Pernah tak anda alami kebocoran air kencing bila batuk atau bersin? Atau tiba-tiba rasa nak kencing tapi tak mampu nak tahan sampai kencing bocor secara tidak sengaja? Jika anda sering berdepan dengan situasi ini, ia petanda anda sedang alami masalah inkontinens.
Masalah inkontinens atau kencing bocor akibat pundi kencing lemah merupakan masalah biasa dikalangan mereka yang berusia. Namun, masalah ini juga boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, terutamanya pada wanita hamil.
Masalah inkontinens atau kencing bocor akibat pundi kencing lemah merupakan masalah biasa dikalangan mereka yang berusia. Namun, masalah ini juga boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, terutamanya pada wanita hamil.
Kebanyakan penghidap inkontinens berasa malu untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi. Ada yang menganggap ianya boleh pulih dengan sendiri. Tanggapan ini salah kerana masalah ini boleh jadi lebih teruk jika tidak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja.
Jenis-jenis Inkontinens
Inkontinens terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
1) Inkontinens tekanan
Jenis ini yang paling biasa terjadi. Ia berlaku apabila aktiviti fizikal seperti batuk, bersin, ketawa, melompat atau mengangkat barang berat, memberi tekanan pada pundi kencing dan menyebabkan ia mengeluarkan air kencing secara tidak sengaja.
2) Inkontinens desakan
Jenis ini mungkin yang paling menjengkelkan. Inkontinens desakan berlaku apabila pundi kencing yang terlalu aktif menyebabkan seseorang secara tiba-tiba alami desakan untuk kencing yang sangat kuat dan tidak mampu untuk menahan kencing sebelum sempat sampai ke tandas.
3) Inkontinens melimpah
Inkontinens melimpah berlaku apabila seseorang tidak dapat mengosongkan pundi kencing sepenuhnya selepas buang air kecil. Akibatnya, bila berlaku pertambahan air kencing baru dalam pundi kencing, baki yang tertinggal sebelumnya melimpah keluar dari pundi kencing.
Punca Masalah Inkontinens
Inkontinens berlaku apabila otot-otot pada pundi kencing yang mengawal pengeluaran air kencing menjadi lemah dan hilang kawalan sehingga menyebabkan penghidapnya alami kencing bocor atau sukar mengawal pengeluaran air kencing.
Inkontinens bukanlah suatu penyakit, tetapi simptom disebabkan masalah kesihatan atau kesan pengambilan ubatan tertentu. Ia boleh jadi keadaan sementara disebabkan oleh jangkitan vagina atau pundi kencing (UTI), sembelit, ubatan tertentu atau ia juga boleh menjadi keadaan kronik.
Punca biasa masalah inkontinens kronik termasuk:
1) otot pundi kencing terlampau aktif
2) otot pelvik lemah disebabkan penuaan dan proses kelahiran.
3) pembesaran prostat atau hiperplasia prostatic benign (BPH)
4) kerosakan saraf yang menjejaskan kawalan pundi kencing
5) keradangan pundi kencing kronik (interstitial cystitis)
6) Kecacatan atau ketidakupayaan yang menyukarkan untuk sampai ke tandas dengan cepat.
7) kesan sampingan dari pembedahan sebelumnya.
Petua Atasi Masalah Inkontinens
#1 Senaman Kegel
Jika masalah inkontinens masih di peringkat awal, senaman kegel adalah kaedah berkesan untuk mengatasi masalah ini. Senaman kegel bantu mengurangkan kebocoran air kencing dengan mempertingkatkan fungsi kawalan pundi kencing. Senaman kegel bukan sahaja berkesan untuk wanita, malah sesuai juga untuk lelaki dan sangat bagus untuk mereka yang alami inkontinens tekanan atau desakan.
Cara untuk melakukan senaman kegel:
1- pastikan anda dalam keadaan selesa dan bernafas secara normal.
2- kemutkan otot pelvik anda seakan anda sedang cuba menahan kencing.
3- Tahan otot tersebut selama 10 saat ketika bernafas normal, kemudian relaks.
4- Ulangi sebanyak 10 kali, 3 kali sehari
Cara untuk melakukan senaman kegel:
1- pastikan anda dalam keadaan selesa dan bernafas secara normal.
2- kemutkan otot pelvik anda seakan anda sedang cuba menahan kencing.
3- Tahan otot tersebut selama 10 saat ketika bernafas normal, kemudian relaks.
4- Ulangi sebanyak 10 kali, 3 kali sehari
#2 elakkan pencetus kepada masalah kawalan pundi kencing
Elakkan diri dari mengambil minuman berkafein, alkohol, minuman bergas, makanan diproses dan gula ringkas. Kafein dan alkohol boleh menyumbang kepada kerengsaan pundi kencing dan merangsang kontraksi otot, yang kedua-duanya boleh menyebabkan masalah inkontinens.
Elakkan juga buah-buahan sitrus, tomato, cili, makanan pedas kerana ianya boleh menyebabkan kerengsaan pundi kencing.
#3 kekalkan berat badan sihat
Berat badan berlebihan merupakan salah satu penyebab utama inkontinens. Lemak berlebihan disekeliling pinggul dan perut boleh menekan pundi kencing dan menyebabkan kencing terkeluar tanpa sengaja. Jadi, jika anda dalam kategori obesiti, mulalah bersenam dan mengamalkan diet penurunan berat badan yang sihat.
#4 kekal hidrat
Minum air yang banyak boleh meningkatkan kekerapan kencing. Namun, pengambilan air yang kurang boleh menyebabkan sembelit. Dan sembelit pula boleh menyumbang kepada masalah kawalan pundi kencing. Di samping itu, bila badan alami dehidrasi, air kencing menjadi pekat, dan ini meningkatkan risiko kerengsaan pundi kencing dan seterusnya membawa kepada masalah inkontinens. Jadi, pastikan pengambilan air harian anda mencukupi mengikut keperluan badan.
#5 akupunktur
Berdasarkan perubatan cina, akupunktur boleh bantu mengurangkan masalah inkontinens dengan menguatkan sistem urinari dan juga perbaiki ketidakseimbangan buah pinggang. Dengan melakukan rawatan akupunktur, ia boleh bantu mengurangkan desakan untuk kencing dan tingkatkan keupayaan untuk menahan kencing.
#6 lebihkan serat
Sembelit boleh menyumbang kepada masalah inkontinens. Malah, sembelit yang teruk boleh memberi kesan pada fungsi neurologi otot lantai pelvik dan memburukkan lagi masalah kawalan pundi kencing. Jadi, digalakkan untuk mengambil lebih banyak serat dalam pemakanan harian untuk mengatasi dan juga mencegah sembelit.
Untuk fungsi usus yang normal, kita memerlukan kombinasi serat larut dan tidak larut. Serat larut menyerap air dan melambatkan penghadaman manakala serat tidak larut membantu makanan melalui perut dan usus dengan lebih cepat. Serat larut boleh didapati dalam oat bran, kekacang, biji, lentil dan psyllium (yang merupakan bahan utama dalam kebanyakan makanan tambahan serat). Serat yang tidak larut boleh didapati dalam sayur-sayuran, bijirin dan bran gandum.
#7 pengambilan supplemen
Pengambilan supplemen bantu membekalkan nutrisi yang diperlukan tubuh untuk melawan penyakit dan juga untuk menggalakkan sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik. Antara nutrisi penting yang boleh membantu dalam menyokong kesihatan pundi kencing dan seterusnya mengurangkan masalah inkontinens termasuklah :
- magnesium : mineral ini penting dalam merehatkan otot. Dengan mempunyai keperluan magnesium yang cukup dalam tubuh, ia dapat mengurangkan kekejangan otot pundi kencing dan membantu mengosongkan pundi kencing sepenuhnya.
- vitamin D : kajian pada 2010 mendapati wanita yang mempunyai paras vitamin D yang tinggi dalam darah berisiko rendah untuk mendapat masalah inkontinens. Ini kerana Vitamin D adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan kekuatan otot.
- protein : diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan sel-sel otot. Ia juga bantu menguatkan otot pundi kencing.
- zink : bantu pertingkatkan fungsi pundi kencing. Juga tingkatkan sistem imun.
- vitamin A : vitamin larut lemak yang bantu pertingkatkan fungsi sistem imun di mana boleh merendahkan risiko jangkitan pundi kencing, keradangan pundi kencing kronik dan barah pundi kencing. Ia juga membantu dalam proses penyembuhan, membaiki kerosakan pundi kencing, menyokong kesihatan pundi kencing, mengurangkan kebocoran air kencing, menguatkan otot pelvik yang lemah dan mengurangkan keradangan pundi kencing.
- vitamin B12 : vitamin larut air yang boleh meningkatkan fungsi sistem saraf pusat, dan membantu melegakan tekanan pundi kencing dan mengurangkan kebocoran air kencing yang ringan.
Selain dari petua yang dinyatakan di atas, anda juga boleh cuba latihan pundi kencing (bladder training) untuk membantu dalam mengatasi masalah inkontinens. Caranya adalah dengan menangguhkan kencing dan hanya pergi ke bilik air pada selang waktu yang dijadualkan seperti dua jam sekali. Ini boleh membantu badan untuk mendapatkan semula kawalan ke atas pundi kencing.
Bagi yang mengalami masalah kawalan pundi kencing ini, semoga petua-petua di atas dapat membantu mengurangkan gejala yang anda alami. Segeralah rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk berbincang berkenaan masalah kesihatan yang dihadapi dan rawatan yang sesuai untuk anda.
Jika ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk dapatkan suplemen ini, boleh terus WHATSAPPS SAYA SEKARANG!
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment