Manfaat Dan Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

Vitamin E adalah antioksidan yang kuat dan larut lemak yang membantu melindungi membran sel dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL. Istilah vitamin E merangkumi sekumpulan lapan sebatian, yang dipanggil tocopherols dan tocotrienols. Setiap sebatian yang berbeza ini mempunyai kesan biologi dan kimia yang berbeza.



Kepentingan Vitamin E


Vitamin E diperlukan untuk penyelenggaraan struktur dan fungsi rangka, kardiak, dan otot. Ia juga membantu dalam pembentukan sel darah merah dan membantu untuk mengekalkan penyimpanan vitamin A dan K, besi, dan selenium. Ia juga mempunyai kesan positif terhadap kesihatan imun, melindungi sel dan tisu dari kerosakan oksidatif yang boleh membawa kepada penyakit jantung, mempunyai kesan pencegahan terhadap kanser, membantu melegakan gejala penyakit Alzheimer, dan boleh membantu mencegah kerosakan yang berkaitan dengan diabetes, terutama pada bahagian mata.

Sumber makanan yang membekalkan vitamin E termasuk avokado, biji bunga matahari, kacang soya, buah zaitun, badan labu, kacang buncis dan ubi keledek.

Kekurangan Vitamin E


Kekurangan vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan ia perlukan lemak untuk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

Kekurangan vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Ini mengakibatkan tubuh kita mudah rosak disebabkan tekanan oksidasi.

Gejala-gejala kekurangan Vitamin E termasuk :

  • anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
  • masalah pada sistem reproduktif
  • mudah keguguran
  • tanda penuaan pada kulit (age spot)
  • katarak
  • hilang nafsu seksual
  • rambut kering dan gugur
  • kelemahan otot
  • luka lambat sembuh
  • kebas dan kejang kaki (cramps)
  • penyakit berkaitan usus
  • prostat membesar


Vitamin E Complex Shaklee




Agak sukar untuk mendapat keperluan vitamin E melalui pemakanan sahaja. Jadi, pengambilan supplemen vitamin E adalah disyorkan untuk bantu mencukupkan keperluan nutrien ini seterusnya mengekalkan taraf kesihatan tubuh yang optimum.

Vitamin E Complex boleh bantu mencukupkan keperluan vitamin E anda. Terdapat banyak suplemen Vitamin E di pasaran, tetapi apa yang membezakan vitamin E complex dengan suplemen yang lain?

Perbezaan Vitamin E Shaklee :

1. menyediakan 400IU Vitamin E dari sumber semulajadi minyak kacang soya dalam bentuk D-alpha-tocopherol, yang aktif secara fisiologi dan lebih mudah diserap oleh tubuh badan.

400 IU vitamin ini bersamaan dengan 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam.

2. mengandungi 65mcg Selenium yang melengkapkan aktiviti vitamin E untuk fungsi yang optimum, memelihara membran sel, sel darah merah dan sel otot.

3. menyediakan 39.4mg Grape Seed Extract yang mengandungi proanthocyanidins, sebatian yang mempunyai sifat antioksidan yang baik.



Kebaikan Utama Vitamin E


1. Melindungi jantung


- Bertindak sebagai antikoagula (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang 'blood clot' dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

- Membantu menjaga permukaan dalam salur darah agar sentiasa licin - mengelakkan pembentukan plak kolesterol

- Untuk jantung yang sihat, disyorkan pengambilan harian sebanyak 800IU Vitamin E


2. mempertingkatkan sistem reproduktif


- kajian menunjukkan vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Kaum lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.




3. bertindak sebagai anti-penuaan


- 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Vitamin juga mampu untuk memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.


4. bertindak sebagai antioksidan


- pengambilan lebih 1200 IU sehari menyediakan keperluan antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.


5. memperbaiki masalah peredaran darah


- Vitamin E meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, urat varikos dan sakit sendi


6. Lain-lain manfaat :


  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top