Cara Semulajadi Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan

Sakit lutut kerap dialami oleh golongan yang sudah berusia. Tetapi, jangan terkejut. Zaman sekarang ini golongan muda pun dah ramai yang alami sakit lutut.

Pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi serta mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan simptom kesakitan dan kekejangan akibat sakit lutut. Dalam entri ini saya kongsikan cara semulajadi untuk hilangkan sakit lutut secara berkesan.




PUNCA SAKIT LUTUT

Secara umumnya, sakit lutut boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan di lutut dan arthritis. Kecederaan di lutut boleh menjejaskan mana-mana ligamen, tendon atau kantung berisi cecair (bursae) yang mengelilingi sendi lutut dan juga tulang, rawan dan ligamen yang membentuk sendi itu sendiri.

Antara kecederaan yang biasa dialami seperti kecederaan ACL, patah tulang lutut, meniskus koyak dan lain-lain lagi. Golongan muda yang gemar bersukan berhadapan risiko yang tinggi untuk cedera seterusnya mengalami masalah sakit lutut.

Untuk golongan yang berusia, masalah lutut yang dihadapi selalunya berpunca dari osteoarthritis. Semakin berusia, sel rawan yang melindungi tulang lutut menjadi haus dari semasa ke semasa. Bila sel rawan menjadi semakin haus, tulang di lutut akhirnya akan bergesel dan menyebabkan rasa amat sakit, bengkak dan susah untuk bergerak.

Osteoarthritis lebih banyak dialami oleh golongan tua berbanding yang muda. Mereka yang obesiti dan pernah alami kecederaan di lutut lebih tinggi risiko untuk menghidapi masalah kesihatan ini. Dari segi jantina, kaum wanita berisiko tinggi untuk alami osteoarthritis berbanding kaum lelaki.

Bagi mereka yang mula mengalami simptom sakit lutut seperti bengkak di sendi lutut, rasa kejang di awal pagi, kesakitan yang berulang-ulang di sendi lutut dan sukar untuk menggerakkan sendi secara normal, adalah disarankan untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan awal. Ini dapat mencegah dari masalah tersebut menjadi lebih teruk sehingga membataskan pergerakan dan menjejaskan kehidupan seharian.

CARA SEMULAJADI HILANGKAN SAKIT LUTUT DENGAN BERKESAN

Bila seseorang alami sakit lutut, cara terbaik menghadapinya adalah dengan sokongan nutrisi dan ubah gaya hidup. Ini sekurang-kurangnya dapat bantu melegakan kesakitan, mengurangkan keradangan, mengelakkan kerosakan pada sendi dan mengekalkan sendi bergerak dan berfungsi dengan betul. Antara cara yang boleh diamalkan:

1. Banyakkan makanan yang mengandungi sulfur seperti asparagus, telur, bawang putih dan bawang besar. Sulfur penting dalam membaikpulih dan membina tulang, rawan dan tisu penyambung. Ia juga membantu dalam penyerapan kalsium.

2. Perbanyakkan juga pengambilan sayuran hijau, buah-buahan segar, produk soya, gandum, oatmeal, beras perang, ikan dan avocado dalam diet anda.

3. Lakukan senaman ringan seperti berenang, regangan, berbasikal dan berjalan. Elakkan senaman berat yang boleh cederakan sendi seperti angkat berat, tenis dan bowling. Bila kita bersenam, banyak manfaat diperolehi, antaranya:

  • Meningkatkan aliran darah untuk menggalakkan penyembuhan dan pemulihan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan aliran darah ke otak menjadikan kita lebih peka, bantu atasi stress, kebimbangan dan kemurungan.
  • Meningkatkan fleksibiliti dan memelihara pergerakan sendi
  • Membantu membina kekuatan otot
4. Kekalkan berat badan ideal. Pastikan BMI anda berada di antara 20-24.9. Sekiranya anda obes, usaha untuk turunkan berat badan. In kerana, lebih banyak pertambahan berat, lebih tinggi tekanan anda kenakan pada sendi.

5. Gunakan pek sejuk pada sendi lutut yang alami radang. Ini dapat mengurangkan kesakitan dan bengkak dengan mengecutkan salur darah dan mengelakkan cecair daripada bocor ke tisu sekeliling tulang lutut.

6. Elakkan tembakau kerana ia mengandungi solanine dan nikotin yang boleh merosakkan otot dan saraf metabolisme

7. Elakkan diri dari tekanan dan kekalkan sikap mental yang positif kerana kemurungan memburukkan lagi simptom osteoarthritis, punca kepada sakit lutut.

8. Luangkan masa di luar untuk dapatkan udara segar dan cahaya matahari.
Pendedahan kepada cahaya matahari menggalakkan penghasilan Vitamin D yang penting dalam pembentukan tulang yang sihat.

Video - > Cara Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Painkiller



CADANGAN SUPLEMEN UNTUK BANTU ATASI MASALAH SAKIT LUTUT

Pengambilan suplemen yang betul dapat membantu atasi sakit lutut dengan cepat dan berkesan. Antara suplemen yang dicadangkan termasuklah:

Vivix - salah satu bahan aktif dalam Vivix iaitu resveratrol boleh membantu merawat sakit sendi dengan mengekalkan dan memperbaiki struktur sendi serta mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi. Selain itu, resveratrol berkesan dalam mengatasi masalah keradangan, memperbaik DNA dan melindungi sel dari rosak akibat radikal bebas.

Collagen Powder - collagen penting untuk kesihatan sendi. Semakin berusia penghasilan kolagen oleh badan semakin berkurangan. Jadi, pengambilan suplemen kolagen dapat bantu tingkatkan kandungan kolagen dalam badan. Kolagen bertindak memberi regangan kepada sendi, menjaga rangka lutut dan memelihara tulang rawan yang hampir rosak.

OmegaGuard - mengandungi Omega 3 yang boleh mengurangkan inflamasi dan radang sendi. Selain itu, omega 3 bertindak seperti pelincir untuk melancarkan pergerakan sendi.

Ostematrix - membekalkan kalsium dan Vitamin D yang penting dalam pembentukan tulang yang kuat dan sihat. Tulang-tulang yang sihat akan menyokong tubuh dan mengerakkan otot-otot supaya kekal cergas.

Testimoni Pengguna




Jangan biarkan masalah sakit lutut menjejaskan kualiti hidup anda. Bertindak segera. Hubungi saya untuk sebarang konsultansi dan info lanjut tentang produk.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 0129402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb Page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top