Makanan Yang Elok Diamalkan Untuk Tingkatkan Kesuburan

Anak adalah anugerah Allah s.w.t yang sangat bernilai. Bila seseorang mendirikan rumah tangga, semestinya matlamat utama ingin mempunyai anak yang boleh menyambung keturunan dan tempat untuk mencurahkan kasih sayang. Namun, bila sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata pasti memberi tekanan buat anda. Lagi-lagi bila orang sekeliling selalu bertanya bila lagi nak memiliki anak.


Tahu tak sebenarnya faktor pemakanan juga memainkan peranan untuk kesuburan suami dan isteri. Apa kata anda cuba amalkan makanan untuk tingkatkan kesuburan. Nak tahu apa makanannya? Baca entri ini selanjutnya.


Apakah punca kepada masalah kesuburan?

Masalah kesuburan boleh berlaku samaada dari pihak isteri atau suami. Antara faktor kesihatan dalaman yang menjadi punca wanita sukar untuk hamil adalah :
  • Endometriosis
  • Kadar hormon prolaktin yang tinggi dalam badan (prolaktin merupakan hormon penghasilan susu yang boleh mengganggu penghasilan telur)
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Mempunyai masalah PCOS (memiliki hormon kelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah hormon
  • Fibroid
  • Masalah tiroid

Manakala punca masalah kesuburan yang disebabkan oleh pihak suami adalah:
  • gangguan hormon
  •  Masalah hernia
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan lain-lain.
  • Menghidap azoopsermia di mana testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan

Terdapat juga beberapa faktor luaran yang menjadi punca kepada masalah kesuburan. Antaranya:
  • Melakukan hubungan kelamin bukan pada waktu subur
  • Masalah stress
  • Pemakanan yang tidak sihat
  •  Kekurangan nutrien dan zat
  • Tabiat merokok atau ketagih alcohol
  • Terlampau kurus atau terlebih berat badan
  • Terlampau banyak pengambilan ubat-ubatan
  • Terdedah kepada pencemaran


Cara Tingkatkan Kesuburan Melalui Pemakanan

Faktor pemakanan memainkan peranan untuk kesuburan setiap suami dan isteri. Untuk itu, apa kata anda mulakan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan cukup zat dan nutrisi. Berikut merupakan senarai makanan yang boleh meningkatkan kesuburan suami dan isteri.

  1. Bayam - Bayam dan sayuran hijau yang lain kaya dengan asid folik yang sangat penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat. Bayam juga mengandungi vitamin C dan zat besi yang bertindak meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya supaya kekal sihat
  2. Avokadomengandungi kalium yang sangat penting untuk menjaga fungsi saraf. Selain itu, kalium dapat membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan anda
  3. Madu - merupakan makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah.
  4. Asparagus kaya dengan asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Selain itu, asparagus mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.
  5. TiramHidupan laut ini kaya dengan zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Sumber zat besi yang lain adalah telur, biji-bijian dan kacang.
  6. Halia dan lengkuasDi dalam halia terdapat zat sineol yang berfungsi sebagai pencegah ejakulasi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Selain halia, lengkuas juga mempunyai fungsi yang sama.
  7. Kurma - merupakan makanan sunnah yang baik untuk kesihatan dan membantu untuk meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
  8. Bawang putih -  mempunyai khasiat yang boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.
  9. Kubis, lobak merah, brokoli, kacang hijau, keledek merah - Semua sayuran ini kaya dengan zat dan khasiat yang boleh memperbetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormone subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Selain itu, ianya bagus untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Sayuran ini kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.
  10.  Betik, jambu batu, buah naga, tembikai, buah limau nipis - Kaya dengan kandungan vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan
Selain mengamalkan makanan yang elok untuk kesuburan, anda perlu mengelakkan makanan-makanan ini untuk cepat hamil iaitu:

  • Makanan yang mengandungi merkuri – biasanya terdapat dalam beberapa jenis ikan yang berukuran besar seperti mackerel.
  • Makanan diproses – contohnya makanan ringan dan makanan segera kerana ianya hamper tiada zat yang baik untuk bakal bayi anda
  • Makanan yang diawet – contohnya makanan dalam tin tidak elok diamalkan sekiranya anda ingin hamil
  •  Minuman berkafein – seeloknya dikurangkan pengambilannya jika anda ingin hamil

       Cadangan Suplemen Untuk Tingkatkan Kesuburan

Untuk meningkatkan tahap kesuburan, ada beberapa jenis suplemen yang boleh anda dan pasangan amalkan iaitu:

Vivix – mempunyai kandungan resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol berfungsi sebagai antioksidan yang kuat yang bertindak melindungi ovum telur atau sperma daripada radikal bebas. Radikal bebas mampu utk merosakkan sperma dan telur. Pengambilan vivix membantu meningkatkan lagi kualiti sperma dan telur, memanjangkan jangka hayatnya dan secara tidak langsung meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Vitalea – mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Pengambilan multivitamin dapat memastikan kesihatan di paras optimum seterusnya membantu meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B-compleks – mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan termasuk asid folik. Vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Vitamin B12 juga penting dalam meningkatkan jumlah sperma. Selain itu, asid folik penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat

Vitamin E – membantu meningkatkan hormone seks untuk lelaki dan wanita. Vitamin E Shaklee juga mengandungi selenium dan mampu meningkatkan hormone testosterone.

Gla complex – membantu masalah kitaran haid yang tidak teratur serta membantu dalam menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti

Alfalfa complex - Membantu mengatur pusingan haid dengan betul dan menyelesaikan masalah keputihan / masalah wanita




Jom ikhtiar hamil secara semulajadi. Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi. Saya sedia untuk membantu anda. 

Apa tunggu lagi. Jom order sekarang!!

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top