Gejala Penyakit Saraf Dan Cara Merawatnya Secara Berkesan

Pernah tak anda rasa sakit mencucuk-cucuk seperti tertusuk jarum pada waktu tengah malam atau mengalami sakit yang berterusan dan berulang-ulang yang seolah-olah takkan hilang? Jika ya, anda mungkin sedang mengalami sakit saraf.

Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami kerosakan saraf. Bila masalah ini berlanjutan tanpa rawatan yang sepatutnya, ianya akan menjejaskan kualiti hidup. Apakah gejala lain penyakit saraf dan bagaimana cara merawatnya secara berkesan? Jom baca selanjutnya untuk mengetahui jawapannya..


Gejala Dan Tanda Penyakit Saraf.


Sistem saraf bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang. Sama seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan, saraf menghantar isyarat elektrik ke tubuh badan manusia.

Fungsi saraf ialah mengawal organ deria yang membolehkan manusia berasa panas, sejuk atau tajam serta lain-lain sensasi. Selain itu, ia berfungsi menggerakkan otot, bukan sahaja untuk menggunakan tangan atau berjalan tetapi juga untuk perbuatan seperti batuk, membongkok, mengunyah serta melihat ke kanan atau ke kiri. Sistem saraf juga mengawal fungsi penting yang berlaku di luar kawalan seperti degupan jantung, pencernaan dan pernafasan.

Rasa sakit sepatutnya suatu amaran. Apabila tangan anda terlalu dekat dengan dapur memasak, saraf akan menghantar isyarat sakit ke otak dan secara spontan anda akan tarik tangan sebelum anda memudaratkan diri sendiri. Tetapi jika anda mempunyai kerosakan saraf, sistem tersebut tidak berfungsi. saraf yang rosak berkemungkinan menghantar isyarat yang salah dan menyebabkan anda sering rasa sakit tanpa sebab. Saraf yang rosak juga boleh menyebabkan anda tidak merasa sakit walaupun  mempunyai kecederaan.

Gejala yang dialami oleh mereka yang menghadapi sakit saraf bergantung kepada lokasi dan jenis saraf yang terjejas. Kerosakan boleh berlaku kepada saraf dalam otak dan saraf tunjang anda. Ia juga boleh berlaku dalam saraf periferal, yang terletak di seluruh badan anda.

Antara gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang menghidapi sakit saraf termasuklah :
- Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, seperti angina atau serangan jantung
- kuat berpeluh (dikenali sebagai hyperhidrosis) atau kurang berpeluh (dikenali sebagai anhidrosis)
- ringan kepala
- mata dan mulut kering
- sembelit
- badan menjadi terlalu sensitif. Sesetengah orang mungkin merasa sakit hanya dengan membaluti tubuh badan dengan selimut.
- merasa kebas di kaki, jari tangan
- rasa lemah otot
- hilang keseimbangan badan
- rasa panas terbakar (burning)

Punca Kerosakan dan Sakit Saraf


Berikut adalah beberapa kemungkinan punca terjadinya sakit saraf dan kerosakan saraf :

1.  Penyakit autoimun. Pelbagai jenis penyakit autoimun boleh menghasilkan gejala sakit saraf dan kerosakan saraf. Ini termasuklah sclerosis, sindrom Guillain-Barre (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf periferal), myasthenia gravis, lupus, dan penyakit radang usus.

2. Kanser. Kanser boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tidak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf. Selain itu, beberapa jenis kemoterapi dan radiasi boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan saraf saraf pada individu tertentu.

3. Himpitan/trauma. Apa-apa sahaja yang menyebabkan trauma (termasuk pembedahan) atau himpitan saraf oleh tumor boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf. 

4. Diabetes. Hampir 70% daripada penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius dan boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron. Saraf deria adalah yang paling sering terjejas dimana menyebabkan pembakaran atau kebas. Jika anda mempunyai kencing manis dan mengalami gejala sakit saraf atau kerosakan saraf, anda perlu berunding dengan pakar perubatan secepat mungkin.

5. Kesan sampingan ubat dan bahan-bahan toksik. Pelbagai bahan-bahan yang diambil ke dalam badan dengan sengaja atau tidak sengaja mempunyai keupayaan untuk menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf. Ini termasuk ubat-ubatan, seperti beberapa kimoterapi untuk kanser dan ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat HIV. Bahan-bahan toksik yang termakan tanpa sengaja, termasuk plumbum, arsenik dan merkuri, juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf anda.

6. Penyakit neuron motor. Neuron motor adalah saraf di dalam otak dan tulang belakang yang berkomunikasi dengan otot seluruh badan anda. Penyakit-penyakit yang menjejaskan saraf ini, termasuk sklerosis lateral amyotrophic, juga dikenali sebagai ALS atau penyakit Lou Gehrig, boleh menyebabkan kerosakan saraf menjadi semakin teruk.

7. Kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrien tertentu, termasuk vitamin B6 dan B12, boleh menghasilkan gejala sakit saraf dan kerosakan saraf, termasuk rasa lemah atau panas terbakar. Kekurangan nutrien yang menyebabkan kerosakan saraf juga mungkin disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan.

8. Penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit tertentu mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan anda. Ini termasuk penyakit Lyme, virus herpes, HIV dan hepatitis C.


Cara Merawat Sakit Saraf Dan Kerosakan Saraf


Dalam kebanyakan kes, kerosakan saraf tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Tetapi terdapat pelbagai rawatan yang boleh mengurangkan gejala anda. Oleh kerana kerosakan saraf progresif, adalah penting untuk berunding dengan doktor apabila anda menyedari gejala pertama. Dengan cara itu anda boleh mengurangkan kemungkinan kerosakan  saraf yang kekal.

Kebiasaannya, rawatan di peringkat awal adalah untuk menangani punca-punca yang menyebabkan kesakitan atau kerosakan saraf saraf anda. Ini termasuklah:
  • Mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes
  • Menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi
  • Menukar ubat lain sekiranya ianya menyebabkan kerosakan saraf
  • Fizikal terapi atau pembedahan untuk menangani mampatan atau trauma ke atas saraf

Selain itu, rawatan yang dicadangkan adalah pengambilan ubat penahan sakit. Ini termasuk ubat bukan steroid anti-radang (NSAID) seperti ibuprofen atau analgesik lain, seperti acetaminophen atau preskripsi ubat-ubatan. Pilihan lain termasuk krim tahan sakit, ubat sapu, minyak, gel atau semburan yang digunakan pada kulit.

Rawatan pelengkap atau alternatif boleh membantu. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa akupunktur boleh melegakan kesakitan saraf. 

Dalam beberapa kes, sakit saraf terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin B-12. Jadi, pengambilan makanan tambahan boleh membantu.

Cadangan Suplemen Untuk Sakit Saraf


Untuk mereka yang mengalami sakit saraf dan memilih rawatan semulajadi, saya cadangkan anda cuba set untuk kesihatan saraf. Set ini membekalkan nutrien yang penting untuk kesihatan saraf. Konsisten amalkannya dapat membantu mengurangkan sakit saraf.


Vivix - mengandungi resveratrol dan polifenol yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. Ramuan vivix juga dapat bantu memperbaiki sel yang rosak.

Bcompleks - mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf.

Ostematrix - mengandungi Vitamin D yang dapat bantu melegakan sakit saraf.


Video - > Cara Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Berkesan




Feedback Dari Pengguna

Jom lihat video kisah seorang wanita yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit saraf dan payudara berdarah. Wanita ini sanggup keluar belanja lebih demi sebuah kesihatan. Jika kita telikti apalah sangat harga sebotol vivix jika dibandingkan dengan nilai sebuah kesihatan..yang membolehkan kita terus beribadah kepadaNYA.







Jika anda mengalami sakit saraf, segeralah dapatkan rawatan yang sewajarnya. Jangan tunggu lagi. Dapatkan set kesihatan saraf untuk membantu melegakan sakit saraf anda. 

Sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Fb : shikin satiman
Ig : shikinsatiman
Emel : shikin.azly@gmail.com

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top