaklee adalah pilihan terbaik untuk bantu cegah strok dari berulang. Vivix merupakan minuman botani gabungan empat bahan premium iaitu anggur muscadine, purple carrot, polygonum cuspidatum dan european elderbery.
Bahan aktif dalam Vivix, iaitu RESVERATROL menjadikan Vivix pilihan tepat untuk bantu cegah serangan strok dari berulang di samping meningkatkan taraf kesihatan keseluruhan badan.
Resveratrol mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi yang boleh bantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat pengoksidaan. Seterusnya melancarkan aliran darah dan halang pembentukan darah beku. Dengan ini dapat rendahkan risiko serangan strok dari berulang.
Selain itu, resveratrol boleh bantu perbaiki sel-sel saraf yang rosak akibat serangan strok dan merangsang dan mengaktifkannya semula. Jadi, secara tak langsung membantu percepatkan pemulihan selepas serangan strok.
Antara testimoni pengguna Vivix.
Berminat untuk dapatkan Vivix? Boleh hubungi saya segera.
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment