Rawatan Semulajadi Untuk Cegah Dan Kecutkan Fibroid Secara Berkesan

Fibroid merupakan ketumbuhan (non-cancerous) pada dinding rahim yang kebiasaannya terjadi di kalangan wanita semasa tahun-tahun reproduktif mereka dan mengecut atau hilang selepas menopause. 

Fibroid boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, sakit di bahagian pelvis, sakit belakang, kekejangan dan boleh mengganggu kepada kesuburan wanita. Ada juga sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom dan menyebabkan mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai fibroid.

Walaupun punca terjadinya fibroid masih tidak dapat dipastikan, namun pertumbuhannya dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron, dan juga keturunan. Jadi, sekiranya anda mempunyai ibu atau kakak yang mempunyai fibroid, kebarangkalian anda untuk mempunyai fibroid juga tinggi.


Walaupun fibroid boleh mengecut sendiri, terutamanya selepas menopaus, namun pembedahan adalah perlu sekiranya saiz fibroid besar dan menjejaskan kualiti hidup penghidapnya. Kebanyakan doktor mengesyorkan pembedahan - sama ada myomectomy untuk membuang fibroid atau histerektomi untuk membuang rahim, dengan kemungkinan ovari dan tiub fallopio di buang sekali. Ini menyebabkan wanita tidak boleh hamil lagi.

Tetapi, ada rawatan semulajadi untuk kecutkan fibroid. Baca selanjutnya untuk ketahui cara-caranya.



Rawatan Semulajadi Untuk Cegah Atau Kecutkan Fibroid


1. Elakkan makanan yang menjadikan fibroid semakin teruk.


Antara makanan yang patut dielakkan termasuklah:
  • Daging yang diproses dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Ia boleh meningkatkan tahap keradangan dan kebiasaannya mengandungi bahan kimia tambahan. Jadi, daging jenis ini sangat tidak bagus diambil oleh wanita yang mempunyai fibroid. Contohnya seperti daging burger, sosej. Untuk memilih daging, pilihlah daging dari haiwan yang diberi makan rumput (grass-feed)
  • Tenusu konvensional. Contohnya tenusu bukan organik kerana ia mempunyai kandungan steroid yang sangat tinggi serta bahan kimia lain yang boleh mengubah hormon dan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fibroid.
  • Gula (refined). Pengambilan gula halus boleh meningkatkan kesakitan dan mengurangkan fungsi imun dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan ketidakseimbangan hormon, dua faktor yang menggalakkan perkembangan fibroid. Kajian juga menunjukkan bahawa indeks glisemik pemakanan yang tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi terhadap fibroid rahim di kalangan sesetengah wanita.
  • Karbohidrat (refined). Selain gula, 'refined' karbohidrat seperti bijirin segera juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan tahap insulin meningkat mendadak dan hormon menjadi bercelaru. 
  • Kafein. Terlalu banyak kafein membebankan badan, terutamanya hati anda. Apabila hati terpaksa kerja lebih dari yang sepatutnya, ia sedikit sebanyak menjejaskan fungsinya dalam menjaga kestabilan hormon. Minum lebih daripada dua cawan kopi setiap hari boleh meningkatkan tahap estrogen pada wanita dan boleh memburukkan lagi keadaan fibroid.
  • Alkohol. Pengambilan alkohol berlebihan boleh meningkatkan keradangan seluruh badan, mengurangkan fungsi imun dan menggalakkan ketidakseimbangan hormon. Dengan mengurangkan atau mengelakkan alkohol, anda boleh membantu badan anda untuk stabilkan hormon serta percepatkan proses pengecutan fibroid.

2. Amalkan pemakanan yang boleh menyembuhkan fibroid. 


Makanan berikut sepatutnya dimasukkan dalam diet harian:
  • Makanan organik. Pilih makanan organik untuk elakkan diri sebanyak mungkin dari terdedah kepada racun perosak. Racun perosak beri kesan terhadap estrogen dan tahap hormon lain. Memandangkan keseimbangan hormon adalah kunci utama rawatan semulajadi untuk fibroid, adalah lebih baik pilih makanan organik dalam diet seharian.
  • Sayuran berdaun hijau. Sayuran jenis ini menghalang perkembangan fibroid dalam badan wanita. Sayuran ini kaya dengan Vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah dan mengawal pendarahan haid.
  • Sayuran dari kumpulan kobis. Ia membantu proses detoksifikasi hati dan bantu seimbangkan paras estrogen. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan yang tinggi sayuran seperti brokoli, kubis, kubis Cina, tomato dan epal dipercayai menjadi faktor pelindung untuk fibroid. Pengambilan sayur-sayuran berkobis (dan buah-buahan segar) dipercayai mampu mengurangkan kejadian fibroid rahim di kalangan wanita.
  • Makanan kaya dengan beta-karotena. Semasa proses pencernaan, tubuh badan menukarkan beta karotena kepada vitamin A. Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tisu yang sihat di samping membaiki tisu yang rosak, jadi, ianya sangat membantu dalam penyembuhan fibroid. Makanan yang tinggi beta-karotena termasuklah lobak merah, kentang manis, kale dan bayam.
  • Makanan kaya dengan zat besi. Fibroid kadangkala menyebabkan sesetengah wanita untuk kehilangan lebih banyak darah semasa kedatangan haid setiap bulan. Ini boleh membawa kepada anemia. Untuk menggantikan kehilangan zat besi, masukkan makanan tinggi zat besi dalam diet anda seperti daging lembu (grass-fed) dan kekacang untuk membantu menggantikan zat besi yang hilang besi dan seterusnya mencegah anemia.
  • Minyak ikan / minyak flaxseeds. Ia membantu seimbangkan tahap estrogen dalam badan, yang seterusnya boleh membantu untuk mengecutkan fibroid.
  • Bijirin penuh. Daripada bijirin halus (refined), adalah lebih baik memilih bijirin penuh yang lebih sihat seperti millet, beras perang, buckwheat, dan oat.

3. Amalkan pengambilan herba detoksifikasi

Herba seperti milk thistle, Chasteberry (vitex), burdock, yellow dock, red clover dan articok membantu detox hati, seimbangkan hormon, dan mengurangkan estrogen berlebihan serta keradangan. Ini sangat membantu mencegah dan mengecutkan fibroid.

Herba lain yang berkesan dalam merawat fibroid termasuk black cohosh, ginseng Siberia, Echinacea, goldenseal, raspberi merah, akar likuoris, motherwort dan dong quai. Untuk wanita yang mengalami pendarahan harus elak dari mengambil dong quai, kerana ia boleh meningkatkan aliran darah. Herba ini juga tidak digalakkan untuk wanita menyusu atau wanita hamil.

4. Cuba pek minyak kastor

Dengan meletakkan pek minyak kastor ke perut anda, ia meningkatkan peredaran dalam sistem limfa dan peredaran darah dan juga meningkatkan limfosit - sel-sel darah putih yang menghapuskan toksin penyebab penyakit dari badan. Ramai pengamal holistik percaya pengumpulan toksin memainkan peranan penting dalam perkembangan fibroid.

Minyak Castor juga mengandungi asid anti-radang ricinoleic. Walaupun tidak ada apa-apa penyelidikan saintifik setakat ini yang secara langsung mengkaji kesan pek minyak kastor ke atas fibroid, namun tidak salah untuk mencuba. Terdapat satu kajian pada tahun 2011 menunjukkan bahawa pek minyak kastor boleh membantu detoksifikasi dengan mengurangkan gejala sembelit.

5. Bersenam

Kajian menunjukkan senaman juga membantu mencegah dan mengatasi fibroid. Senaman aerobik seperti berjalan, berlari, berenang dan menari menstabilkan paras insulin dan membantu mencegah ketidakseimbangan hormon. Senaman seperti yoga dan regangan tai chi, meningkatkan aliran tenaga (chi) kepada organ-organ pelvis dan kelenjar hormon. Manakala latihan berat badan meningkatkan kesihatan otot dan menguatkan otot-otot yang menyokong rahim.

6. Elakkan pendedahan berterusan kepada toksin alam sekitar

Jauhi perkara-perkara berikut untuk meningkatkan kesihatan hormon serta kesihatan keseluruhan anda: 

  • racun perosak, racun herba, baja sintetik
  • peluntur
  • bahan pengawet makanan, pewarna makanan
  • pencuci berbahaya

Seeloknya buat pilihan produk penjagaan dalaman wanita yang semulajadi serta produk penjagaan badan dan alat solek yang organik.

Cadangan Suplemen Untuk Bantu Kecutkan Fibroid



Pengambilan suplemen yang sesuai juga dapat membantu mengecutkan fibroid. Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah fibroid termasuklah:

1. GLA Complex : bantu mengawal keseimbangan hormon
2. Vitamin ACE (Carotomax, Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E Complex) : mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat bantu melindungi sel dari menjadi abnormal dan seterusnya mencegah fibroid dari berulang.
3. Vivix : mengandungi resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan yang dapat membantu memperbaiki sel rosak sehingga peringkat DNA dan memelihara serta meningkatkan tahap kesihatan sel.

Testimoni pengguna :






Berminat untuk dapatkan produk ini? Boleh terus WHATSAPPS SAYA SEKARANG! 



Boleh buat pembelian secara online dengan klik di bawah.














Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.

Saya sedia untuk membantu anda.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Sebenarnya makanan harian kita menyumbangkan kepada fibroid kan.
    Alahai kesian kalau yang baru rancang untuk hamil tue.

    ReplyDelete

Back
to top