Cara Merawat Bengkak Susu Secara Berkesan

Setiap ibu yang menyusukan anak pasti pernah alami bengkak susu terutamanya ketika waktu berpantang. Betul tak? 

Saya sendiri pernah rasa bagaimana sakitnya bila alami bengkak susu semasa tempoh berpantang untuk kedua-dua anak. Memang sampai menitik air mata menahan sakit..Mujur tidak membawa kepada demam. Biasanya kalau dah demam tu tandanya ada berlaku jangkitan. Dalam entri ini saya akan kongsikan cara untuk merawat bengkak susu secara cepat dan berkesan.



BAGAIMANA TERJADINYA BENGKAK SUSU?

Secara umumnya, bengkak susu terjadi disebabkan penghasilan susu melebihi dari keperluan bayi. Di awal-awal kelahiran, bayi hanya minum susu dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi, payudara menghasilkan susu melebihi dari keperluan bayi. Ini menyebabkan susu banyak terkumpul di dalam payudara dan menjadikan payudara bengkak, keras dan disertai rasa sakit. 

Biasanya, dengan kerap menyusukan bayi masalah bengkak susu ini dapat diatasi. Tetapi ianya tidak semudah itu. Ada kes di mana payudara masih lagi bengkak walaupun sudah kerap menyusukan bayi. Ini tandanya terdapat duktus susu tersumbat di dalam payudara anda. Sebab itu, walaupun payudara rasa penuh, tetapi susu yang keluar hanya sedikit seolah-olah salurannya tersumbat. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kepada masititis.

Masititis merupakan keradangan pada payudara berpunca dari saluran susu tersumbat atau terjadinya jangkitan pada payudara. Para ibu yang mengalami masititis akan merasa adanya ketulan dan tompok-tompok merah pada payudara diiringi dengan rasa tidak selesa dan sakit yang keterlaluan. Ada yang mula rasa nak demam dan mungkin menggigil disebabkan oleh masititis. Ini sedikit sebanyak telah menggangu proses penyusuan di mana ianya boleh melemahkan semangat si ibu untuk meneruskan penyusuan untuk bayinya.


CARA-CARA MERAWAT BENGKAK SUSU


Untuk hilangkan bengkak susu, terdapat pelbagai langkah boleh diambil. Antaranya:

1. Susukan bayi dengan kerap iaitu dua atau tiga jam sekali. Jika bayi tidur, kejut dan susukan. Setiap kali penyusuan, pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara. Sebagai contoh, bayi anda telah menyusu sepenuhnya dari payudara sebelah kanan. Untuk sesi penyusuan berikutnya, beri bayi anda menghisap sepenuhnya dari payudara sebelah kiri pula.

2. Bila payudara bengkak, areola atau kawasan kulit gelap disekeliling puting jadi sangat keras. Ini mungkin menyukarkan bayi untuk melekap dengan betul ketika menyusu. Jadi, anda boleh pam dahulu atau perah susu dengan tangan sehingga areola menjadi lembut dan mudah untuk bayi melekap. Untuk melancarkan pengeluaran susu, anda boleh tuam sekeliling payudara dengan tuala panas atau mandi air suam sebelum mula memerah. 

Cara ini berkesan untuk saya. Selepas tuam, susu yang pada mulanya macam segan-segan nak keluar, akhirnya keluar dengan lajunya.

3. Sambil menyusukan bayi, urut payudara anda secara perlahan-lahan bagi membantu melancarkan pengaliran susu. Di samping itu, ianya turut mengurangkan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara

4. Sekiranya payudara terlalu penuh susu, gunakan pam untuk mengeluarkan susu yang berlebihan.

5. Menyikat payudara yang bengkak. Caranya menyikat menghala ke puting.

6. Meletakkan daun kobis segar pada payudara. Ini dikatakan dapat membantu melegakan kesakitan walaupun tiada bukti yang menyokongnya. Tetapi, jangan lakukan dengan kerap kerana dikatakan boleh mengeringkan susu badan juga.

7. Sapukan sekeliling payudara dengan cuka makan yang dicampurkan dengan air. Elakkan dari terkena bahagian puting. Buat setiap hari sampai tiada lagi masalah bengkak susu.

8.  Beberapa helai daun sirih disapu dengan minyak zaitun dipermukaan hadapannya. Kemudian dilayur di atas tudung periuk. Tekap daun tersebut pada payudara ketika ianya agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, rasa sakit bengkak susu juga dapat dikurangkan.

9. Lakukan urutan di payudara. Ini dapat bantu melancarkan pengeluaran susu. Susu akan mengalir keluar dengan sendirinya apabila payudara sudah terlalu penuh. Ini dapat bantu mengelakkan ianya menjadi lebih bengkak.

10. Jika sakit yang dialami sudah tidak tertanggung, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat dari doktor.

11. Pengambilan lecithin juga dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko bengkak susu. Boleh refer artikel di kellymom.com yang menceritakan peranan lecithin dalam menghilangkan bengkak susu. 


Untuk ibu yang baru lepas bersalin, pengambilan lecithin juga dapat bantu menurunkan berat badan si ibu. 

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang lecithin, boleh terus hubungi saya. Saya sedia untuk membantu anda.


Shikin Satiman
ID: 1147051
Whatsapp/call: 0129402603
Fb: shikin satiman
Ig: sheqien.shaklee
Emel: shikin.azly@gmail.com

Kawasan COD: Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top