5 Manfaat Omega 3 Yang Tidak Dijangka

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Selain daripada kesihatan jantung, asid lemak omega-3 juga diketahui menyokong kesihatan kita dalam pelbagai cara. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh memanfaatkan nutrien penting ini.



5 manfaat Omega 3 Yang Tidak Dijangka!


#1 Tulang Yang Lebih Kuat dan Sendi Yang Lebih Sihat


Semakin berusia, penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi anda berkurangan, menyebabkan sendi menjadi sakit dan radang. Omega-3 menyokong dengan:

  • Bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.

#2 Mengekalkan Kesihatan Mata


Retina anda mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman visual. Omega-3 menyokong dengan:
  • Mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat.
  • Membantu penyaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaukoma.

#3 Meningkatkan Sistem Imun


Keradangan yang berpanjangan akibat tekanan, diet atau faktor gaya hidup boleh merosakkan tisu anda yang membawa kepada kemerosotan dan bengkak. Omega-3 menyokong dengan:
  • Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan.
  • EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda!


#4 Fungsi Otak Yang Lebih Sihat dan Mood Yang Lebih Baik


Adakah anda tahu bahawa membran dan sel otak anda diperbuat daripada lemak penting? Ia merupakan bahan penting untuk membina otak anda, omega-3 menyokong dengan:
  • Mengurangkan keradangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain.
  • Mengawal paras kortisol iaitu hormon stres. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya anda berasa lebih baik.

#5 Berat Badan Yang Sihat


Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan:
  • Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.
  • Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Jom dapatkan suplemen Omega-3 sekarang! 
Yang terbaik tentunya Shaklee Omegaguard. 

Hubungi saya sekarang untuk info lanjut tentang Shaklee Omegaguard, suplemen omega 3 berkualiti tinggi yang selamat dan berkesan. 

Klik di sini -> Saya Nak Order Omegaguard!


Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : shikinsatiman

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top