Cara Berkesan Atasi Penyakit Batu Karang Dari Berulang

Penyakit batu karang merujuk kepada pengumpulan garam mineral yang boleh berlaku di mana-mana sahaja sepanjang saluran kencing iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing. Selalunya, batu karang terbentuk apabila air kencing menjadi pekat, seterusnya membolehkan mineral untuk menjadi kristal dan melekat bersama. 

Batu karang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, penyakit ini biasanya menyerang kaum lelaki berbanding kaum wanita. Individu yang mempunyai batu karang biasanya akan mengalami rasa sakit yang kuat terutamanya ketika batu karang merentasi sepanjang laluan saluran kencing. 




Punca Terjadinya Batu Karang


Batu karang terbentuk bila keseimbangan antara air, garam, mineral dan bahan kimia lain yang terkandung dalam urin mengalami perubahan. Jenis batu karang yang dialami seseorang itu ditentukan oleh perubahan yang berlaku pada keseimbangan tersebut. Sebagai contoh, apabila tahap kalsium dalam urin berubah, batu karang dari jenis kalsium yang akan terbentuk.

Perubahan pada keseimbangan bahan kimia dalam urin dipengaruhi oleh:
  • Tidak cukup minum air. Bila kurang minum air, segala bahan kimia dalam urin iaitu mineral, garam dan lain-lain boleh melekat bersama-sama dan membentuk batu. Ini adalah punca utama kepada penyakit batu karang.
  • Masalah kesihatan. Ada beberapa masalah kesihatan boleh menjejaskan keseimbangan normal bahan kimia dalam urin dan menyebabkan batu terbentuk. Contohnya gout dan penyakit keradangan usus seperti penyakit Crohn.

Ada juga kes batu karang terjadi berpunca dari jangkitan. Golongan wanita sering alaminya akibat dari jangkitan air kencing yang berulang-ulang. Batu yang terhasil akibat dari jangkitan ini dipanggil batu struvite.

Tanda-tanda Penyakit Batu Karang


Penyakit batu karang mula menampakkan gejala apabila ia mula bergerak sekitar buah pinggang atau bergerak melalui ureter. Pada ketika itu, pesakit akan mula alami tanda atau gejala berikut :

  • kesakitan yang teruk di bahagian sisi dan belakang, bawah tulang rusuk
  • Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha
  • sakit ketika kencing
  • air kencing bercampur darah
  • air kencing keruh
  • kencing tak lawas
  • mual dan rasa loya 
  • demam menggigil (jika berlaku jangkitan)

Cara Atasi Penyakit Batu Karang

Cara berkesan untuk atasi penyakit batu karang adalah dengan cara mengamalkan diet yang boleh menghalang pembentukan batu ini.  Diet yang betul juga dapat bantu cegah penyakit ini dari berulang. 


1. Minum air secukupnya. 


Untuk kekalkan fungsi buah pinggang yang baik, pastikan anda minum banyak air. Air boleh mencairkan urin dan bantu cegah kepekatan mineral dan garam yang boleh membentuk batu karang. Setiap orang digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air.

Pengambilan jus kranberi atau lemon juga sangat digalakkan kerana ia dapat bantu jadikan urin berasid dan seterusnya cegah pembentukan batu karang.


2. Kurangkan pengambilan protein haiwan


Diet yang tinggi protein haiwan meningkatkan tahap kalsium, fosforus dan asid urik dalam badan dan menyebabkan pembentukan batu karang. 


3. Elakkan makanan yang menggalakkan pembentukan batu karang


Oksalat dan fosfat menggalakkan pembentukan batu karang. Jadi, bagi mereka yang pernah mengalami batu karang, elakkan dari mengambil makanan kaya dengan oksalat dan fosfat untuk elak penyakit ini dari berulang.

Asparagus, ubi bit hijau, blueberi, seleri, rhubarb dan minuman kola antara contoh makanan yang kaya dengan oksalat dan fosfat.


4. Elakkan pengambilan gula yang diproses


Gula merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, di mana ia akan menyebabkan kalsium tambahan dikeluarkan dalam urin.


5. Tingkatkan pengambilan makanan kaya Vitamin A


Vitamin A penting untuk kesihatan saluran kencing dan bantu menghalang pembentukan batu karang.


6. Kekal aktif dan bersenam


Mereka yang tidak aktif cenderung untuk mengumpulkan tahap kalsium yang tinggi dalam darah. Bersenam boleh bantu menarik kalsium dari darah untuk masuk ke dalam tulang.



Cadangan Suplemen Untuk Atasi Penyakit Batu Karang


Setelah anda amalkan cara di atas, adalah lebih baik untuk menyokong kesihatan anda dengan pengambilan suplemen juga. Suplemen bantu mencukupkan keperluan nutrisi bagi mengelakkan pembentukan batu karang.

Suplemen yang sesuai untuk pesakit batu karang :

1. Vivix - suplemen antipenuaan terbaik dari Shaklee. Vivix kaya dengan resveratrol dan polifenol yang mempunyai kesan antioksidan paling tinggi. Jadi, ia boleh bantu memelihara dan memperbaiki sel-sel tubuh. 

2. Vitamin C - bantu meningkatkan keasidan dalam urin untuk menghalang pembentukan batu karang.

3. Ostematrix - membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk badan. Jumlah kalsium yang cukup dalam badan boleh cegah tahap oksalat dari meningkat. Ostematrix turut mengandungi magnesium yang bantu penyerapan maksimum kalsium dalam badan.

4. Carotomax - membekalkan Vitamin A yang membantu percepatkan penyembuhan luka di saluran kencing disebabkan oleh batu karang. Ia juga bagus dalam mencegah infeksi.

5. Performance drink - Bantu badan untuk kekal hidrat. Ia juga mengandungi sitrat yang boleh cegah dari pembentukan batu karang.

6. Bcomplex - bertindak sebagai anti-stress dan menenangkan emosi pesakit batu karang. Ia juga bantu mengurangkan oksalat dalam badan.




Bertindak segera jika anda sedang alami penyakit batu karang. Jangan biarkan penyakit batu karang ini mengganggu kualiti hidup anda.

Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top