Masalah hb rendah atau dikenali
juga sebagai ‘anemia’ sangat sinonim dengan ibu yang mengandung. Anemia adalah satu keadaan di mana tubuh badan
kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen kepada tisu-tisu
dan bayi dalam kandungan. Situasi ini
boleh menyebabkan ibu yang mengalaminya capat penat dan lemah. Yang paling
merisaukan, komplikasi yang lebih serius boleh terjadi sekiranya ibu yang hamil
mengalami anemia yang teruk dan tidak berusaha untuk merawatnya.
Bagaimana masalah ini boleh
berlaku dan apakah cara mengatasi masalah hb rendah ketika hamil? Ketahui info
selanjutnya dalam entri ini.
Apakah punca berlakunya anemia ketika hamil?
Badan kita memerlukan zat besi
untuk menghasilkan haemoglobin, sejenis protein dalam sel darah merah yang
mengangkut oksigen ke tisu dan organ-organ lain. Semasa hamil, jumlah darah
bertambah untuk menampung perubahan dalam badan anda dan membantu bayi dalam
kandungan menghasilkan bekalan darahnya sendiri. Untuk tujuan ini, badan anda memerlukan dua
kali ganda keperluan zat besi. Jika anda tidak mempunyai simpanan zat besi yang
cukup atau mendapat cukup zat besi semasa hamil, ini menyebabkan berlakunya anemia.
Bagaimana anemia memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi?
Bila ibu yang hamil berhadapan
masalah anemia yang ringan, mungkin tidak merasai apa-apa simptom. Untuk mereka
yang mengalami anemia diperingkat sederhana atau bahaya, mereka mungkin
menghadapi simptom:
- merasa letih dan penat
- bibir, kuku dan kulit pucat,
- pening kepala
- nafas pendek
- jantung berdegup laju
- sukar untuk menumpukan perhatian
Kalau dilihat pada simptom-simptom di atas, ianya lebih kurang sama dengan simptom biasa untuk mereka yang hamil. Untuk itu, ibu-ibu hamil dikehendaki untuk menjalani ujian darah setiap kali melakukan pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti samada mengalami anemia atau tidak. Melalui ujian darah, tahap kandungan haemoglobin (Hb) dalam badan diperiksa. Bacaan normal haemoglobin adalah > 11 g/dl. Kurang daripada itu, anda mengalami anemia dan seharusnya sudah mengambil langkah berjaga-jaga. Ini kerana bacaan Hb yang sangat rendah iaitu di tahap kritikal boleh membawa kepada kelahiran bayi pramatang, berat lahir bayi yang rendah, keguguran janin, darah tinggi, depresi dan tumpah darah ketika bersalin sehingga boleh membawa kepada kematian.
Cara mengatasi masalah Hb rendah ketika hamil
Untuk mengatasi masalah anemia akibat
daripada kekurangan zat besi, tidak ada cara lain melainkan dengan memperbanyakkan
lagi pengambilan zat besi dalam diet seharian.
- Makan makanan yang kaya dengan kandungan zat besi seperti daging ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, kerang, hati, buah-buahan seperti labu dan tembikai serta buah-buahan kering seperti prun dan kismis
- ambil supplement zat besi – Pengambilan zat besi melalui pemakanan mungkin belum mencukupi untuk menampung keperluan zat besi. Maka, pengambilan supplement adalah langkap terbaik untuk mengisi lopong nutrisi yang diperlukan badan.
- Makan makanan yang kaya dengan vitamin C – Pengambilan vitamin C bersama-sama dengan zat besi membantu kecekapan penyerapan zat tersebut ke dalam badan
Supplement Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Hb Rendah
Untuk mengatasi masalah Hb
rendah, saya cadangkan anda cuba supplement dari Shaklee iaitu:
- Vitalea - multivitamin yang kaya dengan 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi yang merangsang pembentukan hemoglobin.
- Bcompleks - mengandungi 8 jenis vitamin B utama termasuk vitamin B12 dan folat yang merangsang pembentukan sel darah merah.
- Sustained Release Vitamin C - membantu proses penyerapan zat besi dan folat dalam badan. Selain itu, vitamin C elok untuk pertumbuhan gigi dan tulang serta meningkatkan imun badan.
Jom kita lihat apa yang ibu hamil ini lakukan untuk naikkan bacaan Hb beliau yang sentiasa rendah setiap kali hamil.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Supplement shaklee adalah pilihan terbaik kerana ianya berasakan sumber semulajadi. Selain itu, supplement shaklee tiada pewarna tambahan, bahan pengawet dan bahan tiruan. Di jamin selamat dan insyaAllah berkesan untuk semua orang.
Untuk memastikan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan terjamin sepanjang proses kehamilan, anda boleh cuba Set Kehamilan Shaklee. Set ini lengkap dengan segala keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.
Apa tunggu lagi?? Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk, Saya sedia untuk membantu anda.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/SMS : 012-9402603
Emel : shikinazly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : @sheqien.shaklee
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang
0 comments:
Post a Comment