Hampir setiap orang pasti pernah alami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan mereka. Tetapi tidak kiralah bila ia muncul atau apa yang mungkin jadi penyebabnya, sakit belakang boleh menyebabkan kesakitan yang amat perit untuk ditangani.
Selain rawatan perubatan, ada beberapa petua yang boleh bantu kurangkan sakit belakang anda. Jadi, tidaklah anda perlu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja yang diketahui jika terlalu kerap mengambilnya boleh menjejaskan buah pinggang anda.
Punca Sakit Belakang
Sakit belakang kebiasaannya disebabkan oleh postur yang lemah, cara mengangkat objek yang salah, kurang senaman untuk mengimbangi belakang dan otot perut, obesiti dan juga tekanan yang tidak dikawal.
Perkara-perkara ini sering kita abaikan dan ambil mudah. Kesan dari pengabaian tersebut, boleh mengakibatkan otot tertarik, tendon atau ligamen mengalami keradangan, cakera pecah atau iritasi pada saraf sciatic, dan semua ini dapat menyebabkan sakit belakang.
Golongan yang berisiko mengalami masalah ini termasuk mereka yang obesiti, kurang bersenam, hamil, merokok, mempunyai penyakit arthritis, kemurungan dan kebimbangan juga mereka yang perkerjaannya banyak melibatkan aktiviti melentur dan mengangkat objek.
Petua Kurangkan Sakit Belakang
Terdapat beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk meringankan kesakitan dan juga menjaga keadaan tulang belakang anda agar berada dalam keadaan baik. Petua berikut dapat membantu anda berasa lebih baik dan mencegah sakit belakang dari menyelubungi hidup anda.
1. Dapatkan tidur yang berkualiti
Gangguan tidur adalah perkara biasa di kalangan orang-orang yang mempunyai sakit belakang kronik. Tidak mendapat tidur yang cukup berkualiti sebenarnya akan memburukkan keradangan dan kesakitan. Untuk tidur malam yang lebih baik, disyorkan untuk dapatkan tilam yang baik dan berkualiti dan cuba bereksperiman dengan kedudukan tidur yang berlainan. Letakkan bantal tambahan di bawah badan anda dapat membantu mengekalkan lengkung semulajadi di tulang belakang anda.
Jika anda tidur terlentang, cuba letakkan bantal di bawah kedua-dua lutut; Untuk tidur meniarap, cuba letakkan bantal di bawah pelvis anda. Jika anda tidur mengiring, tidur dengan meletakkan bantal di antara lutut. Kesemua posisi tidur ini dapat bantu mengurangkan sakit belakang dan bagus untuk kesihatan tulang belakang anda.
2. Lakukan senaman ringan
Apabila anda alami sakit belakang, senaman mungkin perkara terakhir yang anda mahu lakukan. Tetapi, aktiviti fizikal yang kerap penting untuk kesihatan belakang. Dalam satu kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology, penyelidik Norway menjalankan kajian ke atas 30,000 lelaki dan wanita selama tempoh 11 tahun. Mereka mendapati bahawa senaman secara sederhana boleh membantu mengurangkan sakit belakang.
Jadi, pertimbangkan untuk lakukan aktiviti senaman seperti berjalan pantas, renang, atau menyertai yoga atau tai chi beberapa kali seminggu. Aktiviti seperti ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dan meningkatkan tahap kecergasan anda. Ia juga boleh memberikan kekuatan dan fleksibiliti kepada tulang belakang anda.
3. Kekalkan berat badan sihat
Untuk mengurangkan dan mengelakkan sakit belakang dari berulang, adalah disyorkan untuk kekalkan berat badan yang sihat. Berat berlebihan bermakna adanya tekanan tambahan pada badan anda. Sekiranya anda membawa lebihan lemak di perut atau kawasan payudara anda, ketegangan di bahagian belakang mungkin jadi lebih teruk.
Ambil langkah untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Bagi kebanyakan orang, itu bermakna perlu lakukan lebih banyak senaman dan kurangkan kalori dari diet anda. Doktor anda boleh membantu dalam membangunkan pelan pemakanan dan rutin kecergasan yang selamat dan mampan.
4. Cuba lakukan senaman Yoga
5. Terapi haba dan ais
Secara umum, terapi sejuk (menggunakan pek ais) berfungsi lebih baik untuk keradangan dan membantu mengurangkan bengkak, sementara panas (menggunakan botol air panas atau pad pemanasan) sesuai untuk mengurangkan ketegangan, kekejangan dan kekejangan otot. Jadi, jika anda alami sakit belakang, boleh cuba terapi ini untuk mengurangkan kesakitan.
6. Amalkan pemakanan anti-keradangan yang tinggi kolagen
Jika anda ingin tingkatkan kesihatan sendi dan otot, mempunyai berat badan yang sihat, kurang alami keradangan, dan cegah sakit belakang pada masa hadapan, kunci utamanya adalah pemakanan yang sihat dan menyembuhkan. Mulakan dengan mengubah pemakanan anda dengan fokus pada pengambilan makanan yang tidak diproses, anti-penuaan dan anti-keradangan berikut untuk bantu melegakan sakit belakang.
● Makanan tinggi serat : Makanan yang kaya dengan serat boleh bantu anda turunkan berat badan dan mengatasi masalah tekanan darah tinggi, di samping bermanfaat untuk kesihatan usus dan penghadaman. Sembelit boleh menyebabkan sakit belakang menjadi bertambah buruk, jadi makan banyak buah-buahan dan sayuran yang secara semulajadi tinggi kandungan serat dan nutrien lain.
● Air : Kekal hidrat dengan amalkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari air. Air yang cukup dalam badan dapat bantu mencegah kekejangan otot, mengawal tekanan darah dan baiki penghadaman. Dihidrasi boleh meningkatkan sakit belakang.
● Makanan kaya dengan kalium : kalium dapat mengurangkan bengkak dan merupakan elektrolit penting untuk fungsi otot dan saraf. Masukkan makanan yang kaya dengan kalium sebanyak mungkin dalam diet harian anda, seperti sayuran berdaun hijau, avocado, pisang, air kelapa dan tenusu kultur.
● Lemak omega 3 : ikan salmon, mackerel dan sardin serta flaxseed merupakan makanan kaya dengan asid lemak Omega 3 boleh bantu mengurangkan keradangan dan mengawal kesakitan.
● Protein tanpa lemak : Protein penting untuk kesihatan otot dan tulang. Pilihlah sumber protein dari daging yang kurang lemak, ikan serta sumber tumbuhan seperti kacang soya.
Kurangkan Sakit Belakang Dengan Suplemen
Jika anda mencari rawatan semulajadi untuk mengawal dan mengurangkan sakit belakang, anda boleh pertimbangkan juga pengambilan suplemen. Suplemen sering diperlukan memandangkan kebanyakan pemakanan harian kita tidak mengandungi keperluan dos nutrien yang cukup untuk tubuh badan. Berikut adalah senarai suplemen Shaklee yang boleh bantu anda.
1. Vivix
Merupakan campuran tumbuhan botani yang mengandungi 16 jenis polifenol yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Polifenol adalah mikronutrien yang mempunyai kuasa antioksidan yang hebat di mana bertindak sebagai perisai melindungi sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas. Ia mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh bantu mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat sakit belakang.
2. Ostematrix
Membekalkan kalsium, magnesium dan Vitamin D yang penting untuk kesihatan ototo dan sendi. Magnesium membantu merehatkan otot dan mengurangkan tekanan.
3. OmegaGuard
Membekalkan asid lemak Omega-3 dengan kepekatan yang tinggi yang membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Omega 3 juga diperlukan untuk pembaikan dan fleksibiliti otot.
4. Sustained Release Vitamin C
Membekalkan 500mg vitamin C dari sumber semulajadi yang dilepaskan secara berperingkat ke dalam badan selama 5 jam. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Ia juga diperlukan untuk pembaikan tisu dan mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.
5. Bcomplex
Membekalkan kesemua jenis vitamin B yang diperlukan untuk membaiki dan melegakan tekanan pada otot belakang.
Feedback Dari Pengguna
Jom tonton video tentang pengalaman ibu ini dalam mengatasi masalah sakit tulang belakangnya. Apa yang beliau lakukan?
Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit
Bagus artikel ni. Banyak membantu
ReplyDeletealhamdulillah..tq sudi singgah :)
DeleteCara Turunkan Protein Dalam Air Kencing
mak mak yang menyusu badan lagi la selalu kena sakit belakang. kan..hewhew
ReplyDeletebetul tu..salah postur menyusu, mulalah kena sakit belakang..
DeleteCara Turunkan Protein Dalam Air Kencing