10 Tips Berkesan Kurangkan Bengkak Kaki (Edema) Semasa Hamil

Kebanyakan wanita hamil mudah alami bengkak kaki terutamanya bila usia kandungan mencecah 20 minggu. Keadaan ini adalah normal bagi wanita hamil dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, jika bengkak berlarutan dan melibatkan banyak bahagian tubuh, ia perlu diberi perhatian kerana boleh jadi disebabkan oleh penyakit lain.

Kadangkala, bengkak kaki boleh menyukarkan pergerakan si ibu yang menyebabkan keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu aktiviti seharian. Jadi, dalam artikel ini saya ingin kongsikan 10 tips untuk bantu kurangkan bengkak kaki semasa hamil.



Punca Bengkak Kaki Semasa Hamil



Bengkak kaki, yang dikenali juga sebagai edema berlaku disebabkan oleh pengekalan cecair berlebihan dalam tisu badan. Punca utama keadaan ini berlaku semasa hamil adalah disebabkan peningkatan jumlah darah dan cecair lain, yang perlu untuk memenuhi keperluan janin yang semakin membesar.

Walaubagaimanapun, ia juga boleh disebabkan oleh faktor berikut:

1. Janin yang semakin membesar akan menekan salur 'inferior vena cava (salur darah yang membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung). Ini boleh menyekat peredaran darah dari kaki kembali ke jantung. Keadaan ini mendorong cecair badan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan, menyebabkan bengkak.

2. Perubahan hormon, seperti peningkatan tahap progesteron, estrogen, hCG, dan prolaktin, membawa kepada perubahan ketelapan vaskular, yang membawa kepada edema.

3. Penyakit paru-paru, hati, buah pinggang dan tiroid, dan kegagalan jantung kongestif boleh menyebabkan edema.

4. Ubat untuk kemurungan atau tekanan darah boleh menyebabkan pembengkakan atau edema.

Terdapat juga pengaruh lain yang boleh menyebabkan bengkak kaki semasa hamil, ia termasuk :
  • Berdiri terlalu lama
  • diet rendah potassium
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Pengambilan kafein yang tinggi

Walaupun bengkak kaki bukanlah suatu keadaan yang berbahaya, tetapi ia mungkin juga boleh disebabkan oleh penyakit yang perlu perhatian perubatan segera. Perhatikan gejala dan tanda berikut:
  • Bengkak yang tidak normal di wajah dan di sekeliling mata anda, lebih teruk daripada yang biasa anda perhatikan pada jari, buku lali dan kaki.


  • Jika salah satu kaki anda lebih bengkak daripada yang lain, dan anda mempunyai tanda kemerahan, rasa hangat dan lembut, maka ia boleh menjadi trombosis vena yang mendalam (DVT).

  • Jika anda perhatikan bengkak yang tidak normal di pergelangan tangan dan tangan anda, ia boleh jadi Sindrom Tunnel Carpal. Sindrom ini dikaitkan dengan pembengkakan yang menyekat saraf yang mengalir di bawah lengan anda.

  • Jika anda mendapati bengkak yang berlebihan atau kenaikan berat badan yang cepat tanpa mengira diet anda, maka dapatkan rawatan perubatan.


Tips Kurangkan Bengkak Kaki Semasa Hamil


Wanita hamil mungkin tidak boleh mengelak dari alami bengkak kaki, namun tips berikut boleh bantu kurangkan bengkak dan melegakan ketidakselesaan.

1. Jangan berdiri terlalu lama


Pastikan tidak berdiri atau duduk terlalu lama. Sekiranya perlu untuk berdiri lebih lama, pastikan anda ambil rehat untuk duduk seketika. Jika anda perlu duduk lama, disarankan untuk bangun dan berjalan-jalan. Jangan duduk bersilang.

2. Minum air secukupnya.


Penting untuk badan kekal hidrat. Cecair membantu membuang toksin, lebihan garam dan bahan buangan dari badan. Ini, seterusnya membantu dalam meminimumkan pembengkakan kaki. Selain itu, air yang mencukupi elak darah dari menjadi lebih pekat yang boleh membawa kepada pembekuan darah.

3. Tidur mengiring di sebelah kiri badan.


Tidur dalam posisi mengiring di sebelah kiri mengurangkan tekanan pada salur inferior vena cava. Jadi, pengaliran darah ke jantung lebih lancar.

4. Meninggikan kaki semasa baring.


Untuk mengurangkan bengkak, disarankan untuk amalkan berbaring dengan kaki dinaikkan lebih tinggi dari paras jantung. Boleh letakkan bantal di bawah kaki. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki.

5. Pakai compression stoking


Compression stocking bantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Jadi, ia membantu melegakan kesakitan dan mencegah pengekalan cecair di kaki, peha dan pergelangan kaki. Digalakkam memakainya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah yang perlahan semasa baring.

6. Pilih kasut yang longgar dan selesa


Pemakaian kasut mungkin jadi sukar bila kaki bengkak. Disarankan pakai kasut yang longgar dan bertapak rata untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan.

7. Aktif bergerak.


Pergerakan aktif seperti senaman ringan dan berjalan-jalan boleh bantu lancarkan pengaliran darah. Ini dapat mengelak pembekuan darah beku pada salur darah kaki.

8. Makan makanan yang sihat


Semasa hamil, anda mesti pilih makanan yang sihat berbanding makanan ringan. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan yang diproses. Ambil makanan kaya vitamin B yang membantu mengurangkan penyimpanan air dalam badan.

Pastikan pengambilan protein yang cukup kerana kekurangan protein dikaitkan dengan edema. Pengambilan kalsium dan magnesium juga penting untuk menggantikan mineral yang hilang akibat edema. Banyakkan juga makanan kaya Vitamin C kerana ia diperlukan untuk fungsi adrenal dan penghasilan hormon adrenal, yang penting untuk seimbangkan cecair dan mengawal edema.

9. Kurangkan pengambilan garam


Elakkan penggunaan garam terlalu banyak dalam makanan. Garam menjadikan tubuh anda mengekalkan air.

10. Cuba pelbagai terapi


Rujuk doktor anda sebelum mencuba mana-mana terapi ini:
  • Urutan lembut akan membantu melegakan kesakitan di kaki anda.
  • Rendam kaki di dalam air campuran lavender, cypress, atau minyak chamomile untuk meredakan ketidakselesaan akibat bengkak.
  • Minum teh herba yang mengurangkan bengkak.

Bengkak pada kaki adalah fenomena biasa semasa hamil. Keadaan ini hanya sementara dan akan hilang selepas bersalin. Amalkan pemakanan yang sihat, minum cukup air dan kekal aktif untuk elakkan sebarang komplikasi semasa hamil.



Boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kehamilan yang lebih sihat dan cergas bertenaga. 

Berminat dengan produk Shaklee, boleh hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top