Tips Atasi Kekejangan Otot Secara Semulajadi

Kejang otot boleh menyerang pada bila-bila masa, menyebabkan rasa sakit melampau, berdenyut-denyut dan kekejangan yang amat perit untuk ditanggung. Kebanyakan orang mengalami kekejangan otot pada waktu malam ketika tidur (kram malam) dan juga ketika sedang melakukan aktiviti fizikal. Bahagian otot yang sering terjejas melibatkan otot betis dan kaki.

Biasanya, kekejangan otot akan menyerang selama beberapa minit. Dalam sesetengah kes, ada yang alaminya selama beberapa saat, tetapi ada juga yang mengalami kekejangan sehingga 10 minit. Masalah kejang otot selalunya tidak membahayakan tetapi jika anda mengalami kekejangan yang teruk dan berterusan, sebaik-baiknya dapatkan rawatan doktor segera. Ini kerana ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan lain yang lebih serius seperti penyakit hati (sirosis), Aterosklerosis, masalah tiroid atau masalah saraf tulang belakang.






Apakah Punca Kekejangan Otot?


Kekejangan otot terjadi berpunca dari pengecutan/penguncupan (kontraksi) otot tanpa kawalan yang seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Semasa berada dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, pengecutan otot secara tiba-tiba ini yang mengakibatkan kekejangan.

Dalam kebanyakan kes, punca terjadinya kejang otot tidak diketahui, namun ia selalunya dikaitkan dengan faktor berikut:

Dehidrasi. Kurang air dalam badan menyebabkan otot tidak mendapat air yang cukup untuk berfungsi dengan betul dan menyebabkan ia kejang.

Penggunaan otot secara berlebihan. Terlalu lama berdiri atau duduk dalam postur badan yang salah boleh menyebabkan kejang otot.

Peredaran darah yang lemah. Jika anda mempunyai sistem peredaran yang lemah, otot tidak akan mendapat cukup darah, oksigen dan elektrolit untuk memastikannya stabil. Ini mungkin berlaku kerana arteri berada dalam keadaan yang tidak baik (sempit) sehingga menghalang bekalan darah kepada anggota badan anda. Kurangnya pengaliran darah kepada bahagian otot dan kaki boleh mengakibatkan kejang otot.

Kekurangan mineral. Otot memerlukan mineral yang mencukupi untuk bergerak, mengecut dan berehat. Jadi, jika badan mempunyai paras kalium yang rendah, kekurangan kalsium atau magnesium yang rendah boleh menyebabkan kekejangan otot.

Kehamilan. Ibu hamil sering alami kekejangan otot terutamanya di hujung kehamilan. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium.

Tekanan pada saraf. Tekanan saraf pada tulang belakang (stenosis lumbal) juga boleh menyebabkan kesakitan seperti kekejangan otot. Kesakitan ini biasanya semakin teruk apabila anda berjalan. Berjalan dalam kedudukan yang sedikit membongkok boleh memperbaiki atau melambatkan permulaan gejala anda.

Kesan sampingan ubat-ubatan. Ubat diuretik yang biasanya digunakan untuk tekanan darah tinggi boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dan seterusnya mengakibatkan kejang otot.

● Masalah kesihatan seperti sirosis hati, penyakit tiroid, multiple sclerosis, penyakit buah pinggang atau masalah pada aliran darah boleh menyebabkan penghidapnya alami kejang otot.


Tips Semulajadi Atasi Kekejangan Otot



Kekejangan otot adalah perkara normal dan biasanya ia akan hilang dengan sendirinya. Namun, bila ia kerap menyerang sehingga mengganggu aktiviti seharian dan tidur anda, beberapa tips berikut boleh diamalkan untuk mengurangkan simptom dan mencegah kejang otot dari berulang.


1. Pastikan keseimbangan elektrolit dalam tubuh


Elektrolit iaitu mineral seperti magnesium, kalium, kalsium dan sodium amat penting dalam membantu otot berfungsi secara normal. Kekurangan kalium atau magnesium boleh menyumbang kepada kekejangan otot. Jika anda aktif bersukan tetapi kurang minum air, atau akan mengalami haid dalam masa terdekat atau mengamalkan diet yang tidak seimbang, anda mungkin mempunyai paras elektrolit yang rendah. Jadi, perbanyakkan makanan yang tinggi kandungan mineral-mineral ini dalam diet harian anda. 

2. Kekal hidrat


Dehidrasi boleh menyebabkan otot menjadi kejang. Untuk mengelakkan dehidrasi, pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari.  Sebaik-baiknya minum air lebih banyak daripada biasa sekiranya cuaca sangat panas, anda kerap berpeluh dan aktif bersenam, untuk kekal terhidrasi. Ini membantu mencegah otot dari mengalami kekejangan.

3. Lakukan regangan dan urutan pada otot


Kekal aktif adalah cara yang baik untuk mencegah kekejangan otot kerana mereka yang 'fit' secara fizikal mengekalkan lebih banyak jisim otot dan mempunyai keradangan yang rendah serta otot cenderung menjadi lebih fleksibel. Sesi regangan badan yang betul sebelum dan selepas senaman boleh membantu mencegah otot daripada menjadi terlalu penat, tegang atau tertarik.

Sebelum senaman, cuba lakukan pemanasan badan dengan jogging setempat dan lakukan pergerakan dinamik yang membawa darah ke otot, tendon, ligamen dan sendi utama anda. Apabila selesai bersenam, lakukan senaman renggangan otot selama 10-15 minit. Pastikan untuk meregangkan beberapa bahagian tubuh yang paling mudah terjejas, termasuk 'hamstrings', quadriceps dan pergelangan kaki anda.

Jika alami kejang otot, cuba senaman regangan ini. ia boleh bantu melegakan otot dan mengurangkan kekejangan. Duduk dengan kaki lurus di hadapan anda dan tarik jari kaki / bahagian atas kaki anda ke arah anda untuk meregangkan hamstring anda. Jika kejang kaki anda melibatkan belakang paha anda (quadriceps), bengkokkan kaki yang terjejas dan pegang kaki di belakang anda dan tarik kaki ke arah belakang untuk merenggangkan bahagian hadapan paha anda.


4. Gunakan pek ais atau pek panas pada bahagian otot sensitif


Haba melegakan otot dan boleh bantu mengurangkan rasa sakit atau kekejangan. Cuba guna tuala yang hangat atau pad pemanas pada bahagian tubuh yang kerap mendapat kekejangan. Sapuan minyak panas juga boleh membantu melegakan kekejangan.

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan menggunakan pek ais untuk bengkak atau bahagian tubuh yang menyakitkan.


Cegah Kekejangan Otot Dengan Kaedah Nutrisi


Kekurangan nutrisi tertentu adalah salah satu punca kepada kekejangan otot. Jadi, langkah terbaik untuk elak dari kerap diserang kejang otot adalah dengan memastikan tubuh badan mempunyai cukup nutrisi agar seluruh sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Berikut adalah antara vitamin dan mineral yang sangat penting untuk menyokong fungsi otot dan seterusnya mengurangkan risiko dari diserang kekejangan otot.


1. Kalsium dan magnesium


Kalsium mengawal isyarat saraf yang membolehkan otot untuk mengecut/menguncup (kontraksi). Apabila tubuh mempunyai sedikit kalsium, tiada isyarat saraf yang mengawal kontraksi otot, dan ini boleh membawa kepada kekejangan. Makanan kaya kalsium termasuk sayur-sayuran berdaun gelap, ikan kalengan (dengan tulang dan minyak), dan tenusu.

Magnesium mengawal selia adenosine trifosfat (ATP), sumber tenaga besar untuk kontraksi otot, dan membantu merehatkan otot. Magnesium penting untuk meningkatkan kekuatan otot dan mempertingkatkan sistem saraf. Makanan kaya magnesium termasuk bayam, halibut, kacang dan benih, avocado, kacang merah, kacang soya, biji-bijian, yogurt, pisang, buah-buahan kering dan coklat gelap.

Selain dari mendapatkan mineral ini dari pemakanan seharian, pengambilan suplemen juga boleh bantu untuk mencukupkan nutrien ini dalam tubuh. Kalsium dan magnesium ada terdapat dalam Ostematrix.



2. Kalium dan natrium


Kalium adalah elektrolit yang penting dalam pembentukan otot dan sel-sel saraf dan juga mengawal keseimbangan elektrolit dalam badan anda. Ia juga memainkan peranan penting dalam penguncupan otot. Mempunyai paras kalium yang rendah, atau hipokalemia, boleh membawa kepada kekejangan otot. Pengambilan daging, jenis ikan tertentu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran dan kacang dalam diet harian boleh membantu mengekalkan kadar kalium anda secara normal dan boleh mencegah kekejangan otot. Makanan yang kaya dengan kalium termasuk pisang, buah sitrus, tomato dan kentang.

Natrium berfungsi bersama dengan elektrolit lain - kalium, magnesium dan kalsium - untuk menghasilkan impuls saraf dan kontraksi otot yang betul. Apabila paras natrium rendah, disebabkan oleh dehidrasi atau peluh berlebihan, kekejangan otot boleh berlaku. Walaupun diet rendah natrium digalakkan untuk dapatkan kesihatan yang baik, namun anda mungkin perlu menambah sedikit garam dalam makanan anda jika anda mengalami kekejangan otot.

Performance drinks Shaklee mengandungi kalium dan natrium yang boleh bantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh.


3. Vitamin B kompleks


Vitamin B kompleks terlibat dalam banyak proses biologi yang terdiri daripada pengeluaran sel darah merah, penjanaan tenaga dan fungsi saraf dan otot yang betul. Vitamin B meningkatkan peredaran, meningkatkan nada otot dan meningkatkan fungsi sel dan saraf. Ada kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin B boleh menyebabkan beberapa masalah, termasuk kekejangan kaki.  Vitamin B boleh ditemui dalam daging, telur, produk tenusu, bijirin penuh, kacang dan sayuran berdaun hijau.

Untuk mencukupkan keperluan vitamin B complex dalam tubuh, pengambilan suplemen semulajadi seperti B-complex dari Shaklee boleh bantu. Ia lengkap dengan kesemua Vitamin B yang tubuh perlukan termasuk asid folik.

4. Vitamin E


Peredaran (Sirkulasi) yang lemah boleh jadi penyebab kekejangan otot. Untuk kes seperti ini, vitamin E dapat membantu anda. Vitamin E membantu mengekalkan darah yang cair dan melebarkan saluran darah, seterusnya menggalakkan peredaran yang sihat. Phyllis Balch menyatakan dalam bukunya "Presciption For Nutritional Healing" bahawa vitamin E mungkin bermanfaat jika anda mengalami kekejangan yang berkaitan dengan urat varikos. Dos terapeutik adalah 1,000 IU setiap hari dan anda harus memilih suplemen dalam bentuk d-alfa-tocopherol untuk keberkesanan maksimum.

Vita-E complex menyediakan vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferal, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. Pengambilan Vita-E complex boleh bantu mencukupkan keperluan nutrien ini dalam tubuh anda.


Feedback Pengguna







Pengambilan mineral dan vitamin yang mencukupi boleh merendahkan risiko anda untuk diserang kekejangan atau kecederaan otot. Jadi, jaga pemakanan anda dan pastikan pemakanan harian anda lengkap dengan nutrisi yang tubuh perlukan.

Memandangkan kebanyakan dari kita sentiasa sibuk dengan urusan harian, jadi agak sukar untuk kita memperolehi nutrisi yang cukup melalui sumber pemakanan harian sahaja. Untuk itu, pengambilan suplemen yang tepat boleh bantu memenuhi lopong-lopong nutrisi dalam tubuh dan seterusnya membantu menyokong kesihatan tubuh badan anda.


Jadi, apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : shikinsatiman

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

4 comments:

Back
to top