Anak-anak memang mudah untuk alami batuk dan selsema kan. Kebiasaannya, dengan pengambilan ubat dapat meredakan batuk dan selsema dengan cepat. Tetapi, untuk anak yang berusia di bawah dua tahun, tidak sesuai untuk beri mereka ubat. Doktor pun lebih galakkan anak-anak di usia 2 tahun ke bawah untuk pulih sendiri.
Untuk anak-anak saya, kalau mereka selsema dan batuk, saya rawat dengan cara semulajadi dulu.Alhamdulillah serasi dengan mereka. Jadi, hari ni saya ingin kongsikan beberapa petua untuk kurangkan selsema dan batuk yang saya amalkan untuk anak-anak saya.
Batuk dan selsema biasa dialami oleh anak-anak disebabkan oleh imun badan mereka yang lemah. Jadi, mereka mudah untuk terkena selsema dan batuk akibat jangkitan virus dan bakteria. Bila anak-anak diserang batuk dan selsema, mulalah mereka kuat meragam. Kita pun pasti kasihan melihat anak-anak tidak selesa dengan keadaan mereka kan..
Ada beberapa petua yang berkesan untuk bantu mereka. Berikut adalah petua yang saya amalkan untuk kurangkan selsema dan batuk anak:
1. Minyak bawang putih
Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Ini antara sebab ia selalu digunakan untuk tujuan perubatan. Bila anak-anak saya selsema dan batuk, saya kerap sapukan minyak bawang putih pada dada, belakang dan tapak kaki mereka.
Cara buat minyak bawang putih ni mudah sahaja. Mula-mula bakar 2-3 ulas bawang putih atas api..jangan sampai hangus ye..
Kemudian, lenyek bawang putih tersebut dan campurkan dengan minyak zaitun atau minyak masak (yang belum digunakan). Dah siap. Senang kan. Minyak bawang putih berkesan untuk melegakan batuk dan selsema anak.
2. Kunyit hidup
Tumbuk sedikit kunyit hidup..Lepas tu sapukan pada batang hidung..ini dapat bantu mengeringkan selsema..
3. Pakaikan mereka stokin masa tidur malam. Sebelum tu, saya sapukan minyak herba tropika atau minyak bawang putih di tapak kaki mereka..Ini dapat mengelakkan angin masuk dalam badan dan bantu mereka tidur dengan lena tanpa gangguan.
PERINGATAN!!! Petua 1 dan 2 perlu cuba dulu pada anak ye..kalau anak ada alahan seperti naik ruam merah selepas sapu minyak bawang putih atau kunyit tu, jangan teruskan okey..
Selain petua di atas, saya juga bagi anak sulung saya, darwisy makan Omegaguard untuk kuatkan imun badan. Untuk anak saya Umar yang baru masuk usia 1 tahun, saya kerap susukan dia..sambil tu saya ambil megadose vitamin C..Jadi, manfaat vitamin C tu dapat disalurkan kepada anak melalui penyusuan badan..secara tak langsung bantu kuatkan imun dia juga.
Selamat mencuba!!!
Ingin dapatkan produk Shaklee? Boleh hubungi saya.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 0129402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : sheqien.shaklee
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkots Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang
Pos Seluruh Malaysia
0 comments:
Post a Comment