Anemia antara masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil. Jika anda ada anemia, darah anda tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke tisu badan dan juga bayi anda.
Kenapa semasa hamil mudah untuk mendapat anemia? Ini kerana badan anda menghasilkan lebih banyak darah semasa hamil untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Jika anda tidak mendapat cukup zat besi atau sesetengah nutrien lain, badan anda mungkin tidak mampu untuk menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk penambahan darah ini.
Anemia boleh menyebabkan anda merasa letih dan lemah. Sekiranya ia teruk tetapi tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti kelahiran pramatang.
Sepanjang kehamilan, terdapat tiga jenis anemia yang sering berlaku. Ia termasuk:
Punca paling biasa anemia di kalangan ibu hamil adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi. Sel darah merah di dalam badan anda mengandungi hemoglobin, yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan anda.
Badan anda memerlukan zat besi untuk membina sel darah merah yang cukup sihat dan menjaga hemoglobin anda pada tahap yang betul. Jika badan anda tidak mempunyai jumlah zat besi yang mencukupi, anda boleh mendapat anemia.
Anemia jenis ini jika ianya teruk dan tidak dirawat boleh mengakibatkan kelahiran pramatang dan berat lahir bayi rendah, kemurungan postpartum, bayi yang mempunyai anemia dan juga perkembangan anak yang lambat.
Folat adalah vitamin yang didapati secara semulajadi dalam makanan tertentu seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Folat merupakan salah satu jenis vitamin B yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah yang sihat.
Semasa kehamilan, wanita memerlukan folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup folat dari diet harian. Apabila itu berlaku, tubuh tidak dapat membuat sel darah merah normal yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke tisu seluruh badan.
Kekurangan folat secara langsung boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural (spina bifida) dan berat kelahiran yang rendah.
Tubuh memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 dari dietnya, tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sihat. Wanita yang tidak memakan daging, ayam, produk tenusu dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk membina kekurangan vitamin B12, yang mungkin menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
Kehilangan darah semasa dan selepas proses kelahiran juga boleh menyebabkan anemia.
Gejala-gejala anemia yang biasa dialami sepanjang kehamilan :
Semua ibu hamil berisiko untuk mendapat anemia. Ini kerana ketika hamil mereka memerlukan zat besi dan folat yang lebih banyak dari biasa. Tetapi, risiko lebih tinggi jika anda :

Jenis-jenis Anemia Semasa Hamil
Sepanjang kehamilan, terdapat tiga jenis anemia yang sering berlaku. Ia termasuk:
1. Anemia akibat kekurangan zat besi
Punca paling biasa anemia di kalangan ibu hamil adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi. Sel darah merah di dalam badan anda mengandungi hemoglobin, yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan anda.
Badan anda memerlukan zat besi untuk membina sel darah merah yang cukup sihat dan menjaga hemoglobin anda pada tahap yang betul. Jika badan anda tidak mempunyai jumlah zat besi yang mencukupi, anda boleh mendapat anemia.
Anemia jenis ini jika ianya teruk dan tidak dirawat boleh mengakibatkan kelahiran pramatang dan berat lahir bayi rendah, kemurungan postpartum, bayi yang mempunyai anemia dan juga perkembangan anak yang lambat.
2. Anemia akibat kekurangan folat
Folat adalah vitamin yang didapati secara semulajadi dalam makanan tertentu seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Folat merupakan salah satu jenis vitamin B yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah yang sihat.
Semasa kehamilan, wanita memerlukan folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup folat dari diet harian. Apabila itu berlaku, tubuh tidak dapat membuat sel darah merah normal yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke tisu seluruh badan.
Kekurangan folat secara langsung boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural (spina bifida) dan berat kelahiran yang rendah.
3. Anemia akibat kekurangan Vitamin B12
Tubuh memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 dari dietnya, tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sihat. Wanita yang tidak memakan daging, ayam, produk tenusu dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk membina kekurangan vitamin B12, yang mungkin menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
Kehilangan darah semasa dan selepas proses kelahiran juga boleh menyebabkan anemia.
Gejala-gejala Anemia
Gejala-gejala anemia yang biasa dialami sepanjang kehamilan :
- muka dan bibir pucat
- rasa penat dan lemah
- pening
- sesak nafas
- susah untuk fokus
- degupan jantung yang cepat
Semua ibu hamil berisiko untuk mendapat anemia. Ini kerana ketika hamil mereka memerlukan zat besi dan folat yang lebih banyak dari biasa. Tetapi, risiko lebih tinggi jika anda :
- hamil kembar
- mempunyai jarak kehamilan yang dekat
- mengalami 'morning sickness' yang teruk
- hamil muda
- tidak mendapatkan cukup makanan yang kaya zat besi
- mempunyai anemia sebelum hamil
Cara Mencegah Anemia Ketika Hamil
Untuk cegah anemia ketika hamil, penting untuk ibu hamil pastikan pengambilan zat besi harian mencukupi. Amalkan makanan yang seimbang dan banyakkan makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet anda.
Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging, ayam, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin kaya zat besi, kacang dan tauhu serta telur. Untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dalam badan, ambil makanan ini bersama dengan makanan kaya dengan vitamin C seperti jus oren dan buahan citrus.
Tidak lupa juga dapatkan keperluan folat dengan mengambil makanan kaya folat seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan citrus dan roti bijirin diperkaya dengan folat.
Pengambilan suplemen prenatal juga jangan culas. Ini kerana nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil tidak cukup dengan pemakanan sahaja. Vitamin prenatal penting untuk membantu mencukupkan keperluan nutrien ibu hamil.
Vitamin Untuk Ibu Hamil
Di shaklee, ada tiga produk yang boleh bantu cegah anemia ketika hamil iaitu :
1. Vitalea Iron Formula : Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia merupakan multivitamin berserta zat besi yang sangat penting untuk pembentukkan darah dan sel.
2. Sustained Release Vitamin C : membekalkan 500mg vitamin C semulajadi yang membantu dalam penyerapan zat besi
3. Vitamin B complex : membekalkan kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang boleh membantu mencegah anemia.
Jom tonton apa ibu hamil yang mempunyai anemia ini lakukan untuk atasi masalahnya.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.3. Vitamin B complex : membekalkan kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang boleh membantu mencegah anemia.
Jom tonton apa ibu hamil yang mempunyai anemia ini lakukan untuk atasi masalahnya.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment