Ketahui Tips Kawal Serangan Asma Dan Lelah Untuk Elak Dari Sesak Nafas

Asma atau lelah adalah suatu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit dan membengkak dan menghasilkan mukus tambahan. Ini boleh menyebabkan pernafasan menjadi sukar dan mencetuskan batuk, berdehit dan sesak nafas.

Bagi sesetengah individu, asma mungkin hanya gangguan biasa. Bagi yang lain, ia boleh menjadi masalah besar yang mengganggu aktiviti harian dan boleh membawa kepada serangan asma yang mengancam nyawa.


Asma tidak boleh disembuhkan, tetapi gejalanya boleh dikawal. Jadi, dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips berguna untuk kawal serangan asma dari menjadi lebih kronik.





Punca Serangan Asma



Sehingga kini pakar masih tidak temui apakah punca terjadinya asma, tetapi ia mungkin disebabkan faktor persekitaran dan genetik. Anda mungkin dilahirkan dengan asma tetapi tidak tahu mengenainya sehinggalah anda terdedah kepada unsur-unsur yang mencetuskan gejala-gejala asma.

Pencetus kepada asma termasuklah pencemaran udara ( debunga, acuan, asap rokok), cuaca sejuk, atau wasap daripada minyak wangi atau bahan kimia, dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai asma, cara terbaik untuk cegah dan kawal serangan asma adalah dengan mengelakkan diri dari pencetusnya. 



Tips Untuk Kawal Serangan Asma 



Berikut antara tips yang boleh diamalkan untuk kawal dan seterusnya cegah serangan asma.



1. Elakkan makanan ringan berlemak 


Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University of Newcastle, Australia, 40 pesakit asma telah diberi samada makanan segera berlemak tinggi iaitu burger dan hash brown atau makanan rendah lemak, iaitu yogurt. Hasil keputusan kajian, pesakit yang mengambil makanan tinggi lemak menunjukkan peningkatan sel-sel radang dalam kahak mereka. Ini menunjukkan mereka lebih cenderung untuk alami serangan asma.



2. Jadikan kacang dan seed sebagai snek harian


Selain mengandungi kandungan gula yang rendah, makanan ini mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 yang tinggi. Asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan keradangan dan dipercayai boleh mengurangkan simptom asma. Walnut dan flaxseed antara sumber terbaik asid lemak Omega-3.



3. Elakkan royal jelly


Makanan tambahan yang mengandungi produk lebah iaitu royal jelly boleh membahayakan jika anda mempunyai asma. Royal jelly boleh mencetuskan reaksi pernafasan yang serius malah boleh membawa maut


4. Jauhkan diri dari pencemaran


Kajian di dalam New England Journal of Medicine mendapati terdedah kepada wasap diesel selama 2 jam di kawasan yang bandar yang sibuk boleh mendatangkan kesan buruk pada fungsi paru-paru, terutamanya di kalangan penghidap asma.



5. Kawal berat badan


Kehilangan berat badan yang sedikit digabungkan dengan membuat perubahan pada diet anda boleh meningkatkan fungsi paru-paru dan mengurangkan keperluan terhadap ubat asma serta mengurangkan kekerapan serangan asma.



6. Kurangkan pengambilan garam


Terdapat bukti menunjukkan bahawa diet garam yang tinggi dikaitkan dengan keterukan asma. Kebanyakan garam dalam diet datangnya dari makanan yang diproses, jadi sebaiknya cek label dahulu dan perhatikan kandungan sodium ketika berbelanja.



7. Makan banyak ikan


Asid lemak Omega-3 EPA dan DHA di dalam minyak ikan boleh mengurangkan keradangan pada salur pernafasan. 



8. Bersenam


Jika masalah asma anda terkawal dan anda mengambil langkah pencegahan sebetulnya, anda tiada masalah untuk lakukan apa jua jenis aktiviti fizikal. Jika simptom asma menyerang, hentikan segala kegiatan senaman dan gunakan 'inhaler' dan tunggu sehingga anda berasa lebih baik.


Berenang - Walaupun terdapat beberapa bukti bahawa pendedahan kepada air berklorin di kolam boleh meningkatkan asma, berenang adalah sukan yang baik untuk pesakit asma. Ia mengembangkan paru-paru, membangunkan teknik pernafasan yang baik dan meningkatkan kecergasan fizikal.


Yoga - Senaman ini boleh memperbaiki teknik pernafasan dan serta membantu anda berehat.




Rawatan Dan Pencegahan Melalui Nutrisi



Pengambilan suplemen berkualiti juga dapat bantu mengatasi dan seterusnya mencegah serangan asma. Suplemen yang sesuai untuk masalah asma termasuklah;



1. Vivix 
Memperbaiki sel-sel yang rosak dan juga memelihara sel-sel dari serangan radikal bebas. Vivix juga membantu mengurangkan keradangan di saluran pernafasan.

2. OmegaGuard
Mengandungi asid lemak Omega-3 yang bertindak mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan.

3. Sustained Release Vitamin C
Sumber antioksidan terbaik yang boleh bantu tingkatkan sistem imun dalam melawan sebarang jangkitan penyakit.

Apa yang lelaki ini lakukan untuk mengatasi masalah asma kronik. Jom lihat..
 

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk dapatkan produk ini?
Untuk pembelian online, boleh terus klik link di bawah.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu anda.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Perkhidmatan pos disediakan.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top