Petua Hilangkan Cirit Birit Dengan Cepat Dan Berkesan

Semua orang pasti pernah alami cirit-birit. Tanda-tanda biasa cirit-birit adalah najis berair, kerap buang air besar dan kadang-kala disertai dengan kekejangan pada bahagian abdomen.

Dalam kebanyakan kes, cirit-birit menyerang selama beberapa hari. Tetapi jika cirit-birit tidak juga sembuh selepas seminggu, ia mungkin menunjukkan adanya gangguan serius seperti jangkitan berterusan, penyakit keradangan usus, atau keadaan yang kurang serius, seperti sindrom usus terganggu.

Cirit-birit jangan diambil ringan kerana ia boleh menyebabkan badan alami dehidrasi yang boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat. Jadi, dalam entri kali saya nak kongsikan petua hilangkan cirit-birit dengan cepat dan berkesan.


Punca Cirit-birit


Kebiasaannya, cirit-birit terjadi disebabkan oleh keracunan makanan. Makanan atau minuman yang tercemar boleh membawa masuk bakteria dan parasit ke dalam badan. Parasit seperti Giardia lamblia dan Cryptosporidium boleh menyebabkan cirit-birit. Manakala bakteria yang menyebabkan cirit birit termasuklah Campylobacter, Salmonella, Shigella dan Escherichia coli. Golongan yang gemar mengembara berisiko untuk mendapat cirit birit akibat jangkitan bakteria dan parasit ini.

Jangkitan virus juga boleh menyebabkan cirit-birit. Virus yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuk Norwalk virus, cytomegalovirus dan hepatitis virus. Rotavirus adalah penyebab biasa cirit-birit akut pada kanak-kanak.

Banyak ubat-ubatan, seperti antibiotik, boleh menyebabkan cirit-birit. Antibiotik memusnahkan bakteria yang baik dan buruk, yang boleh mengganggu keseimbangan semula jadi bakteria dalam usus anda. Ubat-ubatan lain yang menyebabkan cirit-birit adalah ubat kanser dan antasid dengan magnesium.

Petua Hilangkan Cirit Birit


Cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang ubatan. Jadi, semasa proses penyembuhan, apa yang boleh anda lakukan adalah cegah badan dari dehidrat dan ringankan gejala cirit birit supaya boleh sembuh dengan cepat. Berikut petua yang boleh anda amalkan :

1. Berhenti ambil makanan pejal dan rehidrat.


Mulakan dengan mengelakkan semua makanan pepejal dan ambil minuman panas atau suam untuk mengelakkan dehidrasi. Minum setengah cawan cecair setiap 15 minit atau lebih adalah memadai untuk elak dehidrasi. Minuman yang sesuai untuk diambil termasuk air, air mineral, teh herba dan teh halia. Sup juga boleh membantu menggantikan garam dan mineral lain yang hilang akibat cirit-birit.

2. Perlahan-lahan ambil makanan rendah serat


Bila anda mula rasa nak makan (seeloknya selepas 24 jam alami cirit-birit), pilihlah makanan rendah serat seperti roti bakar, pisang, nasi, sos epal, lobak merah dan kentang yang dimasak dan ayam. Epal dan juga lobak merah kaya dengan pectin (serat larut) boleh bantu mengatasi cirit-birit. Makanan lain yang sesuai termasuk biskut dan sup ayam boleh bantu menambah kandungan garam dan potassium yang berkurangan akibat cirit-birit.

3. Elakkan produk tenusu sehingga gejala dan tanda cirit-birit hilang


Sebahagian daripada organisma yang menyebabkan cirit-birit buat sementara waktu boleh menjejaskan keupayaan badan untuk mencerna susu.

4. Jauhi jus epal


Walaupun sos epal boleh bantu ringankan gejala cirit birit, jus epal beri kesan sebaliknya. Sisa karbohidrat dalam jus epal yang tidak diserap di dalam usus kecil, mengalami penapaian oleh bakteria di dalam usus besar, yang berpotensi membawa kepada cirit-birit.

5. Pengambilan suplemen yang sesuai


Terdapat beberapa suplemen Shaklee yang boleh bantu untuk merawat cirit-birit dengan cepat di samping mencegah badan dari dehidrasi. Cadangan suplemen untuk mengatasi cirit-birit termasuk :

1. Nutriferon - bertindak meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus, kuman dan bakteria yang menyebabkan cirit-birit.

2. Shaklee Performance - minuman elektrolit yang rendah kandungan gula. Ia bertindak mengekalkan keseimbangan air dalam badan seterusnya mengelakkan dehidrasi. Ia juga bantu badan kembali bertenaga.

3. Peppermint Ginger Plus - Selalunya, bila perut kosong, angin mudah masuk ke dalam badan dan memberikan rasa sakit dan tidak selesa. Jadi, peppermint ginger plus bantu membuang angin yang masuk dalam badan dan memberikan kelegaan.


Jika anda sedang alami cirit-birit, saya cadangkan anda cuba set vitamin ini. Ia bertindak dengan cepat dan berkesan dalam melegakan gejala cirit-birit. 

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

7 comments:

Back
to top