Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Lebih Cergas Dan Sihat

Ibu hamil yang menjaga kesihatan dirinya insyaAllah melahirkan anak yang sihat dan cukup sifat. Menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet yang penuh nutrisi ketika hamil mengurangkan risiko kecacatan kelahiran, meningkatkan perkembangan otak janin dan meningkatkan peluang mendapatkan berat lahir bayi yang normal. Maka, ibu hamil harus fokus terhadap pengambilan nutrisi demi kesihatan diri dan anak yang dikandung sebaik sahaja disahkan hamil.

Walaupun sudah mengambil makanan bernutrisi, ibu hamil masih memerlukan supplement untuk menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Set Kehamilan Shaklee merupakan kombinasi supplement terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sepanjang proses kehamilan.

Apa yang istimewanya Set Kehamilan Shaklee??

Semestinya kerana ianya SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Tiada pewarna, tiada bahan pengawet dan tiada bahan tiruan. Dijamin halal..



Apa yang terkandung dalam Set Kehamilan Shaklee??

Energizing Soy Protein
  • menyediakan 14g protein soya bukan GMO berkualiti tinggi yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan.
  • esp mempunyai indeks glisemik yang rendah dan bebas kolestrol serta laktosa
  • protein menyokong pertumbuhan dan perkembangan fetus
  • protein sangat penting dalam membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh
  • protein membekalkan tenaga kepada ibu hamil untuk menjalani kehidupan seharian
  • protein yang mencukupi ketika hamil amat penting bagi membantu pertumbuhan plasenta, uteras, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah

Vitamin B Compleks
  • lengkap dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik
  • asid folik amat diperlukan untuk pembentukan tulang dan mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya spina bifida
  • keperluan asid folik untuk ibu hamil adalah sebanyak 400mg sehari
  • pengambilan asid folik 3 bulan sebelum ibu merancang untuk hamil hinggalah tempoh awal mengandung adalah sangat penting kerana masalah pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama hamil iaitu ketika janin baru terbentuk.

Ostematrix
  • membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi
  • selain kalsium, ostematrix mengandungi magnesium dan vitamin D. Magnesium bertindak untuk menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Manakala vitamin D merangsang penyerapan kalsium
  • Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari
  • untuk ibu, kalsium membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi
  • kalsium penting untuk bayi dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat
  • jika ibu hamil kekurangan kalsium, bayi dalam kandungan akan mengambil kalsium dari tulang ibu sendiri di mana kesannya si ibu mungkin terdedah kepada risiko osteoporosis di usia tua.

Vitalea-Iron Formula
  • mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk orang dewasa
  • kaya dengan iron (zat besi) yang sangat penting dalam pembentukan hemoglobin, iaitu protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel lain.
  • kekurangan iron dalam sel darah merah boleh menyebabkan anemia yang sangat berbahaya untuk ibu dan bayi ketika melahirkan nanti
  • ibu hamil memerlukan 29mg iron sehari

Vitamin C
  • membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan
  • membantu mempertingkatkan kadar penyerapan iron dan asid folik dalam badan 
  • vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Omegaguard
  • mengandungi minyak ikan tulen yang menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA & EPA
  • sangat penting dalam pembentukan otak dan penglihatan bayi sepanjang kehamilan
  • ibu hamil memerlukan 300mg omega sehari
  • omega 3 disarankan untuk diambil oleh ibu hamil bila kehamilan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga.


Sekiranya anda hamil dan memerlukan supplement untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan, Set Kehamilan Shaklee adalah jawapannya. Lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan dan pastinya selamat dan berkesan. 

Apa tunggu lagi?? Jom order sekarang!!!


*produk ini bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/SMS : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb Page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos seluruh Malaysia


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top