Rasanya ramai yang pernah kena ulser mulut. Betul tak? Selalunya, ulser terjadi bermula dengan kecederaan minor dalam bahagian mulut akibat terlalu kuat menggosok gigi atau tergigit tanpa sengaja.
Ulser di mulut amat pedih dan menyakitkan. Ia sangat mengganggu emosi dan aktiviti kita seharian. Jadi, semestinya mereka yang alaminya ingin hilangkan ulser dengan cepat. Dalam entri ini, saya ingin kongsikan cara cepat untuk hilangkan ulser mulut malah boleh bantu mencegah ia dari berulang.
Apa itu Ulser Mulut?
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mawar liar merupakan luka-luka kecil yang menyakitkan yang berkembang di dalam mulut atau di pangkal gusi anda. Ulser boleh menyebabkan aktiviti seharian seperti makan, minum, dan bercakap menjadi tidak selesa. Wanita, remaja, dan orang-orang yang mempunyai sejarah keluarga dengan ulser mulut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat ulser mulut.
Ulser mulut tidak berjangkit dan biasanya akan hilang dalam tempoh satu hingga dua minggu. Walau bagaimanapun, jika anda mendapati ulser menjadi semakin besar atau amat menyakitkan atau mengambil masa yang lama untuk sembuh, segera dapatkan rawatan dan nasihat doktor. Ulser yang tidak dirawat boleh menyebabkan kanser.
Faktor Pencetus Ulser Mulut
Tiada sebab yang pasti punca terjadinya ulser. Walau bagaimanapun, beberapa faktor-faktor dan pencetus kepada ulser mulut telah dikenal pasti . Ia termasuk:
● kecederaan ringan di mulut ketika dapatkan rawatan pergigian, menggosok gigi secara kuat, kecederaan sukan, atau tergigit tanpa sengaja.
● ubat gigi dan pencuci mulut yang mengandungi sodium lauryl sulfat.
● sensitif kepada makanan berasid seperti strawberi, limau, dan nanas, dan makanan pencetus yang lain seperti coklat dan kopi.
● tindak balas alahan terhadap bakteria mulut.
● kekurangan vitamin, terutama B-12, zink, folat, dan besi.
● pendakap gigi
● perubahan hormon semasa haid
● tekanan emosi atau kurang tidur
Selain faktor di atas, ulser mulut boleh terjadi akibat dari masalah kesihatan tertentu seperti :
● penyakit celiac ((Keadaan di mana badan tidak dapat menerima gluten).
● penyakit keradangan usus
● diabetes mellitus
● sistem imun yang tidak berfungsi dengan betul di mana ia menyebabkan badan anda untuk menyerang sel-sel mulut yang sihat bukannya virus dan bakteria.
Cara Hilangkan Ulser Mulut
Ulser mulut boleh hilang dengan sendiri, Tetapi, jika ia amat pedih dan menyakitkan, beberapa cara berikut boleh diamalkan untuk hilangkan rasa sakit dan cepatkan penyembuhan.
1. berkumur dengan air garam dan serbuk penaik
2. tuam dengan ais pada bahagian terkena ulser.
3. gunakan pembilas mulut yang mengandungi steroid untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
4. letakkan beg teh lembap pada ulser mulut
5. ambil pemakanan tambahan seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12, dan zink.
Ulser ada potensi untuk berulang. Jadi, dicadangkan untuk kurangkan dan elakkan diri anda dari faktor pencetus kepada ulser mulut. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk merawat dan mencegah ulser dari berulang. Bila badan cukup nutrisi, ia bantu sistem badan untuk berfungsi secara optimum dan mencegah ulser mulut dari terjadi.
Jom lihat video ini untuk ketahui nutrisi apa yang bagus untuk atasi masalah ulser mulut dan mencegahnya dari kerap berulang.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment