Bila anda sentuh payudara, terasa seperti ada ketulan lembut yang tidak statik (bergerak) disertai dengan rasa yang menyakitkan. Pasti anda akan mula rasa takut dan risau bila memikirkan ketulan ini. Apa yang terlintas di fikiran ketika itu, mungkinkah ketulan di payudara ini sejenis kanser?
Ketahuilah bahawa ketulan di payudara tidak semestinya kanser. Ketulan di payudara boleh jadi disebabkan oleh beberapa faktor lain.
Fibroadenosis adalah ketulan yang paling biasa terjadi terutamanya di kalangan wanita yang berusia di antara 30 hingga 50 tahun. Fibroadenosis tidak berbahaya tetapi boleh mengganggu dan menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah wanita.
Apa itu Fibroadenosis?
Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya pada tisu payudara. Ketulan ini juga dikenali sebagai perubahan payudara Fibrocystic. Istilah ini merujuk kepada dua keadaan yang berlaku secara semulajadi dalam payudara kita iaitu tisu fibrous dan cyst yang tidak berbahaya (benign).
Image from google |
Bila payudara mempunyai lebih banyak tisu fibrous (tisu payudara seperti parut), keadaan ini dikenali sebagai fibrosis. Ia membuatkan tisu payudara berasa keras atau anjal. Cyst pula adalah benjolan atau kantung yang berisi cecair yang boleh bergerak di dalam payudara. Saiz cyst boleh kekal sangat kecil atau jadi sangat besar. Bila cyst tumbuh, ia memberi tekanan pada tisu payudara dan boleh mendatangkan kesakitan.
Selain dari kelainan yang dirasai pada tisu payudara, bagi yang mempunyai fibroadenosis mungkin juga alami:
- perubahan yang sama pada kedua-dua payudara
- keluar cecair berwarna coklat gelap atau hijau dari puting
- perubahan saiz ketulan semasa kitaran menstruasi
- rasa sakit atau tidak selesa yang meningkat sebelum haid
Punca Fibroadenosis
Tisu payudara anda berubah sebagai tindak balas kepada hormon yang dihasilkan oleh ovari. Jika anda mempunyai Fibroadenosis, anda mungkin mengalami perubahan yang lebih ketara sebagai tindak balas terhadap hormon ini. Ini boleh menyebabkan bengkak dan benjolan payudara yang menyakitkan.
Gejala-gejala ini paling biasa berlaku sebelum atau semasa tempoh haid anda. Selain benjolan di payudara yang disebabkan oleh cyst dan pembengkakan kelenjar susu, anda juga dapat merasakan penebalan benjolan pada payudara yang disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan tisu fibrous.
Rawatan Fibroadenosis
Kebanyakan wanita yang mempunyai fibroadenosis tidak memerlukan rawatan invasif. Rawatan di rumah biasanya mencukupi untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami. Berikut antara cara yang boleh dipraktikkan:
- pengambilan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan acetaminophen
- memakai bra sokongan yang sesuai dan selesa untuk mengurangkan kesakitan payudara
- menggunakan pek pemanas atau sejuk untuk mengurangkan gejala
Untuk mengurangkan simptom fibroadenosis, perubahan diet dan gaya hidup juga mungkin boleh bantu;
1) amalkan pemakanan rendah lemak, tinggi serat.
2) masukkan dalam diet harian makanan kaya germanium seperti bawang putih, cendawan shiitaki dan bawang merah. Germanium bantu perbaiki pengoksidaan tisu pada peringkat selular.
3) kurangkan pengambilan garam untuk bantu kurangkan bengkak payudara pada penghujung kitaran menstruasi.
4) Elakkan sebarang kopi, teh (kecuali teh herba), minuman berkarbonat dan coklat. Ada sesetangah wanita mendapati dengan mengelakkan makanan berkafein ini dapat melegakan simptom.
5) Pengambilan suplemen seperti berikut mungkin boleh bantu:
- coenzyme Q10 - antioksidan paling berkuasa yang membantu menyingkirkan toksin, tingkatkan sistem imun dan perbaiki keseluruhan proses fizikal dan mental.
- Minyak primrose - boleh mengecutkan saiz cyst
- vitamin E - vitamin antioksidan larut lemak yang berfungsi melindungi tisu payudara
- vitamin A - diperlukan dalam sistem duktul payudara
- vitamin B complex - diperlukan untuk keseimbangan bendalir yang betul dan pengawalan hormon
- Vitamin C - diperlukan untuk fungsi imun yang betul, pembaikan tisu dan keseimbangan hormon adrenal.
*sumber : Prescription for Nutritional Healing, by Phyllis A. Balch, WebMD, healthline
Baca seterusnya >> Cara Kecutkan Ketumbuhan Di Payudara Secara Semulajadi
Jika ada sebarang pertanyaan dan ingin dapatkan suplemen Shaklee yang sesuai untuk atasi masalah Fibroadenosis, boleh segera hubungi saya di 012-9402603.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
0 comments:
Post a Comment