Fungsi Lecithin Dan Kebaikannya Untuk Kesihatan

Lecithin adalah sejenis lemak larut
yang dipanggil phospholipid yang boleh didapati dalam kuning telur, jagung dan biji kacang soya. Lecithin terdiri daripada choline dan inositol, dan ditemui dalam semua sel-sel yang hidup. 

Terdapat banyak faedah lecithin kepada tubuh badan manusia yang ramai di antara kita tidak sedar. Kebanyakannya boleh membantu kita menjadi lebih sihat kerana lecithin telah terbukti antara zat yang diperlukan oleh badan kita.

FUNGSI LECITHIN
Lecithin merupakan komponen utama
membran sel, yang mengawal selia
nutrien yang masuk dan keluar dari
sel. Ini bermaksud lecithin memainkan peranan penting dalam penyerapan zat dan nutrien penting dari saluran darah ke dalam sel. Kekurangan lecithin dalam badan boleh mengakibatkan membran sel mengeras seterusnya menggangu proses penyerapan. Untuk itu, pengambilan lecithin dalam diet harian adalah keputusan yang bijak.

Lecithin dikenali juga sebagai pengemulsi semulajadi kerana ianya mempunyai kesan 'melekat' pada lemak. Maksudnya, lecithin bertindak memecahkan lemak dengan cara melekat pada lemak dalam darah dan menyebabkan ianya terapung seterusnya mengelakkan lemak tersebut dari melekat di dinding membran. Disebabkan fungsi ini, lecithin amat sesuai untuk mereka yang ingin menjaga berat badan.

PERBEZAAN LECITHIN SHAKLEE



1. Lecithin shaklee adalah dari sumber semulajadi iaitu kacang soya organik tanpa GMO. 

2. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin yang membekalkan 78mg phosphatidylcholine dan 47mg phosphatidylinositol. 

3. Tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perisa tiruan

KEBAIKAN DAN KHASIAT LECITHIN 
1. Meningkatkan fungsi kognitif
Kolina adalah suatu komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Badan kita perlukan kolina untuk menghasilkan asetilkolina, iaitu sejenis zat yang terlibat dalam pembelajaran, ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan, rembesan hormon dan peredaran darah. 

Kolina juga dikatakan mempunyai kesan signifikan ke atas fungsi otak dan memori terutamanya dalam mencegah kehilangan ingatan pada usia tua dan membantu merendahkan risiko terhadap alzheimer, demensia dan amnesia. Ada sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg lecithin sehari untuk memulihkan ingatan.

2. Menggalakkan penurunan berat badan yang sihat
Lecithin mempercepatkan pecahan lemak, maka hasilnya boleh meningkatkan metabolisma. Ia telah digunakan secara efektif sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk menggalakkan penurunan berat badan. Pengambilan 4000mg sehari dapat bantu anda mendapatkan berat badan yang diidamkan tetapi wajib disertai dengan senaman. 

Yang menarik tentang lecithin, disebabkan ia adalah semulajadi, lecithin membolehkan badan kita menurunkan berat badan dengan betul tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan.

3. Merendahkan kolestrol
Keupayaan lecithin dalam menurunkan paras kolestrol diketahui umum kerana ia telah digunakan selama beberapa dekad dalam merawat pesakit yang alami kolestrol tinggi. Lecithin menghalang pengumpulan lemak dalam dinding jantung, saluran darah dan otak dengan memecahkan deposit lemak. Ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular juga.

4. Menggalakkan kesihatan hati
Lecithin melindungi kesihatan hati kita dalam beberapa cara. Ia merupakan sejenis lipid khas yang menghalang lemak dari terkumpul di dalam hati. Memandangkan lecithin dan kolina mengawal aliran nutrien masuk dan keluar dari sel, ini membolehkan toksin disingkirkan dari hati kita sebelum ianya menyebabkan kemudaratan.

5. Menjaga kesihatan kulit
Lecithin mempunyai ciri-ciri pelembap yang kuat untuk membantu kulit kekal hidrat. Kepekatan asid lemak yang tinggi menghasilkan perlindungan pada kulit yang dapat mengekalkan kelembapan secara efektif. Lecithin yang mencukupi dalam badan menyuburkan kulit dan mengurangkan kebarangkalian masalah kulit.

6. Bantu masalah penghadaman
Lecithin diperlukan dalam penghasilan Bile, iaitu sejenis bahan kimia yang amat penting untuk proses penghadaman

7. Bantu sistem imun
Lecithin dapat bantu fungsi imun dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan kuman, bakteria dan virus.

8. Beri manfaat kepada ibu menyusu
Lecithin dipercayai dapat mengurangkan risiko clogged duct atau duktus susu tersumbat. Ini dapat mengelakkan ibu menyusu dari mengalami bengkak susu yang teruk.

Di samping itu, lecithin bantu bakar lemak berlebihan dalam badan ibu serta membantu ibu mengatasi masalah pelupa atau dikenali dengan istilah 'momnesia' yang biasanya dihidapi selepas melahirkan anak.Selain untuk ibu, kolina dan inositol turut dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu di mana ianya dapat bantu perkembangan otak bayi.

Sebotol lecithin harganya RM52.50. Untuk sebulan penggunaan.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan lecithin segera untuk kesihatan yang lebih baik dan terjamin.


Shikin Satiman
ID: 1147051
Whatsapp/call: 0129402603
Emel: shikin.azly@gmail.com
Fb: shikin satiman
Ig: sheqien.shaklee

Kawasan COD: Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top