Assalamualaikum semua..Dah lama sebenarnya saya nak kongsikan kisah ni. Tapi, baru hari ni tergerak hati nak kongsikan di blog ni..
Apa yang saya nak kongsikan adalah pengalaman ketika melahirkan anak kedua saya, Umar. Ikutkan Umar sepatutnya dilahirkan secara pembedahan, tapi atas kebesaran Allah dan izinNya, saya dapat lahirkan Umar secara normal. Syukur ya Allah.
Masa usia kandungan dah masuk 32 minggu, kandungan saya disahkan berada dalam posisi songsang macam dalam gambar di bawah. Masa doktor bagitau tentang ni, dah mula rasa risau..tp bila doktor mention yang baby boleh pusing lagi, jadi lega lah kejap..
Balik dari check up tu terus google cara nak bagi baby kembali ke posisi normal. Punyalah risau..antara sebabnya takut kena czer..mana taknya..kalau baby songsang cara terbaik untuk proses kelahiran adalah melalui pembedahan..
Antara tips yang saya perolehi hasil pencarian di internet :
Antara tips yang saya perolehi hasil pencarian di internet :
1. Digalakkan untuk sujud semasa solat lebih lama sekurang-kurangnya lima minit.
2. Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan. Ketika merangkak, baca ayat 74 surah al-Hijr yang bermaksud:
"maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah".
3. banyakkan berbual dengan baby dan pujuk dia pusing ke posisi normal.
4. Letak pek ais di atas perut. Ini bertujuan untuk bagi baby rasa tak selesa atau sejuk di kepala. Jadi, dia akan berpusing dan mengubah kedudukannya.
5. Banyakkan berdoa lagi-lagi ketika sujud minta agar dipermudahkan segala urusan dan diberi peluang untuk melahirkan secara normal.
Petua-petua yang saya dapat ni saya praktikkan..Setiap kali solat, waktu sujud tu memang saya sujud lama-lama..lepas habis solat saya usap-usap perut sambil baca ayat kursi dan buat posisi sujud lagi..begitulah setiap kali solat..
Malam sebelum tidur, saya borak-borak dengan baby dalam perut, pujuk dia pusing ke posisi yang normal..nampak macam tak logik kan..tapi saya ada terbaca baby pun dapat dengar dan fahami apa yang si ibu kata.
Masa kandungan 36 minggu, saya check up dengan doktor KK. Masa ni memang sangat berdebar..Berharap sangat baby dah dalam posisi normal..Tapi, bila scan kepala baby masih di atas..doktor terus bagi surat untuk refer ke hospital.
Seminggu lepas tu, pegi scan dekat hospital, baby masih dalam posisi yang sama iaitu songsang. Doktor bagi pilihan sama ada nak buat ECV atau tak..ECV tu kaedah memusingkan baby dari luar tubuh ibu seperti dalam gambar di bawah..kaedah ECV ni agak menyakitkan dan berisiko tinggi untuk emergency czer jika berlaku masalah pada janin ketika procedur tu dilakukan..
Bila dengar macam tu saya redha..biarlah baby dalam perut ni pusing sendiri..walaupun nampak macam mustahil sebab masa tu kandungan dah nak masuk 38 minggu..baby dah besar sukar untuk pusing lagi..tapi doktor beritahu masih ada peluang walaupun tipis..jadi, saya berharap sepenuhnya pada peluang yang tipis tu..masa ni doktor dah siap-siap bagi tarikh untuk pembedahan iaitu pada 8/9/2015..
Pasrah dah saya time ni..ikut hati tak nak kena czer..takut dan risau..lagi2 bila dah baca pengalaman ibu2 yang melahirkan anak secara czer, lagilah saya taknak kena operate..seram dan takut bercampur baur..memang tak tenang perasaan ketika ni..tapi nak tak nak kena kuatkan semangat dan positifkan diri..Saya serahkan pada Allah apa yang terbaik untuk saya dan baby dalam kandungan..kalau Allah dah takdirkan untuk kandungan kali ni kena czer, saya percaya itulah yang terbaik sebenarnya..tapi, petua untuk pusingkan baby tu saya masih amalkan malah lagi kerap saya buat.
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum tarikh kena admit untuk czer, saya ajak husband untuk scan buat kali terakhir di klinik..hati kecil kuat mengatakan kepala baby dah kat bawah..dan ternyata apa yang saya rasakan tu betul..baby dah dalam posisi normal malah dah berada di bawah bersedia untuk dilahirkan..Ya Allah..masa ni rasa happy dan rasa bersyukur sangat..tak sia-sia buat semua petua-petua tu..akhirnya, ada hasilnya..
Dipendekkan cerita, saya tak admit pun ke hospital seperti yang telah dijadualkan. Doktor kat hospital scan dan sahkan baby dah di posisi normal..doktor bagi balik dan suruh tunggu kelahiran seperti biasa..dengan izinNya pada 11/9/2015, saya selamat melahirkan Umar Luqman secara normal tanpa sebarang komplikasi..alhamdulillah...
Semoga perkongsian ini dapat beri inspirasi kepada ibu2 di luar sana yang menghadapi masalah sama macam saya .jangan cepat putus asa..selagi ada masa, kita usaha dan ikhtiar apa yang terbaik untuk atasi masalah kita..yang lain2 biar Allah sebagai penentunya..
Sepanjang saya mengandungkan Umar, saya amalkan set hamil Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Anak pun lahir dalam keadaan sihat. Yang paling best, anak saya tidak mengalami jaundis. Kalau berminat nak tau tentang set hamil Shaklee atau sebarang produk Shaklee, boleh terus hubungi saya.
Sepanjang saya mengandungkan Umar, saya amalkan set hamil Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Anak pun lahir dalam keadaan sihat. Yang paling best, anak saya tidak mengalami jaundis. Kalau berminat nak tau tentang set hamil Shaklee atau sebarang produk Shaklee, boleh terus hubungi saya.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 0129402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang
Pos Seluruh Malaysia
Pos Seluruh Malaysia
Comelnya baby... Geram tengok..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tq sis.
ReplyDeletealhamdulillah.. rezeki masing2 kan sis.. ape pun, sis dengan baby selamat dah okay tu.. hee~
ReplyDeleteAlhamdulillah..betul tu..rezeki sy dpt juga bersalin normal akhirnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan.
ReplyDelete