5 Manfaat Menakjubkan Koenzyme Q10 (Coq10) Yang Ramai Tak Tahu

Koenzyme Q10 (CoQ10) adalah elemen penting yang diperlukan oleh setiap sel dalam badan. Sebagai antioksidan yang memelihara sel-sel dari kesan penuaan, CoQ10 telah digunakan dalam amalan perbuatan selama beberapa dekad, terutamanya untuk kes merawat penyakit jantung.

Kebanyakan orang mungkin akan ingat nutrien ini untuk kesihatan jantung sahaja. Tahu tak, banyak lagi manfaat CoQ10 terhadap kesihatan seseorang antaranya meningkatkan kesihatan otak, kulit dan juga kesuburan.


Apa itu CoQ10 ?


CoQ10 adalah komponen penting untuk penghasilan tenaga dalam sel. Ia merupakan nutrien larut lemak yang terdapat dalam mitokondria, iaitu penjana tenaga sel kita. Coq10 bertindak seperti 'spark plug' iaitu pencetus kepada proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP).

Ia juga berperanan sebagai antioksidan dan melindungi sel dari kerosakan oksidatif. Radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh boleh membawa kepada kerosakan oksidatif di mana boleh mengganggu fungsi normal sel, yang seterusnya menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan.

Coq10 terdapat dalam setiap sel tubuh kita. Namun, paling banyak didapati dalam jantung, otak dan hati kita. Badan kita secara semulajadi menghasilkan Coq10. Tetapi, penghasilannya berkurangan bila usia semakin meningkat dan penggunaan ubat statin untuk merendahkan tahap kolesterol mengurangkan lagi tahap Coq10 dalam badan.


5 Manfaat Menakjubkan CoQ10 Untuk Kesihatan


Coq10 merupakan nutrien penting dalam penghasilan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, membakar enjin tubuh dengan melonjakkan pengeluaran tenaga dalam setiap sel. Bila sel menghasilkan lebih banyak tenaga, setiap fungsi badan kita berada di tahap optimum. Antara manfaat yang diperoleh kesan peningkatan CoQ10 dalam badan:


#1 Tenaga berkekalan


Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:

  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Mempercepatkan pemulihan luka.

#2 Peredaran darah yang sihat


CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat. 
  • Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.


#3 Sistem reproduktif yang sihat


Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:

  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum.



#4 Kulit yang berseri


CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:

  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Meningkatkan tekstur kulit.


#5 Tingkatkan fungsi koqnitif


Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:

  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

Berapa Banyak CoQ10 yang Anda Perlukan? 


Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. 

Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. Mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilannya dalam badan sebanyak 40%!

Untuk memastikan anda mendapat 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:

3kg daging merah atau 100 cawan brokoli rebus atau 100 sudu besar minyak Canola atau 3.3kg mentega kacang,

ATAU 1 kapsul Shaklee CoQ-Trol Plus.

Pilih dengan bijak untuk kesihatan anda. Dapatkan 100mg CoQ10 setiap hari!

Ingin dapatkan Coq-Trol Plus? Hubungi saya sekarang!!



Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : shikinsatiman

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top