Cara Berkesan Merawat Masalah Kencing Tak Lawas

Masalah kencing tak lawas atau kencing kotor atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai jangkitan di pundi kencing (UTI) kerap dialami oleh golongan wanita. Masalah ini kebanyakannya menjejaskan pundi kencing tetapi ada sesetengah kes boleh melibatkan ureter, uretra dan paling teruk merebak ke buah pinggang jika ia tidak dirawat dengan betul.


Gejala yang sering dialami oleh pesakit kencing tak lawas adalah kerap rasa nak buang air dan rasa tidak puas bila buang air (rasa air kencing seperti tidak habis keluar). Ketika proses buang air kecil juga diiringi sekali dengan rasa sakit atau pedih dan kadangkala ada sedikit darah dalam air kencing. Ada kemungkinan juga diserang demam dan rasa sakit pada bahagian belakang badan.



Punca Masalah Kencing Tak Lawas


Masalah kencing tidak lawas kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan bakteria E.coli, organisma yang hidup dalam saluran usus. Bakteria ini boleh memasuki urethra akibat dari penjagaan kebersihan yang tidak betul. Sebagai contoh, tindakan lap dari belakang ke depan selepas buang air besar boleh membuka ruang untuk bakteria memasuki urethra.

Jangkitan bakteria yang diperolehi hasil dari hubungan seks juga boleh mengakibatkan masalah kencing tidak lawas. Faktor yang meningkatkan risiko anda untuk alami jangkitan di saluran kencing termasuk mempuyai diabetes atau penyakit kronik lain yang menganggu sistem imun, mengandung, pengambilan ubatan seperti cortisone, chemotheraphy, penggunaan produk pencuci wanita yang tidak sesuai dan katerer di dalam pundi kencing.

Wanita lebih terdedah kepada masalah kencing tidak lawas kerana uretra wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki dan kedudukannya juga memudahkan bakteria untuk memasukinya.




Rawatan Untuk Masalah Kencing Tak Lawas


Antibiotik diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria pada saluran kencing, tetapi melalui pendekatan pemakanan juga boleh mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan ia dari berulang. Berikut adalah langkah yang boleh dicuba :

1. Banyakkan minum air. Disarankan sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas setiap hari untuk tambahkan pengaliran air kencing dan untuk membuang bahan yang berjangkit.

2. Elakkan kafein dan alkohol. Kopi, teh, minuman berkola dan alkohol tingkatkan iritasi pundi kencing. Jadi, seeloknya jauhi minuman ini.

3. Tinggalkan makanan yang pedas untuk sementara waktu. Ada sesetengah orang mendapati makanan pedas juga menyebabkan masalah kencing tak lawas bertambah buruk.

4. Minum jus kranberi. Terdapat kajian yang menyokong kehebatan jus kranberi dalam merawat kencing tak lawas. Kranberi dan blueberi mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyingkiran bakteria dengan menghalang bakteria dari melekat pada dinding pundi kencing.

5. Tingkatkan pengambilan Vitamin C. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar yang kaya vitamin C seperti buah oren, tomato dan brokoli. Vitamin C bantu kuatkan sistem imun, lawan jangkitan dan jadikan air kencing lebih berasid.

6. Makan yogurt. Pengambilan probiotik boleh membantu kerana ia dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma yang menyebabkan UTI. Bakteria bermanfaat yang terdapat dalam yogurt, juga boleh memupuk pertumbuhan flora mesra dalam badan, yang boleh berkurangan dengan terapi antibiotik.

7. Selain mengubah pemakanan, ada beberapa cara lain yang boleh bantu mencegah kencing tak lawas, ia termasuk :

● pakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas.

● jangan lakukan douching dan gunakan pencuci vagina kerana ia boleh menyebabkan pundi kencing menjadi iritasi.

● Sebelum dan sejam selepas 'bersama' pasangan digalakkan buang air kecil dahulu.  

● Selepas buang air kecil, lap dari depan ke belakang untuk mengurangkan risiko memindahkan bakteria dari usus ke urethra.

● Jangan tahan untuk buang air kecil. Jika terasa ingin kencing, jangan tangguh-tangguh. Segera selesaikannya. Menahan dari kencing merangsang jangkitan untuk berlaku.


Cadangan Suplemen Untuk Membantu Masalah Kencing Tak Lawas


Untuk bantu percepatkan penyembuhan masalah kencing tak lawas disamping mencegah masalah ini dari kerap berulang, pengambilan suplemen yang betul adalah perlu. Suplemen bertujuan menyokong keperluan nutrisi dalam tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi secara optimum. Suplemen yang boleh bantu masalah kencing tak lawas termasuklah :

1. Vivix - mempunyai kesan anti-radang dan anti-bakteria yang boleh bantu melawan jangkitan, Ramuan Vivix juga boleh menguatkan sistem imun badan.

2. Sustained Release Vitamin C - bantu menguatkan sistem imun di samping jadikan air kencing lebih berasid di mana boleh menghalang pembiakan bakteria.

3. Garlic Complex - bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

4. Alfalfa Complex - bantu lawaskan kencing. Ia bertindak mencuci saluran kencing dan buah pinggang.

Jangan tangguh untuk dapatkan rawatan jika anda mempunyai masalah kencing tidak lawas. Bertindak segera untuk cegah masalah ini dari menjadi lebih teruk sehingga boleh menjejaskan kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi tentang produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top