10 Tips Mudah Untuk Kulit Kekal Sihat Dan Berseri

Kulit yang sihat dan berseri adalah dambaan setiap orang terutamanya golongan wanita. Ramai yang sanggup berbelanja besar pada produk penjagaan kulit seperti krim dan losyen untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Namun, ada cara lebih mudah dan murah sebenarnya. Dalam entri ini saya akan kongsikan 10 tips yang boleh kita amalkan untuk mempunyai kulit yang sihat berseri sepanjang masa.



10 Tips Mudah Untuk Kulit Kekal Sihat Berseri


Berikut adalah tips mudah yang boleh kita gunakan untuk mempunyai kulit yang sihat berseri sepanjang masa.


1. Amalkan pemakanan sihat



Apa yang kita makan adalah sangat penting. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat, pastikan kita bekalkan sel-sel kulit kita nutrien yang berkhasiat. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan seperti beta-karotena, vitamin C, E dan A. Nutrien ini dapat membendung dan memelihara kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Kebanyakan dari kita agak sibuk dengan urusan seharian dan selalunya tidak mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut keperluan harian tubuh. Jadi, pengambilan supplemen adalah pilihan terbaik untuk mengisi jurang nutrisi.

2. Kekal hidrat


Kulit kita terdiri daripada 64 peratus air. Jadi, secara logiknya untuk dapatkan kulit yang lebih baik, kita haruslah pastikan diri kekal hidrat sentiasa. Dengan pengambilan air yang mencukupi, kulit kelihatan segar dan lembap. Garis-gari halus dan juga liang pori akan kurang kelihatan.

Di samping itu, air diperlukan untuk pelbagai struktur di dalam kulit untuk berfungsi dengan berkesan termasuk sokongan kolagen untuk mendapatkan kulit sihat, terhidrat yang bersinar.

3. Posisi tidur yang betul




Cara kita tidur boleh memberi kesan kepada kulit kita. Tidur dengan satu sisi muka disembamkan di bantal boleh menyebabkan inden dalam kulit kita dari lipatan bantal, menyebabkan keriput atau garis tidur yang mendalam di dahi atau pipi kita. Walau bagaimanapun, berbaring secara terlentang  atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh meminimumkan semua ini.

4. Pakai pelindung sinaran matahari



Sedikit pendedahan cahaya matahari pada kulit adalah bermanfaat untuk menghasilkan vitamin D tetapi terlalu banyak matahari akan merosakkan elastin dalam kulit, menyebabkan ia menjadi tegang dan rosak lebih mudah. Jika kita benar-benar perlu berada di bawah sinaran matahari, gunakan pelindung matahari yang tinggi kuasa perlindungannya. Meningkatkan pengambilan karatenoids juga boleh membantu melindungi kulit kita daripada kerosakan matahari


5. Amalkan pemakaian pelembap




Memakai sedikit pelembap selepas mencuci muka adalah langkah terbaik kerana ia adalah cara yang baik untuk menghalang sebarang penghidratan tambahan pada kulit.


6. Dapatkan tidur yang cukup



Semasa tidur, peningkatan hormon pertumbuhan membolehkan pembaikan sel-sel yang rosak sementara air berlebihan dalam badan diproses untuk dikeluarkan. Tidak mendapat tidur yang cukup atau kurang tidur berkualiti boleh mengakibatkan pembaharuan sel yang lemah dan sembap di bawah mata anda, lingkaran hitam di bawah mata, kulit kering dan kedutan muncul.

7. Kawal tekanan sebaiknya




Tekanan menyebabkan tindak balas kimia dalam badan kita yang menjadikan kulit lebih sensitif dan reaktif. Mengamalkan senaman harian dapat membuatkan kita berpeluh. Peluh adalah cara semulajadi untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang boleh terkumpul di bawah kulit kita. Tambahan pula, kerap bersenam mengekalkan peredaran dan aliran darah yang sihat di seluruh badan kita, di mana kesannya kulit kelihatan kemerah-merahan.


8. Jauhkan tangan kita dari muka


Tangan kita membawa berbilion-bilion bakteria pada masa yang tertentu. Memandangkan bakteria selalunya adalah penyebab utama kulit timbul jerawat, sebaiknya bersihkan tangan dahulu sebelum memakai sebarang produk penjagaan kulit. Bakteria dan kuman ini juga boleh dipindahkan ke kulit kita bila kita menggosok mata, mengusap dagu atau mencuit pipi.


9. Urutan muka


Urut merangsang aliran dan peredaran darah untuk menggalakkan saliran limfa dengan membuang toksin yang telah terkumpul. Di samping itu, urutan lembut membantu merangsang fibroblas dalam kulit untuk melepaskan kolagen dan memulihkan keanjalan kulit serta meningkatkan kelembutan kulit.



10. Senaman muka


Wajah kita terdiri daripada lebih 50 otot yang berlainan dan mereka memerlukan senaman sama seperti seluruh tubuh kita yang lain. Berikut adalah cara untuk dapatkan kulit yang lebih tegang, lebih licin dan anjal.

1. Angkat kening sehingga menampakkan kedutan pada dahi. Tahan selama 5 saat dan berehat.
2. Buat kerutan dimuka. Tahan selama 5 saat dan berehat.
3. Tutup mata anda seketat yang boleh dan jelirkan lidah anda. Tahan selama 5 saat dan berehat.
4. Buka mata dan mulut anda seluas mungkin. Tahan selama 5 saat dan berehat.
5. Ulang 3 kali sehari.


Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda untuk mempunyai kulit yang kekal sihat, cantik dan berseri sepanjang masa.

Untuk ketahui cara dapatkan kulit yang cantik berseri dari dalam, jom baca link ini -> 4 Nutrisi Penting Untuk Kulit Cantik Berseri.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.




Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top