9 Petua Semulajadi Kurangkan Asid Urik Dalam Badan

Tahap asid urik yang tinggi dalam badan antara masalah yang semakin banyak dialami oleh ramai orang. Asid urik adalah sisa buangan bertoksik yang terhasil dari penguraian purin, iaitu sebatian semulajadi yang terkandung dalam makanan tertentu dan juga tisu badan.

Kebanyakan asid urik yang terbentuk di dalam badan larut dalam darah, melalui buah pinggang dan disingkirkan ke dalam urin. Jika badan kita menghasilkan terlalu banyak asid urik atau badan tidak dapat mengeluarkan asid urik secukupnya, keadaan ini boleh mengakibatkan hyperuricemia. Individu yang obes atau terlebih berat badan boleh menghasilkan lebih banyak asid urik yang sering terkumpul di bahagian bawah badan.


Tahap asid urik yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Ia  boleh membawa kepada pembentukan kristal pepejal dalam sendi yang menyebabkan kesakitan  yang dipanggil gout. Ia juga boleh menyebabkan batu karang dan kegagalan buah pinggang dalam kes-kes yang teruk. Jumlah asid urik dalam badan kita boleh dikesan melalui ujian darah dan oleh itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan rutin.



Cara mudah dan selamat untuk mengurangkan asid urik dalam badan adalah dengan mengubah pemakanan dan juga gaya hidup. 9 petua semulajadi berikut boleh bantu dalam kurangkan asid urik dalam badan seterusnya merendahkan risiko masalah kesihatan yang tidak diingini.


9 Petua Semulajadi Kurangkan Asid Urik Dalam Badan


1. Elakkan/kurangkan makanan tinggi kandungan purin




Untuk mengawal kadar asid urik dalam badan, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan purin. Antara makanan yang tinggi purin termasuk daging, makanan laut, organ dalaman dan kekacang. 


2. Tingkatkan pengambilan air




Air diperlukan untuk menyingkirkan asid urik yang terhasil di dalam badan. Apabila badan terhidrat dengan baik, kristal pepejal sukar terbentuk. Disarankan minum sekurang-kurangnya 3-4 liter air sehari untuk mengeluarkan asid urik dari badan. Kita boleh masukkan air kelapa, air lemon, teh hijau dan sebagainya untuk meningkatkan pengambilan air keseluruhan.


3. Amalkan makanan tinggi serat


Kajian dari University of Maryland mencadangkan agar kita menambah lebih banyak makanan tinggi serat dalam diet harian untuk mengawal tahap asid urik dalam darah. Serat pemakanan menyerap asid urik yang berlebihan dalam darah dan membantu ia untuk disingkirkan dari badan kita. Sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin.


4. Amalkan makanan tinggi antioksidan





Satu kajian yang dijalankan oleh University of Maryland menunjukkan pengambilan lebih banyak antioksidan seperti ceri, blueberries dan strawberi boleh mengurangkan kepekatan asid urik. Beri berwarna gelap mengandung flavonoid yang dipanggil antocyanins yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan kekakuan. Makanan beralkali seperti tomato dan lada juga membantu mengimbangi tahap asid di dalam badan kita.


5. Ambil makanan kaya dengan Vitamin C




Vitamin C membantu dalam penyingkiran asid urik. Sumber Vitamin C dalam buah-buahan sitrus, lada paprika, kubis, amla (gooseberry India), dan jambu akan membantu mengurangkan asid urik. Disyorkan juga sekurang-kurangnya minum jus limau dua kali sehari untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Limau mengandungi asid sitrik yang membantu melarutkan asid urik.


6. Kurangkan pengambilan gula


Gula mengganggu proses penyingkiran asid urik dari badan. Satu kajian menyebut bahawa pengambilan harian 300 ml minuman manis meningkatkan risiko gout sebanyak 13%.


7. Elakkan kafein dan alkohol


Kafein dan produk-produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, dan alkohol menghalang perkumuhan asid urik dari aliran darah. Ia juga boleh menyebabkan badan alami dihidrasi.


8. Minum cuka epal





Campurkan satu sudu teh cuka epal organik dalam segelas air dan minum setiap hari. Cuka epal mengandungi asid asetik yang bertukar menjadi alkali dalam badan. Ia bertindak seperti pembersih semula jadi dan penyahtoksik. Cuka epal juga mengandungi asid malic yang membantu dalam memecahkan dan mengeluarkan asid urik dari badan. Selain itu, ia mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi yang membolehkan fleksibiliti sendi yang lebih baik.


9. Ambil biji saderi





Biji saderi kaya dengan asid lemak Omega-6 dan minyak diuretik lain. Sebagai diurektik yang kuat, ia membantu dalam membersihkan cecair berlebihan dengan merangsang buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik. Ia menjadikan darah beralkali dan juga merendahkan keradangan dalam badan. Disyorkan mengambil setengah sudu teh biji saderi kering sekali sehari disertai dengan pengambilan air yang banyak.


Kurangkan Asid Urik Dalam Badan Dengan Suplemen Semulajadi


Ikhtiar lain untuk mengurangkan dan mengawal asid urik dalam badan adalah dengan pengambilan suplemen yang sesuai. Supplemen membantu dengan memberi sokongan nutrisi pada tubuh supaya sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik. Kombinasi suplemen berikut bermanfaat dalam membantu atasi masalah ini:

1. Vivix : minuman botani yang kaya dengan polifenol tumbuhan. Salah satu polifenol yang terkandung dalam Vivix adalah resveratrol yang dapat bantu merendahkan paras asid urik dalam badan. Vivix juga mengandungi antocyanins yang membantu mengurangkan keradangan dan kekakuan sendi.



2. Alfalfa complex : bantu kurangkan asid dalam badan dengan bantu proses perkumuhan/penyingkiran toksin dalam badan. Alfalfa juga bantu dalam pengalkalian tubuh.



3. Performance Orange : bantu dalam mengekalkan jumlah cecair dalam badan dan mengelakkan dehidrasi. Jumlah air cukup sangat penting dalam penyingkiran asid urik dalam badan.


Testimoni Pengguna



Baca lanjut >> Tanda-tanda Asid Urik Tinggi Dalam Badan

Berminat untuk dapatkan suplemen ini, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top