Ketahui Cara Mengatasi Psoriasis Dengan Berkesan

Psoriasis adalah suatu keadaan kulit bertompok tebal kemerahan dan bersisik yang biasanya terbentuk pada siku, lutut dan kulit kepala. Ia merupakan salah satu penyakit gangguan imun.


Psoriasis berlaku apabila sel-sel T badan anda, yang sepatutnya bertindak memusnahkan kuman yang memasuki sistem anda, tetapi sebaliknya memusnahkan sel-sel kulit yang sihat. Puncanya tidak diketahui dan tidak ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini, tetapi ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi Psoriasis seterusnya mengurangkan gejala dan mempercepatkan penyembuhan kulit.




Punca Dan Faktor Pencetus Psoriasis


Punca psoriasis tidak diketahui sepenuhnya, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan masalah sistem imun dengan sel-sel dalam badan anda. Lebih khusus lagi, sel tersebut adalah sejenis sel darah putih dipanggil limfosit T atau T sel. Biasanya, sel-sel T bergerak di seluruh badan untuk mengesan dan melawan bahan-bahan asing, seperti virus atau bakteria. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai psoriasis, sel-sel T menyerang sel-sel kulit yang sihat dengan tidak sengaja, seolah-olah untuk menyembuhkan luka atau melawan jangkitan.



Sel-sel T yang terlalu aktif mencetuskan tindak balas imun yang lain iaitu pengembangan salur darah pada kulit di sekeliling plak dan peningkatan dalam sel-sel darah putih lain yang boleh memasuki lapisan luar kulit. Perubahan ini menyebabkan peningkatan penghasilan sel-sel kulit yang sihat dan lebih banyak sel T dan sel-sel darah putih yang lain. Ini menyebabkan satu kitaran yang berterusan di mana sel-sel kulit baru bergerak ke lapisan paling luar kulit terlalu cepat iaitu dalam tempoh beberapa hari dan bukannya minggu. Kulit mati dan sel-sel darah putih tidak boleh mengelupas dengan cepat dan kesannya ia terkumpul di permukaan kulit dalam bentuk tompokan merah yang tebal dan bersisik. Keadaan ini biasanya tidak berhenti kecuali ada rawatan yang mengganggu kitaran tersebut.

Punca yang menyebabkan sel-sel T untuk tidak berfungsi dengan betul pada orang dengan psoriasis tidak dapat difahami dengan jelas. Para penyelidik percaya ia mungkin disebabkan faktor gen dan juga persekitaran.

Psoriasis biasanya bermula atau menjadi lebih teruk disebabkan oleh beberapa faktor pencetus termasuk:

● jangkitan kulit

● Kecederaan kepada kulit, seperti luka, gigitan pepijat, atau kulit terbakar (sunburn) yang teruk

● tekanan atau stress

● cuaca sejuk

● merokok

● fungsi hati yang lemah

● perubahan hormon

● pengambilan alkohol berlebihan

Sesiapa sahaja boleh mengalami psoriasis, tetapi bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan psoriasis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapnya. Individu yang selalu stress dan mempunyai berat berlebihan juga berisiko tinggi untuk mendapat psoriasis.

Cara Atasi Psoriasis 


Tingkatkan sistem imun dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat boleh bantu mengurangkan kesan dan gejala psoriasis. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil.

1. Dapatkan asid folik

Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai psoriasis kekurangan vitamin B dipanggil folat, atau asid folik. Jadi, masukkan dalam diet anda makanan yang kaya dengan folat, seperti asparagus, bayam, brokoli, avokado, oren, kacang kuda dan kacang merah.

2. Pilih makanan kaya Omega-3

Asid lemak Omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan boleh mengurangkan keradangan dan tindak balas imun yang dianggap menjadi punca kepada penebalan kulit dalam psoriasis. Kajian dari Bristish mendapati orang yang mengambil 156g lemak ikan setiap hari (contohnya salmon, mackerel, heering dan sardin) mengalami peningkatan dalam gejala psoriasis.

3. Elak kulit jadi kering

Gunakan alat pelembap udara (humidifier) untuk mengawal kelembapan udara persekitaran untuk mengelakkan kulit jadi kering.

Sapu krim pelembap di bahagian kulit yang terjejas untuk mengekalkan kelembapan kulit seterusnya mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal bersisik).

4. Dapatkan cahaya matahari

Tempoh pendedahan kepada cahaya matahari selama 20 minit beberapa kali seminggu boleh bantu mengekalkan kawalan ke atas gejala psoriasis. Tetapi, jangan lakukan secara berlebihan kerana ia boleh menjadikan psoriasis bertambah buruk malah cetuskan keradangan.

5. Relaks dalam tab mandi

Campurkan 3 cawan garam Epsom ke dalam tab berisi air suam. Garam Epsom mengandungi magnesium yang boleh bantu rawat psoriasis dengan menyingkirkan kulit yang bersisik dan kurangkan kegatalan.

6. Cuba minyak 'tea tree'

Cairkan minyak tea tree dalam minyak zaitun dan sapukan pada bahagian kulit yang terjejas beberapa kali sehari. Rawatan ini boleh melegakan kegatalan dan melembutkan kulit yang bersisik.

7. Berhenti merokok

Merokok memburukkan lagi gejala psoriasis. Merokok mengganggu keberkesanan Vitamin C dalam badan yang menyebabkan kulit jadi kering.


Atasi Psoriasis Dengan Bantuan Suplemen Semulajadi


Nutrien yang terkandung dalam pemakanan kita boleh bantu atasi dan kurangkan gejala psoriasis. Tetapi, pengambilan nutrien melalui pemakanan tidak cukup untuk memenuhi keperluan badan. Jadi, pengambilan suplemen adalah pilihan terbaik untuk mencukupkan keperluan nutrisi dan seterusnya membantu mengatasi masalah psoriasis.

Cadangan suplemen yang sesuai untuk pesakit Psoriasis termasuk :

1. Vivix - mengandungi resveratrol yang mempunyai kesan antioksidan paling kuat yang berupaya melindungi sel-sel dari radikal bebas serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Ramuan Vivix juga mempunyai kesan anti-radang yang boleh mengurangkan inflamasi dan keradangan. Selain itu, Vivix boleh bantu tingkatkan sistem imun seterusnya mengurangkan gejala psoriasis.

2. B-complex - mengandungi kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang boleh bantu pesakit psoriasis. Vitamin B complex juga terkenal sebagai vitamin anti-stress.

3. OmegaGuard - membekalkan asid lemak Omega-3 berkualiti tinggi yang boleh mengurangkan keradangan kesan dari psoriasis.

4. GLA complex - menstabilkan hormon dalam badan yang membantu mengurangkan gejala psoriasis.

5. Vitamin E - menjaga kelembapan kulit dan memperbaiki kerosakan kulit akibat psoriasis.

6. DTX complex - bertindak membantu proses detoksifikasi hati.

Testimoni Pesakit Psoriasis Ikhtiar Dengan Shaklee





Jangan biarkan psoriasis mengganggu kehidupan anda. Bertindak segera untuk atasinya..
Jom order set psoriasis sekarang!!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top