Tips Mudah Atasi Anak Susah Makan Sayur Dan Buah

Sayuran dan buahan perlu ada dalam diet harian kanak-kanak untuk bekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan mereka. Malangnya, kebanyakan kanak-kanak cerewet dalam bab makan dan mereka biasanya kurang gemar makan sayur dan buah.

Anak saya pun termasuk dalam kategori yang kurang gemar makan sayur..yang dia suka makan hanya lobak merah..kalau buah-buahan, dia suka makan tetapi ada juga beberapa jenis buah yang dia kurang minat contohnya epal dan pear.

Kurangnya makan sayur dan buah boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi untuk proses pembesaran dan mudah dijangkiti penyakit akibat imun badan yang lemah. Untuk itu, saya kongsikan beberapa tips mudah untuk atasi anak susah makan sayur dan buah dalam entri ini.





Tips Atasi Anak Susah Makan Sayur Dan Buah

Untuk galakkan anak-anak makan sayur dan buah tidak mustahil sebenarnya. Tetapi untuk merealisasikannya perlukan komitmen dan ketekunan dari ibu bapa dan ianya tidak mudah. Antara tips yang boleh diamalkan adalah :

1. Jadi contoh terbaik kepada anak-anak

Anak-anak suka tiru apa yang mak ayah dia buat. Kalau mak ayah jenis yang gemar makan sayur dan buah, anak pun biasanya akan terikut sekali menjadi penggemar sayur dan buah. Jadi, sekiranya kita pun kurang makan sayur dan buah, ubah diri kita dahulu. Barulah mudah untuk kita didik anak-anak kita makan sayur dan buah..

2. Kreatifkan Hidangan

Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Pasti jemu kan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Libatkan Mereka

Libatkan anak-anak ketika membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Lagi bagus kita biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin mereka nikmati.

4. Amalkan 'one bite rule'

Penyelidikan secara konsisten menunjukkan bahawa kanak-kanak yang pada mulanya menolak makanan harus didedahkan kepada makanan tersebut sekurang-kurangnya 8-10 kali untuk makanan itu boleh diterima. Jadi, mak ayah boleh cuba amalkan 'one bite rule'  yang memerlukan kanak-kanak untuk mencuba sekurang-kurangnya satu gigitan kecil sayur atau buah yang mereka tak suka.. Selepas cukup pendedahan terhadap makanan tersebut, ianya akan menjadi lebih biasa kepada kanak-kanak dan tak mustahil akhirnya mereka akan mula menyukainya.

Suplemen Untuk Keperluan Anak-anak

Selain sayur dan buahan, pastikan anak-anak kita mengambil cukup protein, karbohidrat, lemak dan air untuk mereka membesar dengan sihat.

Sekiranya ingin cukupkan keperluan nutrisi untuk anak-anak, saya cadangkan beri mereka set nutrisi kanak-kanak shaklee. Dalam set ini lengkap dengan segala keperluan nutrisi untuk anak-anak.



Vitalea for kids

  • Mengandungi 100% Vitamin C, D dan E
  • Mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zink dan mineral lain
  • Mengandungi pemanis xylitol yang membantu menghalang kaviti
  • Gluten free, perasa anggur semulajadi


Mealshakes
  • Mengandungi 9 asid amino perlu
  • Sumber terbaik protein dan fiber
  • Kaya dengan kalsium
  • Mempunyai indek glisemik rendah
  • Mengandungi vitamin B bantu lebih fokus
  • Menambah selera makan anak-anak
  • Membantu mengatasi masalah sembelit


Chewable Vitamin C
  • Membantu membina ketahanan kepada jangkitan penyakit, selsema dan batuk
  • Membantu penyembuhan luka
  • Membantu membina kekuatan gigi dan gusi
  • Kaya dengan antioksidan yang membantu mengawal kerosakan sel


Omega guard
  • Membantu kuatkan daya ingatan dan fokus ketika belajar
  • Membantu sistem penglihatan yang lebih sempurna
  • Mengandungi DHA yang meningkatkan fungsi otak
  • Membantu melegakan batuk berkahak, asthma dan ekzema


Jom mak ayah semua kita beri yang terbaik utk anak-anak kita..Anak sihat, mak ayah gembira..

Untuk pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi saya. Saya sedia untuk membantu anda.

shikin satiman
Whatsapp/call : 012 940 2603
Emel : shikin.azly@gmail.com
FB : shikin satiman
IG : sheqien.shaklee

Kawasan COD : HULU LANGAT - BANDAR MAHKOTA CHERAS - BANDAR TUN HUSSIEN ONN - AMPANG





CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top