Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Untuk Elak Komplikasi Penyakit Kronik

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mengikut statistik pada tahun 2015, 32.7% atau lebih kurang 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi. Dan angka ini meningkat saban tahun. Antara faktor pendorong kepada peningkatan jumlah ini adalah amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, merokok dan sebagainya.

Tekanan darah tinggi tidak wajar di pandang ringan kerana jika tidak dikawal, ianya boleh membawa kepada serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan mata. Jadi, saya ingin kongsikan bagaimana cara turunkan tekanan darah tinggi untuk elak komplikasi penyakit kronik.



APA ITU HIPERTENSI?

Tekanan darah adalah daya yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri. Seseorang itu dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi apabila bacaannya melebihi 140/90 mmHg yang membawa maksud bacaan sistolik (tekanan ketika jantung mengepam darah ke seluruh badan) adalah melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik (tekanan ketika jantung dalam keadaan rehat dan dalam proses pengisian darah) melebihi 90mmHg.


Bila tekanan darah terlalu tinggi, ia meningkatkan beban kerja jantung dan boleh menyebabkan kesan yang serius terhadap arteri. Dari masa ke semasa, tekanan darah yang tidak dikawal meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Punca kepada tekanan darah tinggi tidak dapat dikenal pasti. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang boleh mendorong tekanan darah tinggi. Antaranya:

1. Gaya hidup - pengambilan garam yang tinggi, alkohol yang berlebihan, pemakanan yang rendah kalium, dan kurang bersenam menyumbang kepada peningkatan risiko tekanan darah tinggi.

2. Umur - setiap orang berisiko tinggi untuk alami tekanan darah tinggi bila semakin berusia.

3. saiz badan - berat badan berlebihan atau obes adalah faktor risiko utama untuk tekanan darah tinggi

4. Jantina - lelaki dan perempuan mempunyai profil risiko yang berbeza. Lelaki lebih terdedah kepada tekanan darah tinggi pada usia yang lebih muda manakala wanita lebih berisiko terhadap tekanan darah tinggi pada usia yang lebih tua.

5. Pengambilan ubat - ubat selsema yang mengandungi dekongestan adalah salah satu daripada beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Lain-lain termasuk ubat penahan sakit NSAID, steroid, pil diet, pil kawalan kelahiran, dan beberapa antidepresan.

6. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi penyakit hipertensi

7. Pengurusan stress yang teruk

8. Mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti diabetes, penyakit buah pinggang, hipertiriod, dll.

9. Ibu hamil

SIMPTOM DAN GEJALA HIPERTENSI

Tekanan darah tinggi itu sendiri biasanya asimptomatik, bermakna pesakit tidak mengalami sebarang tanda-tanda langsung. Inilah sebabnya mengapa tekanan darah tinggi sering dirujuk sebagai "pembunuh senyap" kerana ia secara senyap-senyap boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem kardiovaskular.

Bila seseorang sedang mengalami krisis hipertensi di mana bacaannya 180/110 mm/Hg atau lebih, simptom yang mereka alami termasuklah sakit kepala yang teruk, rasa bimbang, hidung berdarah dan nafas menjadi pendek.


Apa yang membimbangkan apabila mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi adalah komplikasinya terhadap kesihatan. Bila tekanan darah terlalu tinggi, ia boleh merosakkan dinding arteri dan menyebabkan arteriosclerosis di mana saluran darah menjadi sempit akibat dari pembentukan plak di dinding arteri. Komplikasi yang boleh dialami oleh pesakit hipertensi akibat daripada arteriosclerosis termasuklah:

- kegagalan jantung : jantung lemah sehingga tidak dapat mengepam darah yang cukup 
- aneurysm : terdapat benjolan tidak normal di dinding arteri yang boleh pecah, dan menyebabkan pendarahan yang teruk sehingga boleh membawa kepada kematian.
- penyempitan saluran darah : jika berlaku di buan pinggang boleh membawa kepada me
kegagalan buah pinggang, manakala jika berlaku di otak,jantung dan kaki boleh membawa kepada strok, serangan jantung dan kebarangkalian pemotongan kaki.
- Saluran darah di mata boleh pecah atau berdarah, yang membawa kepada masalah penglihatan atau buta.

CARA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Sebelum tekanan darah tinggi menjadi semakin kronik, ada beberapa cara anda boleh amalkan untuk turunkan dan kawal bacaannya. Ia termasuklah:

 1. Menghadkan pengambilan garam
Sukatan pengambilan garam biasanya di antara 9 dan 12 g sehari. Penurunan tekanan darah yang sederhana boleh dicapai dengan mengurangkan garam kepada kira-kira 5 g sehari. kesan paling besar dapat dilihat pada orang dengan tekanan darah tinggi.

2. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak dan rendah lemak.
Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi atau berisiko untuk menghidapinya dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu serta disarankan makan gandum, makanan yang tinggi serat, mengambil sekurang-kurangnya 300g buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, kekacang dan ikan yang kaya dengan omega-3 dua kali seminggu.

3. Menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal.
Tekanan darah tinggi berkait rapat dengan berat badan yang berlebihan, maka pengurangan berat badan akan diikuti dengan penurunan tekanan dalam darah.

4. Kerap melakukan senaman fizikal
Lakukan aktiviti senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit sehari sebanyak 5 hingga 7 kali seminggu.

5.kurangkan stress
Elakkan diri dari sebarang punca stress, dan belajar menangani dan menguruskan stress yang tidak dapat dielakkan sebaik mungkin..

6. Berhenti merokok
Merokok boleh meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan yang tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, pilihlah untuk tidak merokok.

7. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari

8. Dapatkan rehat yang secukupnya.

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK PESAKIT HIPERTENSI

Selain melakukan perkara di atas, anda boleh mengambil suplemen untuk membantu menurunkan dan mengawal tekanan darah secara cepat dan berkesan. Untuk pesakit hipertensi, Vivix adalah ikhtiar terbaik.



Vivix kaya dengan resveratrol yang dapat bantu menurunkan tekanan darah seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung dan strok. Berdasarkan beberapa kajian, resveratrol didapati dapat bantu memerangi tekanan darah tinggi melalui pelbagai mekanisme iaitu:

1. Resveratrol memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan tekanan darah dengan mengawal tekanan darah sistolik. 

2. Resveratrol mengurangkan penyusupan sel yang mengalami keradangan ke dalam dinding saluran darah dan memperbaiki keupayaan saluran darah tersebut dalam bertindakbalas dengan perubahan tekanan darah.

3. Resveratrol mengurangkan pembentukan semula dan pengerasan saluran darah dan otot jantung yang tidak dikehendaki yang terhasil akibat hipertensi yang berterusan.

4. Resveratrol bertindak dalam stem otak untuk menterbalikkan peningkatan dalam tekanan darah yang dicetuskan oleh pelbagai faktor pemakanan dan hormon.

5. Hipertensi yang berterusan merosakkan lapisan kapilari sel reaktif yang dikenali sebagai sel endothelial. Resveratrol mengurangkan kesan hipertensi ke atas sel endothelial dan menghalang tanda-tanda 'endothelial dysfunction' yang merupakan penyumbang utama kepada serangan jantung, strok dan kegagalan jantung.

Pengambilan vivix secara konsisten, InShaaAllah dapat bantu mengawal tekanan darah dan seterusnya meningkatkan lagi tahap kesihatan secara keseluruhan.

Berikut adalah antara testimoni pengguna yang mengamalkan vivix untuk masalah hipertensi.




Jom lihat apa lelaki ini lakukan untuk turunkan tekanan darah beliau.



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Lagi testimoni -> Tekanan darah tinggi kembali normal selepas amalkan Vivix.


Selain dari Vivix, Omegaguard,Garlic Complex dan Ostematrix juga boleh bantu untuk menurunkan tekanan darah.

Omegaguard - mengekalkan tekanan darah, menjaga saluran darah, menurunkan kolestrol.

Garlic complex - mengekalkan tekanan darah normal dan merendahkan kolestrol.

Ostematrix - mengimbangi tekanan darah dan memelihara denyutan jantung.


Bertindak segera sekiranya anda adalah salah seorang yang berisiko atau seorang penghidap hipertensi. Lebih cepat anda berusaha menurunkan dan mengawal tekanan darah, lebih rendah risiko anda terhadap serangan jantung dan strok.

Apa tunggu lagi.. Jom order sekarang!!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

2 comments:

  1. tekanan darah tinggi sangat merbahaya terutamanya kepada yang tak alert bahawa mereka menghidapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..perlu lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala seelok-eloknya..

      Delete

Back
to top