Makanan Untuk Rawat Patah Tulang Supaya Cepat Sembuh

Umumnya, patah tulang berlaku disebabkan oleh kecederaan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya, atau kecederaan ketika bersukan. Bagaimanapun, ada juga kes patah tulang disebabkan oleh osteoporosis.

Jika anda alami patah tulang, pastikan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Bila sudah dirawat, barulah anda boleh mulakan rawatan semulajadi dengan mengambil diet tertentu untuk bantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah. Dalam entri ini, saya akan kongsikan beberapa makanan yang penting untuk rawat patah tulang supaya sembuh dengan cepat.



PROSES PENYEMBUHAN PATAH TULANG

Patah tulang terjadi bila tekanan atau hentaman memisahkan tulang. Ia kemungkinan boleh jadi patah sepenuhnya iaitu tulang patah dua atau separa patah di mana tulang hanya mengalami keretakan.

Mereka yang mengalami patah tulang biasanya mengambil masa yang amat lama untuk sembuh. Untuk mengembalikan semula kekuatan tulang seperti sebelumnya, pesakit mungkin memerlukan berminggu-minggu malah boleh jadi berbulan-bulan lamanya untuk dapat kesannya.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, penyembuhan patah tulang melibatkan 3 proses serentak iaitu berlakunya keradangan(bengkak), penyingkiran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang yang baru.

Proses pembengkakan akan mengambil masa selama beberapa hari. Pembekuan darah akan terjadi di tempat yang patah untuk memberikan kestabilan kepada rangka awal dan struktur tulang yang baru. Seterusnya, sel-sel tulang yang rosak dengan darah beku tadi dikeluarkan bagi menyediakan ruang kepada sel-sel tulang baru yang kuat dan kaya dengan kalsium.

Tempoh penyembuhan untuk setiap individu adalah berbeza. Ianya bergantung kepada beberapa faktor sebagai contoh usia pesakit, kawasan patah berlaku, wujudnya penyakit kronik yang mengganggu proses penyembuhan, amalan pemakanan dan lain-lain

DIET UNTUK PENYEMBUHAN PATAH TULANG

Terdapat beberapa diet penting yang diperlukan untuk tingkatkan proses penyembuhan iaitu:

1. Makanan yang kaya dengan kalsium

Kalsium adalah mineral utama dalam tulang. Ia diperlukan untuk proses pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel tulang. Oleh itu, meningkatkan pengambilan kalsium boleh membantu badan anda menyembuhkan tulang yang patah dengan lebih cepat.
Walaupun kalsium sering dikaitkan dengan produk-produk tenusu, anda juga boleh meningkatkan pengambilan mineral ini dengan mengambil makanan seperti salmon, brokoli, bayam, asparagus, badam, tauhu, alfalfa dan bijan.

2. Makanan yang kaya dengan Vitamin K

Vitamin K paling terkenal dengan peranannya dalam mencegah pendarahan berlebihan. Walau bagaimanapun, vitamin ini juga meningkatkan keupayaan badan anda dalam menyerap dan menggunakan kalsium daripada sumber makanan. Ini boleh membantu mempercepatkan penyembuhan patah tulang. Ia juga boleh membantu menguatkan sel-sel tulang yang sedia ada, di mana boleh mengurangkan risiko keretakan tulang pada masa depan. Vitamin K terdapat dalam makanan seperti kale, bayam, brokoli, avokado, telur, roti rai, kembang kol dan tauge.

3. Makanan yang kaya dengan lysine

Lysine merupakan asid amino yang diperlukan untuk metabolisme dan penggunaan protein yang betul, yang merupakan blok binaan untuk pembaikan selular. Ia boleh membantu sel-sel baiki tulang, dan boleh menguatkan otot dan ligamen tulang di sekitarnya. Asid amino juga meningkatkan penyerapan kalsium untuk meningkatkan pembaikan tulang. Produk tenusu, ikan, kacang merah, kacang kuda, daging lembu, produk soya dan kacang lima adalah sumber yang kaya dengan lysine.

4. Makanan kaya dengan Vitamin C

Vitamin C terkenal dengan keupayaan untuk meningkatkan fungsi imun. Walau bagaimanapun, vitamin ini juga penting untuk penggunaan kalsium dengan cekap dan pembaikan tulang. Ia juga membantu menguatkan tisu penghubung dan otot yang memegang tulang semasa proses penyembuhan. Tingkatkan pengambilan vitamin C anda dengan memakan makanan seperti tauge, pasli, kacang hijau, mangga, buah-buahan sitrus, beri, bayam dan sayur-sayuran dandelion.

Anda juga disarankan untuk elak pengambilan makanan berikut kerana ianya melemahkan tulang dan menggangu proses penyembuhan.

Alkohol - Menggalakkan kehilangan kalsium dalam tulang dan peningkatan keradangan yang tidak menggalakkan penyembuhan.

Garam - Garam menghilangkan kalsium daripada tulang. Cuba untuk menghadkan pengambilan garam anda kepada kurang daripada 1500 mg (kurang daripada sudu teh ½) sehari.

Gula dan bijirin halus -Gula dan bijirin halus menggalakkan kehilangan tulang dan hanya membekalkan sedikit nutrien untuk penyembuhan luka.

Cola dan minuman bergula lain - Kandungan fosforus dalam cola boleh menyingkirkan kalsium dari tulang.

Caffeine - minuman berkafein mengandungi sebatian yang boleh mengikat kalsium dan menghalang kalsium daripada diserap. Ini menghad proses penyembuhan.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK PATAH TULANG

Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrisi seperti yang dinyatakan di atas sangat membantu percepatkan proses penyembuhan. Jika anda ingin mendapatkan nutrien tersebut dengan bantuan suplemen, saya sarankan pilihlah shaklee, suplemen yang berasaskan sumber semulajadi dan dijamin selamat dan berkesan melalui landmark study.


Ostematrix
- mengandungi kalsium, vitamin D dan magnesium
- vitamin D bantu penyerapan kalsium ke dalam badan
- magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- pengambilan ostematrix bekalkan kalsium yamg diperlukan untuk pembinaan tulang yang kuat

Energizing Soy Protein (esp)
- kaya dengan sumber protein non gmo yang diperlukan tubuh untuk membina semula sel-sel tulang yang rosak.
- mengandungi semua 9 asid amino perlu termasuklah lysine

 Vitalea
- merupakan multivitamin yang dirumus khas  bagi memenuhi keperluan 28 mineral dan vitamin penting yang diperlukan orang dewasa
- mengandungi vitamin K yang diperlukan untuk memperkuatkan osteocalcin iaitu komponen penting protein pada tulang

Sustained release Vitamin C
- membekalkan 500 mg vitamin C untuk keperluan harian
- penting untuk penyembuhan luka dan merangsang penghasilan kolagen, iaitu tisu penyambung di bahagian sendi

Omegaguard
- membekalkan asid lemak omega-3 yang dapat bantu mwncegah degradasi tulang rawan oada sendi, dan memelihara sendi yang cedera disebabkan patah.
- bertindak sebagai pelincir yang dapat bantu melancarkan pergerakan.

Berminat dengan set ini, hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 0129402603
Emel : shikin.azly @gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : sheqien.shaklee

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos Seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top