Cara Mengatasi Masalah Keputihan Secara Semulajadi

Keputihan adalah cecair yang keluar dari vagina. Cecair ini dihasilkan oleh kelenjar dalam rahim dan serviks dan berfungsi membawa keluar sel-sel mati dan bakteria. Ini dapat mengekalkan kebersihan faraj dan bantu elak dari jangkitan.

Setiap wanita adalah normal untuk mengalami keputihan. Selalunya, jumlah pengeluaran, bau dan warna cecair keputihan berbeza-beza bergantung pada keadaan semasa anda. Sebagai contoh, jika anda sedang mengalami ovulasi, menyusukan anak atau terangsang secara seksual, pengeluaran keputihan selalunya lebih banyak dari biasa. Bau keputihan juga berbeza ketika anda sedang hamil atau tidak menjaga kebersihan faraj dengan betul.



Bila keputihan menjadi suatu masalah? Keputihan menjadi suatu masalah yang mengganggu wanita apabila pengeluaran, bau, warna dan bentuknya adalah abnormal disertai dengan gatal-gatal di sekitar faraj. Ini antara tanda telah berlaku jangkitan di bahagian faraj. Rawatan segera perlu diambil untuk mengatasi masalah keputihan ini kerana selain mengganggu kualiti hidup, ia juga boleh menjadi punca wanita sukar untuk hamil.

Punca Terjadi Masalah Keputihan


Keputihan abnormal adalah tanda anda sedang mengalami vaginitis. Keadaan ini berlaku bila adanya perubahan pada keseimbangan normal bakteria dalam faraj atau terjadi jangkitan. Vaginitis membawa maksud keradangan pada bahagian faraj yang menyebabkan keputihan abnormal, gatal-gatal dan rasa sakit.

Tanda-tanda anda telah dijangkiti Vaginitis:

● Perubahan pada warna, bau dan jumlah pengeluaran cecair keputihan dari faraj

● rasa gatal-gatal atau iritasi pada bahagian faraj

● sakit ketika hubungan kelamin

● sakit ketika buang air kecil

● pendarahan ringan faraj


Ciri-ciri cecair keputihan boleh menentukan jenis vaginitis yang anda alami. Begitu juga punca kepada masalah keputihan yang anda alami bergantung kepada jenis vaginitis.

● Vaginosis bakteria

Jenis ini berpunca dari perubahan pada keseimbangan normal bakteria yang terdapat di dalam faraj. Kesan pada perubahan ini, jumlah bakteria yang biasanya berada dalam faraj (lactobacilli) menjadi lebih rendah berbanding bakteria lain (anaerobos) dan menyebabkan Vaginosis bakteria.

Jenis vaginitis ini dikaitkan dengan hubungan kelamin - terutamanya mereka yang sering bertukar-tukar pasangan seks. Namun, ia berlaku juga pada wanita yang tidak aktif secara seksual.

Mereka yang mengalami Vaginitis jenis ini akan dapati keputihan berwarna kelabu putih disertai bau yang kurang menyenangkan (bau hanyir). Bau lebih ketara dan jelas selepas hubungan kelamin.

● Jangkitan yis

Jangkitan yis berlaku apabila terdapat pertumbuhan yang terlalu cepat daripada organisma kulat - biasanya Candida albicans dalam faraj anda. Candida albicans juga menyebabkan jangkitan di kawasan lembap lain badan anda, seperti di dalam mulut anda (seriawan), lipatan kulit dan katil kuku. kulat juga boleh menyebabkan ruam lampin.

Gejala utama vaginitis disebabkan jangkitan yis adalah gatal-gatal pada faraj, rasa sakit ketika hubungan seks atau buang air kecil, bengkak kemerahan pada vulva (laluan masuk ke faraj) dan juga cecair keputihan berwarna putih, likat dan menyerupai keju lembut dan tidak berbau.

● Tricomoniasis

Jangkitan kelamin disebabkan oleh mikroskopik, sel parasit dipanggil Trichomonas vaginalis. Organisma ini merebak semasa hubungan seksual dengan seseorang yang mempunyai jangkitan.

Pada lelaki, organisma ini biasanya menjangkiti saluran kencing, tetapi selalunya ia tidak menyebabkan sebarang gejala. Pada wanita, trichomoniasis biasanya menjangkiti faraj, dan mungkin menyebabkan gejala. Ia juga meningkatkan risiko wanita mendapat jangkitan kelamin lain.

Jika anda alami jangkitan ini, ia boleh menyebabkan keputihan berwarna kuning kehijauan, yang kadang-kadangnya berbuih.


Selain disebabkan jangkitan, punca lain masalah keputihan adalah :

● penggunaan antibiotik, steroid atau pil perancang

● Melakukan 'douching' (bersihkan faraj dengan air atau pencuci faraj), penggunaan sabun wangi atau losyen, mandi buih

● gangguan kesihatan seperti diabetes dan kanser serviks.

Anda lebih terdedah untuk mendapat masalah keputihan ini sekiranya anda sedang mengalami perubahan hormon seperti hamil, menapouse atau mengambil pil perancang.

Cara Mengatasi Masalah Keputihan


Rawatan untuk masalah keputihan ini bergantung kepada puncanya. Untuk jangkitan yis, biasanya dirawat dengan ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj dalam bentuk krim atau gel. Vaginosis bakteria dirawat dengan pil antibiotik atau krim. Trichomoniasis biasanya dirawat dengan metronidazole dadah (flagyl) atau tinidazole (Tindamax).

Untuk rawatan secara semulajadi, anda boleh amalkan cara berikut :

1. Rawat dengan pemakanan yang boleh menghalang jangkitan.


Antara makanan yang boleh mencegah jangkitan bakteria atau yis adalah bawang putih, yogurt, jus kranberi, kunyit dan cuka epal.

2. Tingkatkan pengambilan Vitamin C.


Vitamin C bantu kuatkan imun badan dan seterusnya menghalang jangkitan pada faraj.

3. Tuam dengan ais


Untuk melegakan rasa gatal, pedih dan sakit serta kurangkan keradangan, ambil kiub ais dan tuam pada faraj. Ini boleh memberikan kelegaan segera disebabkan oleh rasa sejuk dan kebas yang datang dari penggunaan ais.

4. Jangan lakukan douching.


Faraj tidak memerlukan sebarang pencucian selain dari cucian biasa. Kerap douching mengganggu keseimbangan organisma yang hidup dalam faraj.

5. Elakkan sebarang penggunaan bahan yang boleh mencetuskan iritasi pada faraj.


Pad atau tampon wangi, semburan faraj, sabun wangi, bahan pencuci wangi dan produk spermicidal boleh menyebabkan reaksi alergi atau iritasi pada vulvar dan tisu faraj. Jadi, seeloknya elakkan dari menggunakan bahan ini untuk cegah dari vaginitis.

6. Pengambilan suplemen yang mempunyai kesan antifungal dan antibakteria.


Selain pemakanan, pengambilan suplemen juga boleh bantu rawat masalah keputihan. Suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti Shaklee adalah pilihan selamat dan terbaik. Cadangan suplemen untuk merawat masalah keputihan :

1. Vivix - membantu mengurangkan keradangan pada faraj disamping mencegah dan melawan jangkitan bakteria dan kulat. Vivix juga bertindak meningkatkan sistem imun badan.

2. Alfalfa Complex - mempunyai kesan antikulat dan berkesan untuk membunuh kulat yang menyebabkan keputihan yang gatal dan berbau.

3. Garlic Complex - merupakan antibiotik semulajadi dan membantu mencegah pertumbuhan kulat baru.

4. Sustained Release Vitamin C - bertindak meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan bakteria dan kulat.

Ini adalah testimoni dari pengguna. Pn. Siti mengalami masalah keputihan teruk yang selama beberapa tahun. Dengan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten, masalah keputihan semakin pulih. Kehidupan lebih bahagia.

Klik Gambar Untuk Baca Testimoni Penuh

Jika anda mengalami masalah keputihan yang kronik, sangat digalakkan untuk mencuba set keputihan Shaklee ini. Kebanyakan dari pengguna set ini memberikan respon yang positif dan yang lebih menarik, set ini bukan sahaja membantu merawat keputihan malah meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh di mana badan jadi lebih sihat dan bertenaga, kesihatan kulit bertambah baik malah imun badan juga semakin kuat.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/6012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

2 comments:

  1. betul.. keoutihan adalah normal sebenarnya.. yang tak normal tu keputihan berbau dan menimbulkna kegatalan disekitar miss v..

    ReplyDelete
  2. aah..kita sebagai wanita perlu jaga kebersihan miss v sebaiknya..inshaaAllah susah nak kena masalah keputihan ni..

    Cara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi

    ReplyDelete

Back
to top