Apa Itu Carpal Tunnel Syndrome Dan Bagaimana Untuk Mengatasinya?

Carpal Tunnel Syndrom ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan gejala-gejala yang berlaku apabila saraf median di bahagian pergelangan tangan dihimpit atau rosak.


Carpal Tunnel ialah lorong sempit yang terletak di bahagian telapak pergelangan tangan. Terowong ini melindungi saraf median ke bahagian tangan dan juga sembilan tendon yang membengkokkan jari tangan. Tekanan yang dikenakan pada saraf median menyebabkan rasa kebas, sakit, kesemutan dan akhirnya menyebabkan tangan menjadi lemah.



Punca Terjadinya Carpal Tunnel Syndrome

Tekanan ke atas saraf median menyebabkan terjadinya Carpal Tunnel Syndrome. Tekanan ini boleh datang dari pembengkakkan atau apa-apa jua keadaan yang menyebabkan terowong carpal menjadi lebih kecil. 




Antara faktor yang menambahkan tekanan pada saraf median termasuklah :

1. penyakit seperti rheumatoid arthritis, hipotirodisme dan diabetes.

2. Melakukan pergerakan tangan yang sama berulang-ulang, terutamanya jika pergelangan tangan dibengkokkan ke bawah (tangan anda lebih rendah daripada pergelangan tangan anda), atau melakuan pergerakan pergelangan tangan yang sama berulang-ulang.

3. bengkak air yang berkaitan dengan kehamilan atau menapouse.

4. kecederaan pada pergelangan tangan.

Gejala-gejala Carpal Tunnel Syndrome

Individu dengan Carpal Tunnel Syndrome biasanya akan mengalami gejala berikut :

1. Kebas-kebas di bahagian jari dan tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Ia juga boleh melarat sehingga ke bahagian lengan. Rasa kebas ini sering berlaku ketika memegang stering kereta, telefon, surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Untuk mengurangkan simptom, kebanyakan pesakit menggoyangkan tangan mereka.

2. kelemahan tangan di mana pesakit cenderung untuk menjatuhkan objek yang dipegang. 

3. kehilangan keupayaan pada satu jari atau lebih dalam membezakan rasa sejuk dan panas.

4. Kesakitan pada bahagian sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari.

Jika anda mempunyai gejala-gejala carpal tunnel syndrome yang berterusan, terutamanya jika gejala tersebut mengganggu aktiviti harian dan corak tidur anda,segeralah berjumpa dengan doktor. Jika dibiarkan keadaan ini tanpa sebarang rawatan, kerosakan kekal pada saraf dan otot boleh berlaku.

Faktor Risiko

Beberapa faktor telah dikaitkan dengan Carpal Tunnel Syndrome. Walaupun faktor berikut tidak menyebabkan penyakit ini, tetapi ia boleh meningkatkan peluang anda untuk menghidapi atau memburukkan lagi kerosakan saraf median. Ini termasuklah :

1. Faktor anatomi -  Pergelangan tangan yang patah atau terkehel yang mengubah ruang dalam terowong carpal boleh mewujudkan tekanan luaran pada saraf median. Individu yang mempunyai terowong carpal lebih kecil mungkin lebih cenderung untuk mempunyai Carpal Tunnel Syndrome.

2. Jantina - Carpal Tunnel Syndrome lebih mudah dialami oleh golongan wanita. Ini mungkin kerana kawasan terowong carpal adalah agak kecil berbanding lelaki.

3. Kerosakan saraf disebabkan penyakit - Beberapa penyakit kronik seperti kencing manis, meningkatkan risiko kerosakan saraf, termasuk kerosakan pada saraf median anda.

4. keadaan radang - Penyakit yang bercirikan keradangan, seperti rheumatoid arthritis, boleh memberi kesan kepada tendon di pergelangan tangan, seterusnya memberi tekanan pada saraf median anda.

5. Perubahan dalam imbangan cecair badan - pembendungan cecair, kebiasaannya berlaku semasa hamil atau menopaus, boleh meningkatkan tekanan di dalam terowong carpal anda, seterusnya menjejaskan saraf median. Carpal Tunnel Syndrome yang berkaitan dengan kehamilan biasanya hilang dengan sendiri selepas kehamilan.

6. Keadaan perubatan lain - Menopaus, obesiti, gangguan tiroid dan kegagalan buah pinggang, boleh meningkatkan peluang anda untuk Carpal Tunnel Syndrome.

7. Faktor tempat kerja - Ada kemungkinan bahawa bekerja dengan alat yang bergetar atau pada bahagian pemasangan yang memerlukan lenturan pergelangan tangan yang berpanjangan atau berulang-ulang boleh mewujudkan tekanan yang berbahaya pada saraf median atau memburukkan lagi kerosakan saraf yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, bukti saintifik adalah bercanggah dan faktor-faktor ini tidak dikatakan sebagai punca utama Carpal Tunnel Syndrome. Beberapa kajian telah menilai sama ada terdapat kaitan antara penggunaan komputer dan Carpal Tunnel Syndrome. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong penggunaan komputer secara berlebihan sebagai faktor risiko untuk Carpal Tunnel Syndrome, walaupun ia boleh menyumbang kepada kesakitan tangan yang lain.

Rawatan dan Pencegahan

Carpal Tunnel Syndrome perlu dirawat seawal mungkin selepas anda mula mengalami gejala-gejalanya. Sesetengah individu yang alami gejala ringan Carpal Tunnel Syndrome boleh mengurangkan ketidakselesaan mereka dengan kerap rehatkan tangan mereka daripada bekerja, elakkan aktiviti-aktiviti yang memburukkan lagi gejala dan menggunakan pek sejuk untuk mengurangkan bengkak.


Jika teknik ini tidak melegakan simptom dalam masa beberapa minggu, pilihan rawatan tambahan termasuklah 'wrist splinting', ubat-ubatan dan pembedahan. Splinting dan rawatan konservatif lain lebih cenderung untuk membantu anda jika anda mempunyai gejala ringan ke sederhana kurang daripada 10 bulan.

Untuk mereka yang memilih untuk dapatkan rawatan semulajadi, boleh amalkan pemakanan tertentu yang dapat bantu mengurangkan sakit akibat keradangan dan meningkatkan kembali fungsi saraf. Berikut antara makanan yang membantu individu yang alami Carpal Tunnel Syndrome.

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran- Badan anda memerlukan nutrien daripada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu melawan keradangan dan juga untuk sembuh. Selain itu, ambil makanan yang kaya dengan potassium boleh mengepam cecair berlebihan  dari dalam badan.

2. Air - 8 oz air setiap 2 jam boleh membantu mengurangkan pembendungan cecair dan melegakan kesakitan.

3. Flaxseed atau chia seed- Meningkatkan pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan keradangan.

4. Makanan tinggi kandungan vitamin B6 - Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan Carpal Tunnel Syndrome. Jadi pastikan anda memasukkan sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, atau daging liar dalam diet anda.

Cadangan Suplemen Yang Boleh Membantu Carpal Tunnel Syndrome

Untuk pesakit Carpal Tunnel Syndrome, terdapat beberapa suplemen Shaklee yang boleh bantu kurangkan simptom, iaitu :

Vivix - merupakan suplemen antipenuaan yang kaya dengan antioksidan. Ia boleh bantu memperbaiki sel-sel yang rosak, mengurangkan keradangan dan juga melambatkan perkembangan penyakit ini.

Bcomplex - mengandungi kesemua jenis vitamin B termasuklah asid folik yang sangat penting untuk fungsi saraf. 

OsteMatrix - mengandungi kalsium dan Vitamin D yang boleh mengurangkan tekanan otot.

OmegaGuard - mengandungi asid lemak Omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan.


Bagaimana untuk dapatkan produk ini?

Untuk pembelian secara online boleh klik di bawah.








Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. 
Saya sedia untuk membantu anda



Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

3 comments:

  1. info yang sangat berguna Doktor..bila dapat info ni boleh elak sebelum kena. jemput singgah baca entry terbaru saya.

    http://dotneeda.blogspot.my/2017/03/set-penjagaan-wajah-nutriwhite-yang.html

    ReplyDelete
  2. sy alami masalah ini lepas tempoh berpantang anak ke-4,

    terima kasih atas info ni, sangat2 membantu pada masalah yang saya alami.

    ReplyDelete

Back
to top