Rawatan Alternatif Untuk Nephrotic Syndrome Atau Penapis Buah Pinggang Bocor

Anda pernah alami kencing berbuih? Berhati-hati ye..Anda mungkin sedang mengalami Nephrotic Syndrome atau penapis buah pinggang bocor.

Nephrotic syndrome adalah penyakit berkaitan buah pinggang yang sekiranya tidak dirawat segera boleh menjejaskan kesihatan badan. Apa itu Nephrotic Syndrome dan apa rawatan terbaik untuk kembali sihat? Nak tahu..Jom baca selanjutnya.


Apa itu Nephrotic Syndrome?


Di dalam buah pinggang yang normal, terdapat satu penapis halus yang dikenali sebagai glomerulli. Apabila glomerulli ini bermasalah, ianya merujuk kepada Nephrotic Syndrome. Glomerulli adalah saluran darah kecil di dalam buah pinggang yang mengeluarkan bahan buangan dan cecair berlebihan dari badan dan menghantarnya ke pundi kencing sebagai air kencing.

Semasa darah melalui buah pinggang yang sihat, glomerulli menapis bahan buangan dan membenarkan darah mengekalkan sel-sel dan protein yang diperlukan badan. Walau bagaimanapun, protein daripada darah seperti albumin boleh terkeluar ke dalam air kencing apabila glomerulli sudah rosak.

Dalam nephrotic sydrome, glomeruli yang  rosak menyebabkan lebih dari 3 gram protein bocor ke dalam air kencing dalam tempoh 24 jam, di mana lebih daripada 20 kali jumlah yang dibenarkan jika glomeruli sihat.

Punca Terjadinya Nephrotic Syndrome


Nephrotic Syndrome boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang menjejaskan hanya buah pinggang, seperti focul segmental glomerulosclerosis (FSGS) atau membranous nephropathy di mana dikenali sebagai penyebab utama nephrotic syndrome. Glomeruli menjadi sasaran penyakit-penyakit ini atas sebab-sebab yang tidak difahami sepenuhnya. Sebagai contoh, dalam FSGS - parut tisu terbentuk di bahagian-bahagian glomeruli. Dalam mebranous nephropathy, molekul imun membentuk deposit berbahaya pada glomeruli.

Nephrotic Syndrome juga boleh disebabkan oleh penyakit sistemik, iaitu penyakit yang memberi kesan kepada banyak bahagian badan, seperti kencing manis, lupus, kanser, syphilis dan kerosakan genetik. Penyakit sistemik yang menjejaskan buah pinggang dipanggil penyebab kedua nephrotic syndrome.

Gejala Dan Tanda Nephrotic Syndrome


Seseorang yang menghidapi Nephrotic syndrome akan mengalami gejala-gejala seperti:

  • Proteinuria. Kandungan protein yang banyak dalam air kencing.
  • Hypoalbuminia. Kandungan albumin yang rendah dalam darah.
  • Hyperlipidemia. Kandungan lemak yang berlebihan dalam darah.
  • Edema. Bengkak di muka, kaki, dan tangan.
  • berat badan naik
  • lemah dan lesu
  • air kencing berbuih
  • hilang selera makan

Komplikasi Dari Nephrotic Syndrome


Kehilangan pelbagai jenis protein dengan banyak dari badan boleh membawa kepada pelbagai komplilasi kepada mereka yang ada Nephrotic Syndrome.

Darah beku boleh terbentuk apabila protein yang biasanya menghalang darah dari beku hilang melalui air kencing. Darah beku boleh menyekat aliran darah dan oksigen melalui saluran darah.

Kehilangan imunoglobulin iaitu protein sistem imun yang membantu melawan penyakit dan jangkitan boleh membawa kepada peningkatan risiko jangkitan. Jangkitan ini termasuk pneumonia, (jangkitan paru-paru), selulitis (jangkitan kulit), peritonitis (jangkitan perut), dan meningitis (jangkitan otak) dan tulang belakang. Ubat-ubatan yang diberikan untuk merawat nephrotic syndrome juga boleh meningkatkan risiko jangkitan ini.

Komplikasi lain Nephrotic syndrome termasuklah :

  • hipotiroidisme. Suatu keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan badan
  • anemia. Suatu keadaan di mana sel-sel darah merah adalah kurang atau lebih kecil daripada biasa, yang bermaksud kurang oksigen dibawa ke sel-sel badan.
  • penyakit arteri koronari. Juga dikenali sebagai penyakit jantung. penyakit jantung koronari disebabkan oleh penyempitan arteri yang membekalkan darah ke jantung.
  • hypertension. Juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Suatu keadaan di mana darah mengalir melalui saluran darah dengan kuasa yang lebih besar daripada biasa
  • buah pinggang akut. Kecederaan tiba-tiba dan kehilangan sementara fungsi buah pinggang

Rawatan Untuk Nephrotic Syndrome


1. Bila didiagnosis menghidapi nephrotic syndrome,  selalunya ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.

2. Diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes tertentu jika muka.dan badan mengalami bengkak air yang teruk sehingga mengancam nyawa.

3. Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk menaikkan paras albumin di dalam darah dan hanya diberikan di dalam kes-kes tertentu.

4. Seandainya berlaku jangkitan, Antibiotic akan diberi.

5. Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.


Cadangan Rawatan Alternatif Untuk Nephrotic Syndrome


Setiap penyakit ada penawarnya. Yang penting kena usaha dan ikhtiar untuk sembuh. Bagi pesakit nephrotic syndrome yang ingin cuba rawatan alternatif, boleh amalkan Vivix dalam diet harian.


Vivix merupakan suplemen antipenuaan yang mengandungi sangat tinggi khasiat antioksidan yang boleh melindungi sel-sel dari dirosakkan oleh radikal bebas.

Selain itu, Vivix telah terbukti secara klinikal dapat bantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Oleh itu, pengambilan Vivix secara konsisten dapat bantu memperbaiki sel-sel glomerulli yang rosak seterusnya meningkatkan tahap kesihatan pesakit nephrotic syndrome.

Ingin saya ingatkan, Vivix adalah supplement dan bukannya ubat. Vivix bertindak menyokong kesihatan pesakit dengan membekalkan nutrien kepada tubuh agar sistem badan berfungsi dengan baik.

Apa Kata Pengguna Vivix?









Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top