8 Tanda Kekurangan Protein Dalam Tubuh

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh kita memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Ini kerana protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

Protein boleh didapati daripada haiwan dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu. Dan ini semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino perlu. Protein juga boleh didapati dalam tumbuhan dari sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian yang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino perlu.




Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum. Jadi, apa yang berlaku jika tubuh kita kekurangan protein?

8 Tanda Kekurangan Protein Dalam Tubuh

#1 Mudah rasa lapar

Kekurangan protein dalam tubuh menyebabkan kita mudah lapar. Ini kerana protein menjaga kadar glukosa (gula). Apabila jumlah protein tidak mencukupi, secara automatik paras glukosa menjadi tidak stabil. Ini akan membuatkan kita kerap makan seolah-olah tubuh tidak mendapatkan sumber tenaga yang cukup.

#2 Penurunan fungsi otak

Selain mudah lapar, kekurangan protein boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak stabil (naik turun) akan memberi kesan kepada otak. Otak menjadi sukar untuk fokus, berfikir dan mudah pening kepala apabila kekurangan protein.

#3 Otot mudah kejang

Protein berfungsi untuk membantu pertumbuhan dan kekuatan otot. Apabila tubuh kekurangan protein, otot akan menjadi lemah dan kita mudah untuk mengalami kekejangan otot.

#4 Mudah sakit dan luka lambat sembuh

Apabila jumlah protein dalam tubuh tidak mencukupi, maka tubuh menjadi lemah untuk melawan zat asing dan bakteria. Kekurangan protein akan menurunkan jumlah sel darah putih baru. Maka ia akan membuatkan luka lebih lama untuk sembuh dan sistem imun lemah.

#5 Masalah kulit, kuku dan rambut

kekurangan protein sering meninggalkan tanda pada kulit, rambut dan kuku. Ini kerana sebahagian besarnya dihasilkan dari protein. Antara contoh ialah kulit yang pecah, rambut yang menipis, warna menjadi pudar dan kuku rapuh.

#6 Masalah pertumbuhan kanak-kanak

Protein bukan sahaja membantu mengekalkan otot dan jisim tulang, tetapi ia juga penting untuk pertumbuhan badan. Oleh itu kekurangan protein sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang badannya memerlukan bekalan yang mencukupi.

#7 Risiko tulang rapuh

Tidak mengambil protein yang cukup boleh melemahkan tulang kita dan meningkatkan risiko patah tulang. Satu kajian mengenai wanita postmenopausal yang patah tulang pinggul menunjukkan bahawa mengambil 20 gram suplemen protein setiap hari selama setengah tahun melambatkan kehilangan tulang sebanyak 2.3%.

#8 Edema

Penyakit edema adalah pengumpulan cecair yang tidak normal dalam tisu tertentu dalam tubuh. Hal ini terjadi apabila protein yang seharusnya membantu mengatur dan menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit dalam tubuh tidak seimbang. Pembengkakan ini serin terjadi di perut, tangan, pergelangan kaki dan kaki.


Berapa banyak protein yang tubuh kita perlukan sehari?

Keperluan protein harian seseorang bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal yang dilakukan. Untuk individu yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan optimum, keperluan protein adalah 0.8gram per kg berat badan. Ada beberapa golongan yang perlukan protein lebih dari biasa. Mereka adalah golongan:

1) Bina badan .Otot perlukan sokongan semasa melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
  • Membina semula dan memperbaiki otot.
  • Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas

2) Pertengahan usia. Apabila memasuki usia pertengahan, badan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:
  • Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
  • Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

3) Menjaga berat badan. Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:
  • Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. 
  • Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya.
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.

4) Bakal ibu. Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:
  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
  • Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

5) Ibu yang menyusukan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk:
  • Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
  • Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu. 

6) Penggemar manisan. Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:
  • Menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.

Baca ni - > Tips Memilih Serbuk Protein Yang Terbaik!





Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : shikinsatiman

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top