Perjalanan Hidup Dr. Forrest C.Shaklee

Assalamualaikum..

Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan sebuah kisah hidup pengasas kepada produk suplemen semulajadi Shaklee. 

Dr. Forrest C. Shaklee, itulah dia pengasas kepada produk Shaklee. Kisah hidup beliau disaat beliau masih kecil sehinggalah dewasa sangat menarik dan penuh inspirasi..Jom sama-sama kita hayati..




1. DIUJI DENGAN TUBERCULOSIS SEJAK LAHIR

Beliau dilahirkan di Iowa pada tahun 1894 dan telah disahkan menghidap tuberculosis (batuk kering) sejak lahir. Doktor yang merawatnya menjangkakan hayat Dr.Shaklee boleh bertahan sampai usianya 8 tahun shj.

Mak ayah beliau tidak dapat menerima kenyataan ini. Jadi, mereka sekeluarga berpindah ke sebuah ladang di utara Iowa di mana tanahnya subur dan persekitarannya segar dan bersih. Mereka percaya dengan udara yang bersih dan segar, makanan yang kaya dengan nutrisi yang berkualiti serta rehat yang mencukupi dapat bantu menyembuhkan anak mereka.Walaupun kesannya lambat, tetapi akhirnya anak mereka sembuh dari turbeculosis.

2. MEMILIH MENJADI CHIROPRACTOR

Semasa zaman remajanya, Dr. Shaklee   banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Dari sini beliau mula percaya bahawa manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini mendorong minat beliau ke arah science of chiropractic care.

Minat beliau terhadap nutrisi bermula ketika menjadi chiropratic practitioner. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.

3. DIUJI DENGAN KANSER

Pada tahun 1921, beliau diuji dengan penyakit kanser dipercayai berpunca dari pendedahan yang terlalu lama terhadap sinaran-x..ketika itu, Dr.Shaklee byk menghabiskan masa mengkaji ttg X-ray diagnosis.

Pakar menasihatkan lengan kiri dan kaki beliau dipotong untuk menyelamatkan nyawa beliau. Dr. Shaklee tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’ memandangkan ketika itu kerjayanya sbg doktor baru nak naik dan isterinya pula tgh mengandung. Akhirnya, beliau nekad untuk bergantung sepenuhnya kepada kuasa penyembuhan semulajadi.

Beliau memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi. Dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa penyembuhan semulajadi dan pemikiran yang positif, akhirnya beliau disahkan bebas dari kanser. Bermula dari sini beliau semakin yakin bahawa nutrisi yang bagus dapat membantu orang lain utk hidup sihat.

4. PEMBUKAAN SHAKLEE CORPORATION

Atas kesedaran betapa nutrisi yang bagus boleh merawat penyakit, Dr.Shaklee bersama 2 orang anaknya memulakan bisnes mengedarkan suplemen. Mereka menubuhkan Shaklee Corporation di kala usia Dr. Shaklee mencecah 62 tahun. Cabaran untuk mereka ketika memulakan bisnes ini adalah untuk menyakinkan rakyat Amerika tentang kepenting suplemen. Ini kerana ketika itu, rakyat Amerika percaya bahawa negara mereka adalah the best fed nation.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen dapat disebarkan, Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.




Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
www.wasap.my/60129402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi


Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang




CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top