Cara Elak Timbulnya Tanda Regangan (Stretch Marks) Semasa Hamil

Wanita hamil akan mengalami banyak perubahan fizikal sepanjang tempoh kehamilan. Antara perubahan yang menjadi kebimbangan wanita hamil adalah pembentukan tanda regangan atau lebih dikenali sebagai 'stretch marks'.


Tanda regangan bukanlah suatu masalah yang boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi. Tetapi, kebanyakan wanita hamil bimbang akan penampilannya yang tidak menarik.

Jadi, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk elak tanda regangan semasa hamil.




Apa itu Tanda Regangan?


Tanda regangan merupakan garis-garis halus pada kulit yang terbentuk pada abdomen dan bahagian-bahagian lain dalam badan seperti payudara, pinggul, paha dan punggung. Ia biasanya mula kelihatan pada hujung kehamilan (kira-kira dalam bulan keenam atau ketujuh). Namun, ada juga wanita hamil yang mendapatinya timbul sejak perut mereka mula membesar.

Semasa hamil, kita biasanya akan mengalami perubahan bentuk badan dan pertambahan berat badan yang cepat. Ini membuatkan kulit hilang keanjalan dan seterusnya alami regangan melampau. Akibatnya, timbul tanda regangan yang biasanya akan terus kekal walaupun selepas melahirkan anak.

Kebanyakan wanita berkulit cerah mempunyai kesan regangan yang kemerahan, manakala yang berkulit gelap biasanya memiliki kesan regangan yang lebih cerah dari kulit disekelilingnya.

Hampir 90 peratus wanita mendapat tanda regangan semasa hamil. Wanita yang mempunyai sejarah tanda regangan di kalangan ahli keluarga adalah golongan yang berkebarangkalian tinggi untuk mengalami tanda regangan.



Cara Untuk Elak Kesan Regangan Semasa Hamil


Kebanyakan pakar perubatan percaya bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk mencegah tanda regangan dari berlaku jika kita secara genetik cenderung untuk mendapatnya. Ini kerana gen kita yang menentukan sejauh mana tahap keanjalan dan keregangan kulit kita.

Lagi tinggi tahap keanjalan dan keregangan kulit, lagi rendah peluang kita untuk dapat tanda regangan. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk tingkatkan tahap elastik kulit kita, dan seterusnya mengurangkan peluang untuk mempunyai tanda regangan.

Berikut merupakan langkah yang boleh diamalkan untuk bantu mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan regangan semasa hamil:

1. Kekal hidrat.


Minum air yang cukup boleh membantu menjaga kulit kita sentiasa terhidrasi dan lembap. Kulit lembap tidak cenderung untuk menghasilkan tanda regangan, tidak seperti kulit kering.

Minum minuman berkafein, seperti kopi, sebenarnya boleh meningkatkan risiko terjadinya tanda regangan. Jika kita minum kopi, pastikan kita mengimbangi pengambilan cecair dengan minum banyak air, teh herba, dan minuman lain tanpa kafein.


2. Amalkan diet seimbang


Banyakkan mengambil makanan yang bagus untuk kesihatan kulit. Ia termasuk:

- makanan kaya dengan vitamin C : boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, jambu, gooseberry, brokoli dll. Ini membantu badan kita menghasilkan lebih banyak kolagen dan tulang rawan di mana kedua-duanya penting dalam meningkatkan keanjalan kulit.

- makanan kaya dengan zink : boleh didapati dalam kacang, telur, ayam, bijirin dan lain-lain. Ini dapat membantu badan kita menghasilkan lebih banyak kolagen dan mengurangkan kerosakan radikal bebas (kerana sifat antioksidannya).

- makanan kaya dengan Vitamin E : boleh didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau, kacang dan sebagainya. Ia melindungi membran sel kita.

- makanan kaya dengan Omega 3 dan Omega 6 : boleh didapati dalam ikan, walnut, telur. Ia membantu kulit jadi lebih bersinar

- makanan kaya dengan Vitamin A: boleh didapati dalam wortel, ubi keledek dll), ia membantu membaiki kulit kita.

3. Bersenam


Cuba amalkan senaman ringan, seperti Yoga, berjalan kaki atau senaman aerobik yang sesuai untuk wanita mengandung untuk menjadikan diri kita kekal aktif dan juga dapat meningkatkan peredaran darah. Ini akan membantu meningkatkan keanjalan kulit.

4. Sapu minyak


Minyak boleh menghidrat kulit dengan baik. Ia juga mempunyai antioksidan yang boleh mengurangkan kerosakan kulit. Minyak terbaik untuk kulit ialah minyak kelapa, minyak Vitamin E, minyak badam atau minyak bio. Pilih satu yang sesuai dengan kita dan sapukan di kawasan perut dan paha pada waktu pagi(selepas mandi) dan malam setiap hari.

Jika rasa kulit seakan meregang pada siang hari, tingkatkan kekerapan sapuan. Pastikan diri tidak mengurut bahagian perut semasa menggunakan minyak.

5. Kawal berat badan


Pastikan berat badan tidak naik mendadak semasa hamil. Kawal pemakanan. Kehamilan bukan bermaksud kita perlu makan untuk dua orang. Yang penting, adalah nutrien yang cukup untuk kesihatan diri dan perkembangan bayi. Dengan mengawal pertambahan berat badan, kita dapat mengelakkan kulit alami regangan melampau yang menyebabkan timbulnya tanda regangan.

Untuk lebih berkesan, semasa kita sedang merancang untuk hamil dah boleh mula lakukan langkah-langkah pencegahan ini. Lagi-lagi dalam memberikan nutrisi yang terbaik untuk kulit kita agar kekal anjal dan sihat.

Set kehamilan Shaklee adalah pilihan terbaik dalam menyokong keperluan nutrisi yang anda perlukan semasa hamil dan juga menyediakan kulit anda nutrisi penting yang dapat bantu merendahkan risiko timbulnya tanda regangan semasa hamil.

Info lanjut tentang set kehamilan Shaklee, klik sini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top