Tips Rancang Kewangan Guna Sistem 7 Jars

Assalamualaikum semua..

Nak tanya lah..macam mana anda semua rancang kewangan ye?

Dari pendapatan bulanan tu, ada tak anda semua pecahkan bahagian untuk saving, perbelanjaan harian, dan lain-lain lagi?

Penting tau rancang kewangan. Ini dapat didik diri untuk tidak lebih berbelanja.

Kalau tak rancang kewangan betul-betul, tu yang ada kes duit habis tak tahu pegi mana..saving pun entah ke mana..

Sejujurnya, saya pun bukanlah seorang yang betul-betul berdisiplin dalam uruskan kewangan ni.

Bila dah masuk group bisnes shaklee, iaitu ireach baru tau tentang sistem 7 jars..sistem yang sangat mudah untuk rancang kewangan secara berkesan.



Nak tau apa sistem 7 jars tu?
Secara asasnya, 7 jars tu adalah adaptasi dari 6 jars system yang diperkenalkan oleh T. Harv Eker. Ia merupakan cara untuk menabung. Cumanya dalam sistem 7 jars ada penambahan satu lagi tabung iaitu untuk ibu bapa..

Tabung dalam 7 jars system terdiri daripada:

1. NEC (necessity) 50% - tabung untuk benda-benda keperluan dan belanja harian. Contohnya beli barang dapur, bayar bil, keperluan anak-anak.

2. EDU (education) 5% - tabung untuk pembelajaran, beli buku, kos pergi kelas

3. LTSS (long term saving for spending) 10% - tabung untuk sesuatu yang perlukan duit yang banyak. Contohnya nak beli rumah, kereta.

4. FFA (financial freedom) 10% - tabung untuk hari tua, bila dah pencen nanti.

5. PLAY (leisure) 5% - tabung untuk travel, beli hadiah, belanja makan.

6. GIVE (charity) 10% - tabung untuk kebajikan, sedekah, zakat.

7. PARENTS ( mak ayah) 10%  - wang bulanan untuk mak ayah kita. Kalau mak ayah dah tiada, gunakan duit tabungan untuk selesaikan urusan-urusan mereka.

Setiap bulan, masukkan duit gaji/pendapatan kita mengikut peratusan/bahagian yang kita tetapkan ke dalam setiap tabung.

Haa..kan lebih nampak tersusun gitu. Bila adanya tabung fizikal ni, perasaannya lain macam sikit..kita jadi lebih bersemangat untuk bekerja keras menambah pendapatan supaya setiap tabungan tu bertambah isinya.

Kalau yang prefer nak simpan duit dalam bank pun boleh guna konsep ni. Caranya, setiap bulan catit berapa nilai untuk setiap tabungan pada sehelai kertas. Dan masukkan dalam setiap tabung tu.

Taknak guna tabung? Guna sampul surat pun boleh..takpun sediakan satu buku khas..pastu catit nilai setiap tabungan dalam tu..

Dah buat 7 jars system, penting untuk pastikan diri kita strict dan disiplin..jangan pulak korek duit tabungan untuk kegunaan peribadi..okey??

Jom semua kita praktikkan sistem ni..semoga lebih terancang dan tersusun kewangan kita selepas ni.


Ingin dapatkan produk shaklee? Hubungi saya..

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb Page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin _sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top